Posted on

Windows 8 Review (Bahagian 1 –Desktop)

windows 8 review[8]

Windows 8 merupakan sistem operasi serba baru daripada Microsoft dan baru dilancarkan secara rasmi pada 26 Oktober 2012 (minggu lepas). Berbeza dengan XP, Vista dan 7, Windows 8 merupakan “hybrid OS” kerana selain digunakan pada desktop dan laptop, Windows 8 juga dibina khusus untuk komputer tablet di mana touch screen adalah input method dan sentuhan jari digunakan untuk menggantikan fungsi mouse dan keyboard.

Sebagai “hybrid OS” juga, Windows 8 mempunyai dua antaramuka berbeza : classic desktop untuk pengguna desktop/laptop menggunakan mouse dan keyboard dan (Metro) Start Screen untuk pengguna Windows 8 pada tablet atau komputer menggunakan touch screen.

Untuk bahagian pertama ini, saya akan menyentuh mengenai fungsi-fungsi baru dalam Windows 8 untuk pengguna desktop dulu.

Windows 8 Review – Classic Desktop

windows 8 review

Windows 8 Boot Menu lebih minimalis dan kemas. Boleh guna mouse lagi.

Dari segi boot speed, Windows 8 jauh lebih laju daripada Windows XP, Vista dan 7. Komputer saya hanya menggunakan hard disk SATA biasa, tiada solid state disk (SSD) tetapi boot speed sangat laju. Menurut Microsoft, Windows 8 boleh boot kurang daripada 7 saat pada komputer menggunakan SSD.

windows 8 desktop[7]

Ini adalah rupa desktop pada Windows 8 yang anda akan lihat selepas selesai proses install Windows 8. Tiada banyak perubahan dengan Windows 7, cuma bezanya tiada lagi Start Menu button pada Windows 8.

windows 7 vs windows 8

windows 8 start screen

Cuma apabila mouse digerakkan kepada bucu (bottom-left-corner) satu icon besar akan muncul dikenali sebagai Start Screen. Bila di-click ianya akan membawa pengguna kepada Start Screen baru.

windows 8 metro

Antaramuka Metro Start Screen yang mesra pengguna touch screen. Pengguna mouse dan keyboard tetap boleh menggunakan Start Screen dengan mudah. Ianya berfungsi sebagai launcher bagi apps dan software Windows serta memudahkan pencarian.

windows 8 start screen[5]

Untuk mencari apps atau program, boleh terus menaip pada Start Screen dan hasil carian akan ditunjukkan dengan pantas. Keyboard shortcut untuk carian Start Screen ialah Windows button + Q. Mungkin ramai orang akan rasa kekok dan janggal dengan fungsi ini tapi selepas beberapa jam saya rasa pasti tiada masalah lagi.

Jika anda masih memerlukan Start Button pada Windows 8, boleh baca artikel terdahulu : Mengembalikan Start Menu pada Windows 8

Untuk kembali ke desktop, tekan butang Windows (pada keyboard) atau tekan pada tile desktop di Start Screen. Lebih lanjut mengenai fungsi Start Screen akan diceritakan dalam review bahagian kedua.

windows 8 review[23]

Charm Bar ialah fungsi baru yang sangat kritikal dalam Windows 8. Ia berfungsi sebagai “bridge” kepada antaramuka classic desktop dan Start Screen. Charm bar boleh diaktifkan dengan menggerakkan mouse kepada bucu kanan (bottom-left-corner) atau shortcut key Windows + C.

windows 8 review[25]

Charm Bar mempunyai fungsi-fungsi penting seperti connect ke Wi-Fi, menukar volume dengan senang, mengakses PC Settings, Notification, serta memudahkan Sleep, Shut down dan restart.

windows 8 review[12]

Salah satu fungsi paling berguna bagi Windows 8 ialah – Sync Your Settings – membolehkan anda sync settings, wallpaper, passwords, personalization dengan komputer lain menggunakan Windows 8. Sangat berguna bagi orang yang ada banyak komputer contohnya komputer pejabat, laptop dan komputer desktop.

