Posted on

Windows 8 Review (Bahagian 2 – Metro )

windows 8 review lock screen

Review Windows 8 bahagian 2 akan menceritakan lebih mendalam mengenai Metro Start Screen, Windows Store, Metro Apps dan beberapa perkara yang belum dijelaskan dalam review Windows 8 bahagian 1.

Windows 8 sebagai hibrid OS mempunyai dua antaramuka iaitu classic desktop yang dikhaskan untuk pengguna mouse dan keyboard dan satu lagi antaramuka Metro yang dioptimasikan untuk pengguna peranti touch screen.

Windows 8 Review – Lock Screen dan Start Screen

Lock Screen dalam Windows 8 juga lebih bergaya  kerana boleh memaparkan notifikasi seperti Birthday, jumlah email yang tidak dibaca dan update daripada Twitter. Berbanding lock screen Windows 7 yang agak useless. lock screen pada Windows 8 jauh lebih berguna.

metro start screen

Antaramuka Start Screen yang anda akan lihat selepas install Windows 8. Mula-mula ianya kelihatan bosan, statik dan “tidak hidup” tetapi selepas anda kerap menggunakan Start Screen pasti ianya kelihatan lebih berguna dan menarik.

windows 8 start screen\

Walaupun Start Screen direka supaya mesra pengguna touch screen, anda tetap boleh menggunakan mouse dan keyboard untuk navigasi mudah dan cepat.

Contohnya, untuk scroll boleh menggunakan mouse wheel ataupun butang arrow pada keyboard. Untuk pengguna laptop, trackpad gesture boleh digunakan seperti pinch-to-zoom, two finger scrolling dan lain-lain lagi (memerlukan driver yang betul).

live tiles windows 8

Live Tiles – merupakan pendekatan terbaru daripada Microsoft untuk menggantikan fungsi icon shortcut dan juga widget. Aplikasi Windows 8 yang menyokong fungsi Live Tiles akan sentiasa memaparkan kemaskini terbaru tanpa perlu anda membuka aplikasi tersebut terlebih dahulu.

Bagi saya, Live Tiles merupakan fungsi yang sangat unik kerana icon yang statik sungguh bosan dan widget juga menggunakan ruang yang besar serta kuat drain bateri. Live Tiles lebih kemas, ringkas dan moden. Anda juga boleh resize tiles (besar atau kecil).

windows 8 review[17]

Sematic Zoom – membolehkan anda lihat semua icon tiles pada Start Screen dengan mudah. Untuk akses semantic zoom, tekan icon – pada hujung belah kanan Start Screen ataupun buat gesture pinch to zoom pada trackpad.

Anda boleh group-kan tiles dan rename.

windows-8-review

Untuk mengubah pilihan background dan warna pada Start Screen, anda boleh masuk PC Settings (Charm Bar > Settings > PC Settings atau tekan pada Username > Change Account Picture).

PC Settings ini berfungsi sebagai Control Panel bagi kebanyakan settings utama dalam antaramuka Metro.

windows-8-review7

Anda ada pilihan untuk menggunakan local account atau Microsoft Account pada Windows 8. Microsoft Account membolehkan anda menggunakan Windows Store, Xbox Music, Skydrive, sync account serta bermacam-macam lagi core services dalam Windows 8.

Cadangan kami, buat akaun baru Outlook (percuma dan tak sampai lima minit buat) dan gunakan account ini sahaja untuk komputer Windows 8 anda.

windows 8 review switcher

Akses app switcher dengan menggerakkan mouse pada hujung belah atas bahagian kanan ataupun shortcut Win + Tab. Anda boleh mematikan apps dengan right click > close.

Untuk multi-task dengan antaramuka desktop, anda masih boleh gunakan shortcut Alt + Tab.

metro apps

Cara alternatif, anda boleh tarik dari atas ke bawah (pull down to close) untuk mematikan atau exit/close apps pada Windows 8.

windows 8 review metro snap

Snap View – membolehkan anda membuka dua aplikasi secara serentak. Contoh People App snap dengan desktop. Untuk snap boleh drag window ke bahagian kiri atau kanan. (right click multitasking bar > Snap Left atau Snap Right.

windows 8 review[2]

Ini pula People App snapped ke bahagian kiri pada desktop. Sangat berguna, contohnya sambil edit gambar di photoshop anda boleh snap app twitter, facebook dan lain-lain lagi.

Windows 8 Review – Aplikasi Terbina Dalam

windows 8 review[9]

People App – Sangat berguna kerana membolehkan anda akses cepat kepada notifikasi dan kemas kini terbaru bagi rakan-rakan di Facebook dan Twitter. Rugi kalau tak manfaatkan fungsi ini sepenuhnya. Boleh tambah akaun menggunakan Charm Bar.

Anda juga boleh membalas komen, update status pada Facebook dan Twitter dan sebagainya.

windows 8 review[11]

Messaging app – membolehkan anda chat dengan rakan-rakan Facebook dengan mudah dan cepat. Notifikasi akan muncul walaupun ketika anda sedang menaip di Microsoft Word pada desktop ataupun ketika menggunakan aplikasi lain.

