Posted on

Windows Live Essential (Wave 4) Beta

windows live messenger 2010

Microsoft baru sahaja melancarkan perisian Windows Live Essential terbaru iaitu Wave 4 Beta. WLE mengandungi beberapa perisian yang tidak terdapat secara default pada Windows 7 iaitu Live Messenger, Live Movie Maker, Live Mail, Live Writer dan juga Live Photo Gallery.

Versi WLE terbaru nampak lebih kemas, canggih dengan penambahan fungsi2 baru. Yang pasti, penggunaan perisian2 WLE menjadikan Windows 7 anda lebih menarik dan produktif dalam urusan harian.

windowslivemessenger20105

Windows Live Messenger menggunakan antaramuka Metro UI seakan-akan Windows Phone 7. Selain itu, Live Messenger juga menambahkan fungsi-fungsi sosial dengan mengintegrasikan Facebook dan Myspace.

Pengguna juga boleh update status kemudian share terus kepada facebook, memudahkan anda sentiasa berhubung dengan rakan-rakan facebook tanpa perlu membuka website facebook.

Windows Live Mail 2010

Windows Live Mail telah diupdate dan kini tampil menggunakan Ribbon UI. Menerima dan menulis email baru lebih senang menggunakan perisian Live Mail ini, dan lebih menarik kerana ia mempunyai fungsi “conversation” seperti Gmail, memudahkan anda membaca email daripada sender yang sama.

windows live photo gallery

Windows Live Photo Gallery juga di-upgrade dan mempunyai fungsi seperti face detection dan photo tagging. Anda boleh gunakan perisian ini untuk tengok gambar-gambar dalam komputer anda dan boleh juga edit atau buat slideshow.

Anda juga boleh upload gambar2 terus kedalam skydrive, facebook, youtube dan flickr. Salah satu fungsi penting yang tidak ada secara default pada Picasa, saya rasa.

windows live movie maker

Ingin membuat slideshow presentation atau hasilkan video dengan senang? Cuba gunakan Windows Live Movie Maker, versi baru yang lebih canggih, mesra pengguna dan fungsi-fungsi menarik seperti effect pada video yang anda publish.

Anda juga boleh upload terus kepada skydrive, facebook dan youtube.

BACA :  Penyelesaian kepada Facebook Chat baru yang dibenci ramai

windows live writer 2010

Perisian menulis blog terbaik iaitu Windows Live Writer telah di-upgrade dengan rupa baru yang lebih kemas dan senang digunakan. Bagi saya penggunaan Ribbon UI sangat berguna kerana dapat menggantikan menu lama yang ketinggalan zaman, serta Ribbon UI memudahkan saya menggunakan fungsi-fungsi tersedia ada dengan lebih cepat.

Para bloggers sekalian haruslah cuba menulis blog menggunakan Windows Live Writer ini kerana ianya amat memudahkan anda menulis entri, memasukkan gambar, video, maps dsb. WLW menyokong WordPress, Blogspot serta lain-lain penyedia blog yang popular.

Selain itu, fungsi lain yang terdapat pada WLE Wave 4 Beta adalah seperti Bing Bar, Messenger Companion dan Family Safety.

Jika anda berminat, anda boleh cuba WLE Wave 4 Beta pada link berikut;

Windows Live Essentials 2010 download link.

Selamat mencuba ya! ;D


RELATED POSTS

11 thoughts on “Windows Live Essential (Wave 4) Beta

  1. […] This post was mentioned on Twitter by Luth Textile, jomphp.com. jomphp.com said: Windows Live Essential (Wave 4) Beta http://goo.gl/fb/UYWTJ #jomphp […]

  2. sesuatu yang menarik untuk dicuba. WL Writer dan WL Photo Gallery apps yang aku biasa guna.

    1. Live Writer dulu interface kuno…now da pakai ribbon rasa cam pakai office 2010 lak…best
      .-= EiNS´s last blog ..Windows Live Essential Wave 4 Beta =-.

  3. ni la jawapan kpd pngguna windows7 yg duk tercari2 mane la moviemaker.. hehe.. nk try gne WLW utk post kt blog ak ar ni 🙂
    .-= headr´s last blog ..buat widget sendiri : ikon jaringan sosial =-.

    1. Haha…aku dah guna movie maker baru nie…memang best…effect2 dia tu yg seronok bila guna
      .-= EiNS´s last blog ..Windows Live Essential Wave 4 Beta =-.

  4. setuju2! moviemaker baru sgt best.. simple but yet stil bole menghasilkan satu masterpiece :biggrin: contoh hasilnya http://headrblog.blogspot.com/2010/06/apai-u-are-dead-meat-now.html
    .-= headr´s last blog ..buat widget sendiri : ikon jaringan sosial =-.

  5. yg link tu offline installer ke?
    .-= Anarm´s last blog ..Peraduan Copy dan Menang MP3 Player =-.

    1. Yg beta nie rasanya xde offline installer..kena tunggu full baru ada offline installer kot
      .-= EiNS´s last blog ..Radial–free pink wordpress theme by ihostzen =-.

  6. salam.nk tny.ptg td sy ad dwld update windows live essential ni.mula2 mcm ad error.die rolling back.tgk2 dah ad.tp dkt ALL PROGRAMS xde plak die pny shortcut.tp mcm bile buka file .avi k,bile rite klik>open with…baru ad.any idea???

    1. sori.sy dh jmp penyelesaiannya.ad rupanya.xcheck btul2 td.sori.BTW sy try gne Windows Live Mail,try gne account yahoo mail,tapi die kata kena upgrade kepada yahoo mail plus.huhuhu.cne ye

  7. […] OS bakal mencabar Microsoft? Antara ‘breaking news’ paling popular dalam web pada hari ini…Windows Live Essential (Wave 4) Beta Microsoft baru sahaja melancarkan perisian Windows Live Essential terbaru iaitu…Install Windows […]

Tinggalkan komen anda