Sebagai contoh: laptop dan PC saya berkongsi settings yang sama menggunakan Microsoft Account. Jika saya tukar wallpaper, ubah settings dalam Control Panel di laptop, maka settings tersebut akan dibawa secara automatik ke PC saya.

windows 8 review[9]

Windows Explorer, kini dikenali sebagai File Explorer dalam Windows 8. Tiada sebarang perubahan drastik tetapi ada penambahan Ribbon Menu bagi memudahkan akses kepada fungsi-fungsi utama. Jika tidak suka, boleh sembunyikan Ribbon Menu dengan menekan butang arrow.

windows 8 review[11]

Di dalam Windows 8, tiada lagi Aero Glass, iaitu efek transparent pada border Explorer (perhatikan screenshot) dan ianya diganti dengan solid color mengikut warna yang anda pilih pada Personalization > Color. Tujuan Microsoft membuang Aero Glass ialah bagi meningkatkan performance Windows 8, memanjangkan battery life pada laptop dan tablet Windows 8 serta merendahkan penggunaan RAM.

windows 8 review[13]

Proses memindahkan fail (Copy – Cut – Paste) lebih kemas dan laju berbanding Windows sebelum ini. Boleh transfer multiple dengan cepat dan senang, pause transfer, tidak perlu lagi menggunakan perisian seperti TeraCopy pada Windows 8.

windows 8 review[19]

Task Manager dalam Windows 8 juga lebih berguna berbanding Windows sebelumnya. Anda boleh enable/disable startup items pada Windows dengan mudah, tidak lagi perlu menggunakan TuneUp Utilities atau Ccleaner untuk fungsi ini.

windows 8 review[21]

Built-in Anti-Virus :Windows Defender juga terbina dalam Windows 8 dan ia merupakan antivirus Microsoft Security Essential (MSE) yang telah dijenamakan kembali. Secara jujur saya katakan tidak perlu lagi menggunakan sebarang perisian antivirus tambahan pada Windows 8. Sudah beberapa tahun PC dan laptop saya selamat daripada virus dan malware terima kasih kepada MSE.

BACA :  Antaramuka baru Windows 8 untuk komputer tablet diperlihat

Tips : Buka Windows Defender > Settings > Advanced > dan pastikan semua option anda tick.

multi-monitor-windows-8

Kepada pengguna multi-monitor, Windows 8 memudahkan kerja anda dengan penambah-baikkan fungsi sedia ada. Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di blog Microsoft : Multi-Monitor Windows 8.

windows 8 review[15]

Salah satu fungsi baru dalam Windows 8 ialah Refresh dan Restore. Kalau dalam Windows sebelum ini, sekiranya Windows ada masalah seperti diserang virus, Blue Screen of Death atau beberapa masalah kritikal lain, pengguna biasanya terpaksa format baru Windows kepada asal.

windows 8 review[17]

Dalam Windows 8, fungsi Refresh membenarkan pengguna mengembalikan Windows seperti normal tanpa kehilangan fail penting seperti gambar, muzik, videos, Metro apps dan lain-lain lagi.

Manakala, fungsi Restore membolehkan PC dikembalikan seperti asal aka Factory Reset. Jika semua orang pandai menggunakan fungsi Refresh dan Restore, nampak gaya orang yang cari makan dengan format Windows mesti bersedih.

windows 8 native iso mount

Native ISO Mount : File ISO juga boleh di-mount dan burn secara native pada Windows 8, tidak perlu lagi Magic Disc atau Daemon Tools.

windows 8 review

Native PDF reader : Fail PDF boleh dibaca dalam Windows 8 tanpa perlu install Adobe PDF Reader atau Foxit Reader.

windows 8 review[8]

