Posted on

WordPress 3.8 ‘Parker’ Dilancarkan kepada Umum

wordpress-3.8-parker

Automattic, syarikat disebalik platform blogging popular WordPress telah melancarkan versi terbaru WordPress 3.8 “Parker” yang kini boleh dimuat-turun secara percuma melalui laman WordPress.org. Pengguna platform WordPress sedia ada juga boleh menaik-taraf ke WordPress 3.8 menggunakan Dashboard, Fantastico, Installatron dan juga manual update.

Menarik mengenai WordPress 3.8 ialah design serba baru yang moden dan elegan. Malah ianya lebih ringan dan tidak berselerak seperti versi WordPress sebelum ini. Ketahui apakah perkara baru dalam WordPress 3.8 dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

WordPress 3.8 Modern Design

wordpress 3.8 modern design

WordPress 3.8 menggantikan design lama yang berwarna putih-kelabu berserta gradient dengan design yang ceria berwarna-warni, lebih kelihatan moden dan elegan.

wordpress 3.8 color

Anda boleh memilih tema warna di dalam Dashboard > Profile. Antara tema warna yang boleh dipilih ialah Light, Blue, Coffee, Echoplasm, Midnight, Ocean dan Sunrise.

Jika anda mahukan tema warna yang sentiasa bertukar setiap kali anda login Dashboard, boleh install plugin ini :

wordpress 3.8 color

WordPress 3.8 juga menggunakan fluid-responsive layout dan di-optimasikan untuk semua jenis saiz display seperti smartphone, tablet, laptop dan desktop PC.

wordpress 3.8

Anda juga boleh menaip blog-post dengan mudah sekiranya menggunakan smartphone. Sesuai untuk blogging on-the-go bagi mereka yang tidak gemarkan menggunakan aplikasi rasmi WordPress di iOS, Android dan Windows Phone kerana terlalu banyak limitasi.

wordpress 3.8 themes

Theme Management serba baru turut diperkenalkan.

WordPress 3.8 Twenty Fourteen

wordpress twenty-fourteen

Twenty Fourteen merupakan tema serba baru yang didatangkan bersama WordPress 3.8. Pendapat peribadi saya, Twenty Fourteen merupakan tema WordPress default yang paling cantik, jauh berbeza dengan tema default versi terdahulu seperti Twenty Ten, Twenty Eleven, dan Twenty Twelve.

twenty fourteen jomphp

Preview tema Twenty Fourteen di blog JomPHP.com.

BACA :  Senarai blog komputer dan IT berbahasa melayu yang patut anda tahu

Klik untuk mencuba demo tema Twenty Fourteen.


Syabas diucapkan kepada team WordPress di atas pelancaran WordPress 3.8, versi WordPress yang paling cantik dan terbaik pernah dihasilkan. Terlalu banyak peningkatan dalam WordPress jika dibandingkan dengan versi awal sekitar 4-5 tahun lepas, ketika itu WordPress hanya terhad kepada sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam Web, HTML dan PHP sahaja yang boleh mengendalikan WordPress dengan betul.

Kini, menjelang 2014, WordPress adalah untuk SEMUA.

Rakan-rakan blogger yang masih menggunakan WordPress versi lama digalakkan untuk upgrade kepada WordPress 3.8 dengan segera…join the hype train. 🙂


RELATED POSTS

2 thoughts on “WordPress 3.8 ‘Parker’ Dilancarkan kepada Umum

  1. Tema baru tu yg menarik perhatian haha

  2. saya setuju. ternyata Twenty Fourteen jauh lebih cantik dari reka bentuk default theme terdahulu daripadanya.

Tinggalkan komen anda