Posted on

Xbox One – konsol permainan dan hiburan generasi baru Microsoft

xbox-one

Xbox One, iaitu konsol generasi baru selepas Xbox 360 telah diumumkan oleh Microsoft pada acara rasmi yang berlangsung awal pagi tadi.

Kami telah mengumpulkan beberapa maklumat penting yang anda perlu tahu mengenai Xbox One ini. Baca artikel ini secara penuh untuk maklumat yang lebih lengkap.

Xbox One – sistem hiburan semua dalam satu

xbox-one-

Xbox One, sebelum ianya dilancarkan komuniti Internet telah memberi pelbagai nama sebagai pengganti kepada Xbox 360 iaitu Xbox 720, Xbox Next, Nextbox, Xbox Infinity dan banyak lagi.

Code-name bagi Xbox One ialah Durango, dan ramai berpendapat nama Xbox One ini diberi berdasarkan misi dan visi Microsoft untuk menjadikan Xbox bukan sahaja alat untuk bermain game, tetapi alat untuk “All-in-One Entertaintment System”. Sejak daripada Xbox 360 lagi, Microsoft telah mengubah konsol mereka kepada “entertainment system” dengan menambah fungsi menonton movie dan tv daripada Netflix, Kinect, Kinect Sports dan sebagainya.

Kini Xbox One mahu melangkah jauh daripada Xbox 360, dan Xbox One kini merupakan sistem komputer tercanggih untuk ruang tamu dan televisyen di rumah.

Xbox One vs PS4

xbox-one-spec

Umum mengetahui bahawa pada tahun ini juga Sony akan melancarkan konsol generasi baru mereka iaitu Sony Playstation 4.

xbox one vs ps4

Kedua-dua Xbox One dan PS4 menggunakan processor 8-core AMD X86-x64 APU, iaitu teknologi yang sama digunakan sebagai processor pada komputer desktop. Kelebihan processor AMD ini ialah memudahkan pembangunan game dan aplikasi cross platform antara Xbox One <—> PS4 <—> PC. Kos bagi processor dan komponen PC juga lebih murah berbanding proprietary hardware ketika zaman PS3 dan Xbox 360. Malangnya, perubahan teknologi processor ini juga bermakna kedua-dua PS4 dan Xbox One tidak berupaya memainkan game sedia ada daripada konsol PS3 dan Xbox 360.

Dari segi spesifikasi, Xbox One dan PS4 adalah hampir sama cuma PS4 mempunyai lebih kelebihan dari segi RAM dimana PS4 adalah lebih laju (8GB GDDR5) berbanding RAM dalam Xbox One (8GB DDR3). Dari segi cip graphic pula dikatakan cip graphic PS4 sedikit lebih laju berbanding Xbox One dari segi keupayaan kasar (raw power).

Namun, pembangun permainan sudah pasti akan membuat game yang hampir sama sahaja antara PS4 dan Xbox One sama seperti zaman PS3 dan Xbox 360.

Kedua-dua Xbox One dan PS4 juga mempunyai fungsi Game DVR iaitu mampu merakam video ketika bermain game, kemudian edit video tersebut sebelum di-upload kepada laman sosial. Tidak perlu lagi membeli hardware lain semata-mata untuk merakam game.

Xbox One Kinect 2.0

kinect-2.0

Kinect 2.0 kini merupakan sebahagian daripada Xbox One dan bukan lagi aksesori tambahan seperti Kinect pada Xbox 360. Kiniect 2.0 mampu merakam pergerakan beberapa orang secara serentak serta kamera telah dipertingkatkan kepada 1080p HD untuk kualiti yang lebih tinggi.

Anda boleh mengawal Xbox One menggunakan fungsi kawalan suara, gerakan tubuh (body gesture) dan Kinect 2.0 juga sangat sensitif sehingga boleh mengetahui degupan jantung anda ketika anda bersenam di hadapan Kinect ini.

Mahu hidupkan Xbox? Jerit sahaja “Xbox On” . Tak perlu tekan butang atau capai remote lagi. Banyak lagi voice command yang anda boleh buat menggunakan Kinect 2.0 ini. Kinect akan sentiasa bersedia untuk menangkap suara atau body gesture yang anda buat.

kinect-skype

Fungsi Skype video call juga terbina dalam Kinect dan Xbox membolehkan anda membuat panggilan video kepada rakan. Terdapat juga fungsi snap seakan Windows 8 dimana anda boleh menjalankan dua aplikasi secara serentak.

BACA :  DotA 2 – game terbaru daripada Icefrog dan Valve

Hampir semua fungsi utama Xbox One akan digerakkan oleh Kinect termasuklah aplikasi lain serta game2 baru nanti.

Xbox One Controller

xbox-one-controller

Dari segi rekaan controller, controller baru Xbox One tidak banyak beza dengan controller Xbox 360 cuma ianya lebih ergonomik serta lebih hitam dan seksi. Teknologi yang digunakan juga adalah berlainan dan ini bermakna anda tidak boleh gunakan controller Xbox 360 pada Xbox One.

Xbox One Dashboard

xbox-one-dashboard

Antaramuka dashboard Xbox One, masih menggunakan tema Metro ala Xbox 360, Windows 8 dan Windows Phone cuma bagi saya layout pada Xbox One lebih kemas dan bergaya.