Sangat berguna…tidak perlu bagi buka laman Facebook.com untuk chat dengan rakan Facebook.

windows 8 review[13]

Calendar App – men-integrasikan Facebook Event dan Birthday. Notifikasi akan muncul pada desktop dan lockscreen Windows 8 memberitahu ada rakan anda sudah tua setahun pada tarikh2 tertentu.

windows 8 review[6]

Mail App – aplikasi email untuk Windows 8 sangat basic tetapi mudah digunakan. Baca dan balas email dengan cepat, menyokong akaun Hotmail, Outlook, Gmail dan Yahoo.

windows 8 review[15]

Photos App – membolehkan anda lihat gambar daripada komputer, Facebook, Skydrive, Flickr dan lain-lain dengan mudah dan elegan. Anda juga boleh kongsikan gambar dengan menggunakan fungsi Charm (Win + C > Share ).

windows 8 review skydrive

Skydrive App – Pengguna Windows 8 yang menggunakan akaun Microsoft boleh menggunakan fungsi Skydrive untuk menyimpan gambar, dokumen penting dan lain-lain. Anda mendapat 7gig ruang storan percuma dan semua file yang anda simpan dalam Skydrive boleh diakses melalui web, peranti iOS, Android, Mac OSX…sangat berguna.

BACA :  Kompilasi Artikel Mengenai Windows 8 Developer Preview

windows 8 review[21]

Music App – anda boleh dengar lagu2 mp3 dalam komputer ataupun menggunakan servis Xbox Music untuk stream berjuta2 lagu secara percuma. Anda juga boleh beli lagu daripada Xbox Music dan boleh kata ianya alternatif mudah kepada iTunes.

Xbox Music tidak boleh digunakan di Malaysia, tetapi anda boleh akses menggunakan cara ini, dan pastikan akaun Microsoft anda menggunakan region US juga.

xbox video malaysia

Video App – memainkan video sedia ada dalam komputer anda ataupun menggunakan fungsi Xbox Video, anda boleh beli atau sewa beribu-ribu Movies dan TV series dengan mudah.

Sememangnya DVD atau BluRay semakin tidak relevan dengan fungsi movie store seperti Xbox Video dan iTunes Store kerana anda boleh dapatkan movie dan tv series secara sah dengan harga yang murah.

windows 8 review[4]

Xbox Games – buat avatar, tambah rakan dan tengok achievements yang anda perolehi ketika bermain games Xbox for Windows 8.

Add gamertag saya : einsync

Lain-lain aplikasi terbina dalam Windows 8 adalah Travel, Bing, Stock, Camera, Maps, News dan Store. Aplikasi terbina dalam biasanya mempunyai option yang terhad dan anda boleh download lebih banyak aplikasi daripada Windows Store.

Windows Store

windows store windows 8

Windows Store merupakan tempat khas untuk anda mendapatkan beribu aplikasi untuk Windows 8. Terdapat pelbagai kategori pada Windows Store iaitu Games, Photo, Entertainment, Music Videos, Education, Health dan lain-lain lagi.

Aplikasi Windows 8, ada yang percuma, ada berbayar dan ada yang menyediakan fungsi trial dulu sebelum anda membeli aplikasi tersebut. Windows Store adalah dikawal oleh Microsoft dan bebas daripada malware atau virus.

windows store

Windows Store juga berfungsi untuk update segala Metro Apps termasuk apps terbina dalam Windows 8 seperti Camera, Mail, Reader dan sebagainya. Biasanya, kalau baru lepas install Windows 8, pertama kali buka Windows Store sila update dulu apps sebelum guna.

skype windows 8

Setiap hari, beratus-ratus hingga beribu-ribu aplikasi baru akan dimasukkan ke dalam Windows Store. Pada hari pertama pelancaran Windows 8, ramai pengguna mengadu Windows Store agak bosan, maklumlah, tak banyak lagi apps menarik.

Beberapa aplikasi Metro yang sangat berguna bagi saya;

Skype – chatting dan video call dengan rakan Skype dengan mudah menggunakan antaramuka yang cantik dan elegan

tunein windows 8[7]

TuneIn Radio – dengar pelbagai jenis radio Malaysia seperti HotFM, EraFM, dll secara mudah

toolbox windows 8

Toolbox – gunakan pelbagai aplikasi secara serentak dalam satu window…ultra multitasking…masa pelancaran Windows Phone 8 dulu saya gunakan Toolbox untuk tengok live blog pada 3 buah website, dengan aplikasi twitter snapped dan Xbox Music pada background.

tweetro windows 8

Tweetro – Metro apps untuk pengguna tegar Twitter.

pray windows 8

Pray – aplikasi waktu Solat untuk Windows 8. Bila pertama kali buka, Pray akan detect lokasi anda secara automatik dan akan memberi notifikasi beserta laungan azan setiap kali masuk waktu solat.

windows 8 review[10]

Tasks – aplikasi To-Do List yang cantik.

youtube video downloader

Youtube MP3 & Video Downloader – download youtube video dalam bentuk FLV, MP4, MP3 dengan mudah.