Native Virtualization Software : Windows 8 juga mempunyai fungsi Hyper-V iaitu virtualization software terbina dalam. Memudahkan anda install Linux distro seperti Ubuntu, Fedora dan lain-lain tanpa perlu Virtualbox atau VMWare. Anda juga boleh install atau buka fail VHD mengandungi Windows XP, Vista dan 7. Sangat mudah dan berguna.

need for speed most wanted

Native Screen Capture : Untuk screen capture, hanya perlu menekan butang Windows + Printscreen pada keyboard dan gambar akan disimpan di dalam folder Pictures\Screenshots dalam format PNG. Boleh digunakan di mana-mana sahaja termasuk screen capture di dalam game. Contoh di atas merupakan screenshot yang diambil ketika bermain Need for Speed Most Wanted.

Dalam Windows sebelum ini, printscreen game tidak berfungsi (bila paste jadi gelap) dan memerlukan perisian khas untuk ambil screenshot. Kini tidak lagi dalam Windows 8.

windows to go

Windows To Go – fungsi baru yang esklusif untuk Windows 8 Enterprise, fungsi ini membolehkan Windows 8 diinstall dalam USB pendrive atau external hard disk sebagai Portable Workspace. Boleh bawa Windows 8 dan segala settings, data berkaitan secara portable.

Fungsi ini tiada dalam Windows 8 Pro tetapi ada pengguna yang telah port Windows To Go daripada Windows 8 Enterprise kepada versi lain Windows 8.

Windows 8 – Compatibility, Driver dan Gaming

Perisian seperti Microsoft Office, Google Chrome, Firefox, Skype, Adobe Photoshop, Illustrator serta beratus-ratus ribu perisian lain patut tiada sebarang masalah untuk digunakan pada Windows 8. Ini kerana Windows 8 masih sama seperti Windows 7 pada dasarnya, cuma mengandungi pelbagai penambahan features baru.

windows 8 review gaming

Dari segi driver dan gaming, setakat ini saya tiada sebarang masalah. AMD (ATI Radeon) dan Nvidia sudah mengeluarkan driver untuk Windows 8 32 bit dan 64 bit manakala driver-driver lain seperti sound, saya menggunakan driver versi Windows 7 kerana tiada lagi versi untuk Windows 8.

Manakala game2 berfungsi seperti biasa sebagaimana di Windows 7; contohnya seperti Pro Evolution Soccer 2013, Fifa 2013, Warcraft 3 + Dota, Dota 2 Steam, Skyrim, Mass Effect 3. Pastikan anda install DirectX 9.0c (Jun 2010) untuk kelancaran bermain game di Windows 8.

Sekiranya anda mempunyai masalah bermain game di Windows 8, boleh cuba compatibility settings untuk Windows terdahulu. Ada pengguna yang mengatakan mereka mendapat lebih tinggi FPS (frame per second) dan ada juga mengatakan ada FPS drop. Kalau FPS drop, mungkin masalah driver graphic belum stable (AMD dan Nvidia) atau game tersebut perlukan patch terbaru.

Jika anda masih ragu-ragu, eloklah dual-boot Windows 7 dan Windows 8 jika perlu.


Dari segi performance, Windows 8 jauh lebih laju berbanding Windows 7. Walaupun tiada sebarang bukti benchmark, beberapa laptop lama saya Acer Aspire gemstone (hampir 5 tahun) dan laptop Acer 4736G masih mampu menggunakan Windows 8, bermain games dan menjalankan apps daripada Windows Store dengan lancar. Kalau anda rasa komputer Windows 7 sekarang sudah laju, cuba install Windows 8 dan tengok betul ke Windows 8 ini laju seperti dikhabarkan.

Review bahagian 2 akan disambung dan menceritakan lebih mendalam mengenai Metro Start Screen, Metro Apps dan Windows Store.

p/s: Hanya di JomPHP anda akan jumpa review Windows 8 dengan wallpaper Pokemon. Nak wallpaper tersebut?