Anda boleh memilih untuk menonton Live TV, menjalan aplikasi Netflix, Skype, Internet Explorer atau bermain games menerusi dashboard ini.

Xbox One Smartglass

xbox-one-smartglass

Selain daripada kawalan menggunakan controller, body gesture, Kinect voice…Xbox One juga turut menyokong fungsi Smartglass.

Smartglass membolehkan tablet atau smartphone iPhone, Android dan Windows Phone, serta tablet Windows 8 digunakan sebagai skrin kedua bagi Xbox One. Anda boleh melayari internet pada TV menggunakan tablet atau smarphone anda misalnya dengan aplikasi Smartglass ini.

Xbox One Live TV Integration

xbox-one-live-tv

Salah satu fungsi Xbox One yang paling ingin ditonjolkan oleh Microsoft ialah fungsi integrasi dengan Live TV. Xbox One mempunyai fungsi HDMI in dan out dimana ia boleh intercept signal TV daripada TV box untuk memaparkan fungsi digital Xbox One pada saluran TV biasa.

Ianya mungkin sangat berguna di US cuma tidak praktikal ataupun mungkin tidak boleh digunakan langsung di Malaysia.

Xbox One : Gaming

Tidak banyak game yang dipertunjukkan oleh Microsoft ketika pelancaran rasmi Xbox One. Anda perlu tunggu hingga E3 2013 yang akan berlangsung pada pertengahan Jun 2013 nanti untuk lebih maklumat mengenai game2 generasi baru pada Xbox 2013.

Kedua-dua PS4 dan Xbox One juga mempunyai RAM sebesar 8 GB dan ini membolehkan pembangun game meletakkan tesktur HD berkualiti tinggi dan meningkatkan kualiti graphic serta game mechanic.

Pengguna PC juga boleh mengharapkan lebih banyak game console-port yang lebih berkualiti tinggi selepas ini terima kasih kepada architecture processor Xbox One dan PS4 yang sama dengan PC.

Xbox One vs PS4 vs Gaming PC

Dari segi spesifikasi, jelas Xbox One dan PS4 boleh dikatakan mempunyai keupayaan pemprosesan yang sederhana sahaja berbanding dengan high-end gaming PC. PC mempunyai kelebihan dari segi processor yang berganda2 laju iaitu Intel Core processor, graphic card yang mantap seperti AMD 7990 dan Nvidia Titan serta pelbagai perkakasan yang lebih mantap.

Namun, gaming PC biasanya berharga lebih mahal daripada konsol dan lebih memfokuskan bermain pada monitor dan kurang digunakan pada ruang tamu dan TV.

Kelebihan konsol Xbox One dan PS4 pula lebih banyak game eksklusif akan muncul serta fungsi-fungsi lain seperti motion sensor, kawalan suara, offline dan online multiplayer yang lebih menarik dan meriah serta sesuai dimainkan bersama keluarga atau kawan-kawan di ruang tamu.

Walaupun saya sendiri lebih kepada bermain permainan PC (PC gamer master race!) namun sangat tertarik dengan pembaharuan teknologi yang dibawa oleh Xbox One dan PS4.

Apakah pendapat anda mengenai Xbox One?

Sumber : Wired, Engadget, Anandtech


RELATED POSTS

17 thoughts on “Xbox One – konsol permainan dan hiburan generasi baru Microsoft

  1. duit2..

  2. ambe sro nok beli so…demo xsay???
    kikiki

    1. nak upgrade buat sebijik PC baru dulu rasanya baru fikir beli console

  3. agk2 brapa hrge xbox one ye

    1. masuk Malaysia maybe RM18XX-RM25XX kot…sebab dia bundle ngan kinect maybe jadi mahal sikit…official price masih lagi tak keluar

  4. suka la blog ni….simple dan kemas……

  5. harap2 ade sambungan game halo kt pelantar nie …. love this game so much
    /0/
    \\ ________
    // [xbox one]

    1. tak ramai orang malaysia main Halo…diorang tau COD, Battlefield dan CS je 😛
      mesti ada Halo baru sebab tu franchise terbaik MSFT

  6. TAK SABAR SIAL XBOX ONE !

  7. Memang pasti ke xbox pakai cip graphics tu , sbb time reveal tu tak ada pun dia cakap , or maybe aku tak dengar ke.

    1. xbox one dan ps4 both pakai AMD APU 8-core

      APU means CPU + GPU dalam satu die/chip…mungkin beza sikit dari segi clock speed, shader etc…maklumat yang betul2 detail dari segi teknikal x umum lagi

      http://www.wired.com/gadgetlab/2013/05/xbox-one/

  8. game y baru kuar nnt xleh main la kat xbox360??

    1. tak backward compatible; xbox 360 takleh main game xbox one, vice versa

  9. asaNya klu game lama xbox360/ps3 ni leh maen ke kt consol yg bru ni eh???

  10. Bos.. Game xbox360 x leh main ke dlm xbox one atau game xbox one x leh ke main dlm xbox 360

  11. bagi lah info camana nak copy games dan seting nya sekali seperti missing cover , download content pack dll

  12. Xbox one blh ke pkai controller xbox 360? Minta pencerahan

Tinggalkan komen anda