Dan banyak lagi, kalau ada masa saya buat senarai aplikasi menarik untuk Windows 8.

Windows 8 Games

windows 8 games

Windows 8 menyokong permainan PC seperti FIFA 2013, Call of Duty : Black Ops 2 seperti Windows sebelumnya. Bagi anda yang mahukan permainan kasual dan tidak memerlukan komputer yang canggih, boleh-lah download pelbagai permainan menarik daripada Windows Store.

Sebagai permulaan, saya cadangkan anda download Solitaire, Minesweeper, Pinball FX2, Wordament, Taptiles dan sebagainya.

hydro thunder hurricane[7]

Contoh game Windows 8 : Hydro Thunder Hurricane.

angry birds star wars windows 8

Angry Birds Star Wars untuk Windows 8 juga ada.

jetpack joyride windows 8

Jetpack Joyride juga boleh dimainkan dalam Windows 8.

Lebih banyak games menarik sedang dalam pembangunan dan akan dilancarkan untuk pengguna Windows 8. Kalau ada masa, kami juga akan senaraikan beberapa games menarik untuk pelantar Windows 8.


Sebagai platform yang masih baru, Windows 8 masih kekurangan banyak aplikasi dan games yang popular seperti di pelantar iOS dan Android. Namun, menurut Microsoft, Windows 8 mempunyai jumlah developers yang ramai dan lebih banyak aplikasi berkualiti akan muncul di Windows Store.

Metro Start Screen juga mempunyai pelbagai kelemahan, antaranya fungsi customization yang terhad, sesetengah option sangat tersembunyi dan menyukarkan pengguna baru dan beberapa lagi kelemahan lain. Saya pernah baca di Internet, seorang pengguna memaki hamun Windows 8 kerana beliau gagal menjumpai butang Shut Down dan Restart komputer selepas sebulan guna dan terpaksa tekan butang Power pada laptop untuk tutup.

Untuk ulasan dan komen Pros and Cons mengenai Windows 8, saya akan sambung dalam bahagian 3.


RELATED POSTS

27 thoughts on “Windows 8 Review (Bahagian 2 – Metro )

  1. bro nk tanye..
    Ko nye messaging selalu ade problem x..
    mcm aku kadang2 die x detect org on9 kat fb..
    pastu kadang2 xleh nk balas mesej fb..

    1. bro dah update semua stock apps ke latest version? kat windows store

      kalau tak boleh, kena try re-login akaun Facebook dekat Windows 8

  2. info yang menarik, sesuai utk beginner. thanks EiNS 🙂

  3. Bro.. buat macam mana start screen ada jomphp? ak nk jgk. hehe.. senang nk follow jomphp 🙂

    1. tunggu sok atau lusa aku publish

  4. Assalamualaikum, bro. Apasal ek bila nak guna tweetro, dia x boleh connect sebab takda internet connection? ada ja wifi ni haa.. =/

      1. dekat MetroTwit, kenapa ada error :
        Exception of type ‘System.Exception’ was thrown, ?
        camne nk fix? harap bantu. Terima kasih

  5. win store apps PRAY dlm box mana admin, productivity ke sportlight ke… x jumpa

    1. search je pray kat store

      1. aik… tempat store ada search ke admin, x jumpa pn.. kalu ada senang pulak..

        1. Tekan button window+Q je

        2. ko bukak tu, ko taip je dia auto search…sama gak cam kat homescreen…satu lagi boleh guna Win + Q

        3. dah buat win+Q.. aku taip pray x kluar pn….ke nama lain!
          satu lg tune in radio x blh nk play, ia kuar stream error..

        4. tq2 dah jumpa.. baru tahu cara nak search apps mcm mana..huhu

        5. cuma yg masalah skrng tune in radio x blh nk play.. semua saluran x blh play..

        6. try buang pastu install balik…aku hari2 pakai tunein ok je…cuma kadang2 nak boleh start buffer tu lama sikit

  6. kenapa xbox live takleh connected to internet???
    pakai wifi tapi takleh connect…
    kenapa eh???

  7. Bro windows 8 ni dah ada yg pirated tak?

    1. ada…tapi aku rekomen beli yg ori…

      1. Nak tanya. Macam mana nak integrate Calender app tu dengan facebook? lagi satu mana nak cari tweetro tu?

        1. masuk people app > charm bar > sign in Facebook

          tweetro kini app berbayar

  8. eins: agak2 background process berapa berat? berapa CPU usage% yang dia pakai?

  9. bro knp tuneIn aku nak dgr lagu dye tulis stream error???tak bole nk play lagu

  10. […] fungsi menarik dalam Windows 8 ialah Windows Store di mana anda boleh muat turun pelbagai aplikasi Metro dan permainan dengan mudah ke dalam komputer […]

Tinggalkan komen anda