RELATED POSTS

68 thoughts on “Windows 8 Review (Bahagian 1 –Desktop)

  1. mcm aku ni dh install windows 7 tapi nk upgrade ke windows 8 boleh? aku malas nk backup barang2 aku sebab tak cukup ruang dah.. lagi satu, aku dah ade iso windows 8 yg pirate.. agak2 boleh tak upgrade guna tu? hehe

    1. boleh upgrade direct daripada Windows 7 ke 8…settings, files, folder akan kekal…tapi agak lama proses upgrade tu…kalau install baru biasanya 20 minit, kalau upgrade mungkin 2 kali ganda tempoh tu

  2. link download plzzz…haha

  3. macam mana nak upgrade dari 7 ke 8 tanpa affect setting, files, folders tu?

    1. dah ada key windows 8?

        1. tau install sendiri kan? meh copy installer

        2. macam mana nk copy installer tu?

        3. amek dalam pendrive…3gig saiz

  4. wallpaper pokemon…
    cayalah!

    1. sebab wallpaper bunga (default Windows 8) sangat boring

  5. bro nk order key..

    1. dah takde promo code…kalau beli tanpa
      promo code RM120 (39.99 $)

  6. bro,piratenye tahan bp lama?klo ad key,share2 la..ehe

    1. kms activation boleh guna 180 hari je…beli lah windows 8 ori 🙂

      1. nak kms activation tue eins. waktu first time install country memang kena amik UK ke cemana ?

        1. country tu anytime boleh tukar

        2. ko cari kat piratebay…ada byk activator aku xtau mana satu yg boleh pakai…

  7. Kat laptop acer yg lama boleh ke… Tahun 2006 punya laptop.. Currently vista home premium.. Dia pakai bape byk gig untuk install… Lg byk dr vista ke? Nak beli.. Tapi takut bila pakai hardware x support n komputer makin lembab…

    1. Acer model apa? Sebab laptop lama aku tu, pernah install Windows XP, Vista, 7 dan sekarang pakai Windows 8 dah

      Kalau pakai dual-core, resolution 1280×800 ke atas dan RAM 2gig dah cukup nak run Windows 8

  8. selepas dpt serial key Windows 8, win7 akan jd replace ke semasa nak install win8.. icon2 yg di install di desktop & driver2 mcm grafikcard, soundcard hilang tak?? tq

    1. kalau upgrade, file2 dalam windows tak akan hilang, kalau guna Upgrade Assistant, dia akan check driver, software etc yang mana compatible dengan Windows 8

  9. mcm game pc yg baru2 kalu nk install ada masalah tak admin?

    1. contohnya? yang aku dah test PES13, FIFA13, Mass Effect 3, Skyrim, Dota 1,2, NFS Most Wanted, NFS The Run boleh main kat windows 8

  10. salam bro…sy baru upgrade ke windows 8 ni…so far mmg cun la seperti yg bro review diatas…lepas godek2 seharian, ade 3 problem yg sy kenalpasti kt laptop sy nih…1) intel bluetooth Proset / wireless software for bluetooth xleh nk reinstall balik…(compatibility issue katenye)
    2) intel usb 3.0 controller driver pun same n 3) itunes xleh bukak (sebelum install win 8 die ade show ape program yg x combatible dan itunes bukan salah satunye…) so sy pk ok la…lepas try satu2 , tgk itunes x leh bukak sebab x compatible gak…

    so skang sy nk downgrade balik ke windows 7 n sy tggu smpai sume update utk mslh2 diatas ok…macam mane yg nk downgrade balik?harap bro leh tolong…tq bro

    1. Windows 8 dah ada native usb 3.0 driver, so tak perlu driver lagi rasanya (aku tak ada device usb 3.0 nak try)

      Sila download dan install iTunes terbaru http://www.filehippo.com/download_itunes/

      Intel bluetooth tu, kalau ada driver windows 7 try install…sebab intel memang lembab gila nak keluarkan driver untuk Windows 8

