Posted on

YousableTubeFix – tambah pelbagai fungsi menarik pada YouTube

yousabletubefix[4]

YousableTubeFix ialah userscript yang sangat cool bagi peminat tegar laman YouTube.com. Ia menambah banyak fungsi menarik pada laman asal YouTube seperti pilihan kualiti video, resolution video, download link (flv, mp4, HD 720p dan 1080p MP4) dan banyak lagi fungsi.

Userscript ini boleh digunakan pada pelayar Mozilla Firefox, Google Chrome dan Opera. Sangat ringan dan tidak menjejaskan prestasi browser anda, memang harus dicuba oleh semua pengunjung setia youtube.

Bila anda install userscript ini, akan ada butang configure pada bawah video dan anda boleh set configuration mengikut kesukaan anda.

yousabletubefix[6]

Anda boleh buang mana-mana section yang menyemak seperti video information dan comments section. Sangat berguna jika anda tonton video klip lagu di Youtube, boleh hide comments sebab kebanyakan video klip Melayu yang saya lihat di youtube banyak komen-komen berunsurkan pergaduhan terutamanya melibatkan Meleis. Buat sakit mata dan hati je kalau baca, pasal muzik dan lagu pun sesama meleis nak gaduh, so senang cerita hide terus comments.

Selain itu, jika streaming Youtube anda masih sangkut2 biarpun anda telah melanggan jalur lebar no 1 negara iaitu Streamyx, anda boleh pilih default video quality: Fastest Quality Available. Dengan itu, video yang anda stream daripada Youtube lebih laju tetapi kualiti gambar pula menurun ya.

Untuk memasang YousableTubeFix; follow link berikut:

1) YousableTubeFix untuk Firefox (perlukan Greasemonkey)

2) YousableTubeFix untuk Chrome

3) YousableTubeFix untuk Opera

Hanya perlu tekan butang Install dan Youtube page anda akan menjadi lebih kachak dan stylo berbanding biasa. Dan Yousabletubefix lebih mantap jika digandingkan dengan Bywifi Video Downloader.

Selamat mencuba! Smile


RELATED POSTS

BACA :  Anugerah Juara Lagu 25 live streaming

8 thoughts on “YousableTubeFix – tambah pelbagai fungsi menarik pada YouTube

  1. info yg sgt berguna. Youtube-a-holic… Yoshhh

  2. perkongsian yang baik…hide komen tu memang bagus..mengurangkan semak browser je..fokus pada kelajuan video..

  3. tak sangka ada script macam ni. wajib guna ni hehe

  4. […] This post was mentioned on Twitter by Anarm and Anarm, jomphp.com. jomphp.com said: YousableTubeFix – tambah pelbagai fungsi menarik pada YouTube http://goo.gl/fb/WdYso #jomphp […]

  5. terbaeklah youtube..ni buat aku syg lebih nie..hehe

  6. betul2. kdang2 org melayu punya komen kat youtube ni wat sakitkan ati je. cuba la tulis elok2 sikit

  7. aq da try extension neh kat chrome..
    style d0w..
    siap ley download ag..
    da lame aq cari extension cmni..
    thanx eins..^^

  8. sedeyhnyer, greasemonkey xleh pakai kat firefox beta7

Tinggalkan komen anda