Posted on

Yahoo Geocities akan ditutup

image

Sebelum ini saya telah mendengar khabar berita mengenai penutupan Yahoo Geocities, iaitu perkhidmatan web hosting secara percuma dan berbayar oleh Yahoo. Tadi pula, saya mendapat emel dari pihak Yahoo bertajuk Important Notice: Geocities is closing. Maka dengan itu sahlah bahawa Geocities akan ditutup pada tarikh 26 Oktober 2009.

Anda yang masih menggunakan geocities pada saat ini dikehendaki membuat backup pada segala content website anda sebelum tarikh penutupan. Kegagalan berbuat demikian akan merugikan pihak anda.

Geocities, suatu ketika dahulu banyak berjasa kepada saya. Antara perkhidmatan web hosting terawal pernah saya gunakan dulu. Ketika di tingkatan 2 dan 3, saya amat berminat mengenai coding HTML dan mirc scripting dan saya mula belajar membuat laman web sendiri dan saya menggunakan geocities dan homestead, serta bravefire sebagai hosting kepada laman web saya.

Pada masa sekarang, perkhidmatan web hosting semakin berkembang, dan sudah tentu sangat kompetitif. Walaupun menjadi perintis kepada perkhidmatan web hosting, geocities gagal untuk berevolusi sejajar dengan kehendak zaman.

Pada pendapat saya, punca kegagalan Geocities ialah;

– teknologi zaman dulu dan tidak diupgrade

– mempunyai limited space dan limited bandwidth

– tidak mesra pengguna

– tidak mempunyai sokongan FTP dalam versi percuma

– tidak mempunyai fungsi mysql, phpmyadmin dsb

– tidak mempunyai installer script seperti installatron, fantastico etc

– tidak mempunyai admin page seperti cpanel, directadmin dan vistapanel

– tidak menyokong phpbb, wordpress, drupal, joomla etc

– iklan di laman geocities sangat menyakitkan mata

– tiada promosi, tiada sokongan dari advertiser lagi

– dan lain2

Begitu banyak kelemahan geocities, sangat memalukan bila company besar seperti Yahoo (alexa rank 1) gagal memartabatkan perkhidmatan ini. Even laman web hosting percuma JomPHP pun jauh lebih banyak kelebihannya berbanding geocities. Web hosting Jomphp siap boleh install wordpress lagi tau.

BACA :  Cara bypass page tertentu yang diblok oleh webfilter..

Apa2pun terima kasih juga kepada geocities kerana mendedahkan saya dengan perkara2 berkaitan hosting, domain, web developing & publishing dsb.

Oh ya, ada juga rupanya orang buat review pasal JomPHP, thanks ya! Sekian artikel ini.

 

 


RELATED POSTS

15 thoughts on “Yahoo Geocities akan ditutup

  1. Ala…dah tak berapa relevan skang nie
    tapi tula…kawan aku dok nak pakai lagi
    nasib kola…labu
    .-= KampungBoy´s last blog ..Tunjukkan Sokongan Anda. Bantulah Chenat =-.

  2. Owh, nak tutup dah ke? Kesian tak laku.

    Dan saya telah menggunakan hosting percuma jomphp.

    Anda Bagaimana?
    .-= darkk´s last blog ..Bangun Pagi, Gosok Gigi =-.

    1. thanks for trying our hosting :biggrin:

      http://jomphp.0lx.net
      .-= EiNS´s last blog ..Yahoo Geocities akan ditutup =-.

  3. teringat satu ketika era 98-2001 mase skola rendah ke menengah,.,.,.hebat mereka yg ade geocities nih,..,
    :happy: :happy:

  4. Gua geram bila googlepages ditutup .. masa tu ya lah gua punye javascript files byk kat sana (>.<)" ..

    Pasal yahoogeo ni mau tutup .. erm, nasib tak de apa2 efek bagi gua (^@^) !!
    .-= eldy´s last blog ..Gua terpaksa "tak kenalkan" kamu =-.

    1. Aku pun bengang googlepages kena tutup…aku host bnyk gak image, javascript, mp3 kat sana
      .-= EiNS´s last blog ..Yahoo Geocities akan ditutup =-.

  5. abesla website aku kt geocitiesss.. kenangan tuuu..

    1. Memang kenangan tu…sayang kalo kena remove…
      backup cepat2 la sebelum terhapus
      .-= EiNS´s last blog ..Yahoo Geocities akan ditutup =-.

  6. syahdu lak rasanya ..
    rasa muhsan lak nak alih2 n pindah2 fail ni 😛
    .-= hydir´s last blog ..Malaysia ready to against Man Utd =-.

    1. Kalau ada ftp kan senang? boleh drag n drop je

  7. geocities ni sama macam googlepages ke? kalau nak cakap pasal pnutupn, googlepage pun tutup jugak dulu tapi untuk pendaftar baru la.

    hehe.
    .-= marzuki´s last blog ..Memasang Label Cloud =-.

    1. Geocities yahoo punya, googlepages baru google punya…

      Googlepages akan tutup terus la lepas ini, akan migrate kepada google site
      .-= EiNS´s last blog ..VPNFREAK – cara bypass sekatan ISP Internet di Malaysia =-.

  8. alahai nostalgic btoi he2
    .-= abcdef´s last blog ..If Today Was Your Last Day =-.

  9. baguslah kalau die tutup..slalunyer..Blogger aku akan dihack oleh Yahoo Geocitiesnyer User dari Singapore..ape tah nama dia erk..SillyGost ape tah..

  10. Uh! Banyak nak kena backup nih =(
    .-= annamir´s last blog ..Hening Pagi di Tasik Huffaz =-.

Tinggalkan komen anda