Posted on

Yahoo Meme bakal mencabar populariti Twitter?

image

EiNS’s meme

Baru2 ini, facebook ada memperkenalkan facebook lite, di mana fungsinya seakan2 twitter dengan interface yang ringkas dan ringan serta berkebolehan men-tag kawan2 anda. Yahoo juga tidak ketinggalan, dengan menawarkan perkhidmatan Meme yang sama sebijik dengan twitter dengan beberapa pengubahsuaian.

Yahoo Meme masih dalam versi beta, dan untuk menggunakannya anda perlu mendapat jemputan dari pengguna meme sedia ada. Anda boleh request invitation dari saya jika berminat.

Terima kasih kepada blog safar kerana invite saya untuk mendaftar menggunakan meme. Saya baru sahaja selesai menulis satu post di meme, seperti yang dapat anda lihat di screenshot pertama.

image

Anda boleh post text, photo, video dan audio dengan menggunakan meme. Di twitter, anda tidak boleh berbuat demikian melainkan menggunakan 3rd party twitter client atau 3rd party service seperti twitpic dan yfrog. Yang menariknya, anda boleh menggunakan html tag seperti <b>,<i> dll di meme, sesuatu yang tidak dapat dilakukan di twitter.

Flickr juga merupakan salah satu website di bawah Yahoo, jadi kemungkinan besar pengguna Flickr dapat mengintegrasi Meme di laman flickr mereka.

image

Setakat ini, anda tidak dapat customize profile Meme sesuka hati kerana hanya terdapat beberapa pilihan tema sahaja. Saya yakin ianya akan dinaik taraf sedikit masa saja lagi.

Dapatkah Yahoo meme mencabar twitter di masa akan datang? Yahoo adalah syarikat yang kaya raya berbanding syarikat Twitter yang saya sering kali dengar berita mereka kerap menghadapi masalah kewangan kerana twitter.com tidak mempunyai monetizing-plan yang berkesan.

Namun, kelebihan twitter adalah jumlah pengguna yang cukup ramai, serta penglibatan ramai developer dalam menghasilkan beratus2 twitter apps dan client. Sesuatu yang agak sukar dilakukan oleh Yahoo kerana ianya mengambil masa yang lama untuk membina fanbase dan komuniti developer yang bagus dan stabil.

BACA :  50+ extension Firefox yang berguna untuk pelajar!

Sesiapa mahukan invitation boleh request dari saya dengan memberi email anda; dan jangan lupa jadi follower saya di EiNS’ meme.


RELATED POSTS

13 thoughts on “Yahoo Meme bakal mencabar populariti Twitter?

  1. Rasanya pada masa akan datang Twitter adalah saingan terbesar bagi Yahoo namun bagi Twitter
    mungkin mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Yahoo lebih baik dari segi kewangan.

    1. Yahoo dah kira otai dan dah lama established…cabang bisnes pun banyak…manakala twitter baru kira startup…

      harap2 twitter jangan bangkrap sudah…bosan hidup xleh tweet 😆

  2. Facebook lite bukan aku tak minat.cuma Twitter dan Yahoo! meme betul2 buat aku teruja.kira nak jadi ketangih meme pula.

    gambar hang dekat yahoo meme tu apa.tengah
    pegang ubat gigi ke untuk bersugi.

    PS : siapa nak yahoo meme cepatlah bagi tau.
    .-= safar´s last blog ..Daftar blog wordpress atas nama anda =-.

    1. Gambar aku kat meme tu konon2 tengah pegang produk pharmaceutical sendiri masa buat presentation hari tu 😎

  3. hoho. dah seminggu lebih tak singgah usha mem. huhu

    1. Tak ramai orang guna lagi…sure bosan kan?

  4. yes! aku pun dh jd pengguna berdaftar Meme. Interface yg cun…
    .-= finalcross´s last blog ..25 Beautiful collection of rainbow style & colour wallpapers =-.

  5. aku rasa macam lebih selesa ngan twitter..
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Fixing Executable Files on Windows Se7en & Vista =-.

  6. Oh, aku baru daftar tadi. Tak perlu invite dah rasanya. Aku main daftar macam tu je.

    btw, aku guna nick yang sama dengan twitter untuk Meme ini; Darkkavakadabra
    .-= darkk´s last blog ..Reviu Cincai: Papadom =-.

  7. cam best je…

    twitter x abis nak explore ag yang nie dah kuar

    yahoo meme plak

    kalau ade rezeki leh cuba lak
    .-= matju2509´s last blog ..Fast Food & Parking =-.

  8. sume bende nk join..
    payah gak nak manage ni..hehe :sick:
    .-= d|n´s last blog ..FAST update [photo~COMIC version] =-.

  9. naz dh try meme ni, semuanya okay, cuma naz kurang berminat. naz lebih suka guna twitter kt tweetdeck

    :wub:
    .-= nazra´s last blog ..Tak mandi lagi pandai? =-.

Tinggalkan komen anda