Posted on

WordPress 3.0 bakal memperkenalkan tema baru “Twenty Ten”

twenty ten wordpress theme

Baru-baru ini saya ada mencuba wordpress versi terbaru iaitu wordpress 3.0 beta 1. Didalam versi 3.0, fungsi wordpress dan wordpress MU (multi-user) telah digabungkan menjadi satu pakej. Maksudnya, dalam satu installation wordpress, anda boleh buat banyak lagi blog wordpress untuk pengguna lain.

Selain itu, wordpress 3. juga bakal memperkenalkan tema baru dikenali sebagai “Twenty Ten” seperti mana yang anda dapat lihat pada screenshot di atas.

Twenty Ten ini adalah sangat menarik berbanding theme default wordpress sebelum ini kerana ianya boleh di-customize sesuka hati dengan senang. Tak tahu sebarang coding pun boleh edit theme twenty ten nie sebab adanya theme option yang memudahkan sesiapa sahaja mengubah mengikut kesukaan.

twenty ten wordpress theme

Contohnya, anda boleh edit menu yang ingin dipaparkan di dalam tema blog. Boleh letakkan link, kategori, pages dll dengan senang. Fungsi dropdown menu juga diintegrasikan di dalam theme ini menjadikan twenty ten lebih cool.

twenty ten wordpress theme

Anda juga boleh menukar background seperti warna atau background picture. Pilih samada background tersebut hendak tile, fixed, center dan sebagainya.

twenty ten wordpress theme

Header image juga boleh ditukar dengan mudah, boleh pilih header yang sedia ada atau upload header yang anda design sendiri. Saiz header adalah 940×198 jika upload gambar besar anda boleh crop kepada saiz 940×198.

twenty ten wordpress theme

Ini adalah screenshot tema twenty ten yang telah di-customize oleh saya dalam masa kurang daripada 5 minit. Nampak agak bergaya juga kan?

Setakat ini versi wordpress 3.0 masih di dalam peringkat beta, saya cadangkan anda tunggu dulu versi final dikeluarkan baru pasang di blog anda. Kalau nak guna versi beta guna hanya di localhost.

BACA :  Imagespacemedia – jana pendapatan pasif dengan iklan pada gambar di blog anda

Jika berminat hendak demo theme twenty ten; boleh lihat di 2010dev.wordpress.com. Atau boleh cuba download versi pembinaan di sini.

Artikel asal: WordPress 3.0 Beta released with new Twenty Ten default theme


RELATED POSTS

21 thoughts on “WordPress 3.0 bakal memperkenalkan tema baru “Twenty Ten”

  1. nice giler !!
    nanti leh cuba theme baru ni bile kluar xD
    .-= MrRollies´s last blog ..Tips Ketatkan Keselamatan Blog WordPress =-.

  2. wah macam twitter la tema dia..cun habis
    .-= Meow´s last blog ..Senarai Penerima ABP 2009 =-.

  3. amat kemas dan menarik
    nnt kemunculannya
    ahaha header alienware
    .-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.

  4. Tunggu full version kua la, baru setup blog…dengan function baru dari wordpress, senang la nak mengedit…good info… 🙂

  5. seronok la WP user lepas ni..
    .-= azizuan´s last blog ..Tiga Siri TV Mesti Tonton =-.

  6. wordpress sangat cool.. jom pindah ke wordpress.. hehe.. :tongue:
    .-= Anarm´s last blog ..Buang Widgeo.. Elakkan benda tak perlu di blog =-.

  7. semakin mantap la wordpress nie, tapi mcm mana nak bertukar ke tema baru tu nanti?.. maklum la baru lagi setup wordpress ni…
    .-= afendie´s last blog ..list of twitter apps to help you auto follow or auto unfollow on twitter =-.

    1. Dah upgrade kepada wordpress 3.0 nanti dia ada siap2 theme tu ntuk dipilih…
      .-= EiNS´s last blog ..ThemeJunkie Promotions – 30% off premium wordpress themes =-.

  8. ermm…WP memang besh ek??
    .-= DaHLia´s last blog ..Benjy hanya rujuk Internet cara proses syabu!! =-.

  9. WP memang terbaik…sesapa yang masih guna blogspot sila berhijrah ke WP…nescaya lepas nie tak terlintas pun di hati nak pakai blogspot lagi…
    .-= EiNS´s last blog ..ThemeJunkie Promotions – 30% off premium wordpress themes =-.

  10. wah, menarik theme ni…siap ada option untuk memudahkan pengguna. bagus wordpress…
    .-= mohdisa´s last blog ..Mari Bermain Facebook Games Kesatria Poyos =-.

  11. cayalah WP.. makin lama makin maju, takde la org baru pasni susah nak edit theme.. hehee.. :biggrin:

  12. nunggu versi finalnya aja :w00t:
    .-= hafizh29´s last blog ..Software Sebar Iklan Baris Gratis =-.

  13. Huhu saya suka WordPress :biggrin:
    .-= wazy´s last blog ..Achik Spin Meninggal Dunia =-.

  14. best giler feature tu..dh la byk plugin best dlm WP ni..eins, kalo MU ni, bkn ke perlukan hosting besar ke? maklum r sume yg daftar blh bukak blog sdiri plak kan atas domain asal tu..
    .-= firib5593´s last blog ..Never Forget =-.

  15. sempoi je tgk header tu..hoho tenang jiwa memandang
    .-= x-po´s last blog ..PATUTKAH ADA MAAF UNTUK KALI KEDUA? =-.

  16. xkan update terakhir 5 april je kot….kate pusat info it :silly:

    1. biasa la student tengah buzy dengan final year project dan final examination.

  17. bila agaknya nak keluar tuh??? tak sabar dah nie..huhu :cheerful:
    .-= zik´s last blog ..Selamat hari buruh 2010! =-.

  18. saya dah pake….tp knapa sering muncul widget gak dkenal..
    salam kenal untuk semuaaa…
    .-= ayimass´s last blog ..27. An Naml (Semut) =-.

Tinggalkan komen anda