      1. ooo ok2…

        dah try dah…still x boleh gak..huhuu

        yup dah download n try install still xboleh gak…(yg ni xkesah sgt bole je tggu smpai intel update)

        yg utk dual boot ni, skang ni win 7 sy still ade lg or dah xde dah? sbb smlm sy try nk reset blk ke factory setting (ctrl + 9 time boot) die kuar win 8 nye bukan win 7…tp tgk kt drive C still ade file window 7 (die tulis “old windows” kan) …
        camane nk buat yehh…

        thanks bro

        1. boleh ke gune system recovery utk ke win 7 balik?

          klu x boleh, ade lg care lain utk ke win 7 balik?

          thanks bro

        2. tak boleh system restore…kena install balik windows 7 tu, buat la dual boot windows 7 dan windows 8

        3. apa yg tak boleh? kalau itunes confirm boleh…sebab aku baru lepas guna nie haa

          driver yg xde version windows 8…memang kena guna driver windows 7 buat masa sekarang

        4. yg psl itunes tu still xboleh , mmg lgsung xleh bukak…dah run as admin pun same, reinstall ver baru pun same…still x compatible …jem aku…haihhhh

        5. itunes 10.7? 32 bit ke 64 bit? try remove itunes completely (tengok step 1-3) pastu restart komputer, then baru la install balik itunes latest

          http://support.apple.com/kb/HT1923

          note : bila upgrade windows 7 ke windows 8, windows vista ke 7, biasanya akan timbul masalah…sebab tu aku recommend clean install windows

        6. yup itunes 10.7 x64…ok2 nnti aku try balik…klu xleh gak aku format balik n reinstall blk clean windows 8…tp skang ni aku xtau mane nk cr windows 8 nye installer nye file…bro boleh tlg bg guide x? thanks alot bro…klu aku mt msia aku da ajak blanje makan da…hahaa

        7. check email ko aku send pdf

      2. cane nk install blk win 7?time beli laptop dulu xde dpt cd win 7…huhu

        1. oraittt tq bro…sat g aku try buat dual boot…
          tp kt mane ehh win 8 nye setup.exe…hahaa…xjmpeee

        2. installer windows ko download pakai upgrade assistant ke amek iso daripada internet?

  11. boleh je pakai itunes…
    mungkin install version lama…
    try install yang baru..

  12. bro biler upgrade tuh..windows 7 still ada ke?atau dah diremovekan?

    1. kalau upgrade, windows 7 tu dah takde sebab jadi windows 8…kalau nak guna windows 8 tapi masih nak kekalkan windows 7 kena buat dual boot

  13. dual boot nak buat mcm mne ea?kire kena install windows 7 yg bru pulak ke?

    1. Dual boot; contohnya dalam partition C dah ada windows 7, pastu ko install baru Windows 8 dalam partition D

      Masa nak start komputer tu nanti akan ada selection untuk guna Windows 7 atau Windows 8…best of both world (rujuk screenshot https://jomphp.com/wp-content/uploads/2012/11/windows-8-review_thumb.jpg)

    1. Tak perlu pun step atas tu, hanya perlu install baru windows 7 je baru dikira downgrade

  14. admin nak tnya, semasa saya istall win8 dia x keluar choose an operating system pun.. terus finish mcm tu aje.. knp ye??

    1. untuk choose operating system tu, kena buat dual boot, kalau install sampai finish je tu single boot je dan replace windows sedia ada

  15. Bro cane buat dual boot??
    Aku punye aku xreformat pon time install windows 8..tp dye xkluar pon selection menu tuu..spatut nye bkn aku akn ade dua os dah ke??

    1. @update: ok..aku baru taw cane nak buat..tp skrg nie..cane aku nak remove balik windows 8 nie..and balik ke windows lame aku??

      and lagi 1, tym aku nak install windows 8 nie, dye tade tanye pon pasal nak install kat partition mne…

      1. nak pilih partition tu kena install dari folder sources\setup.exe atau bubuh installer dalam USB/DVD baru boot dalam bios

  16. misal kata nak format, kalau nak install win8 semula mcm mana admin, guna windows8 upgrade assisten ke? sbb slps selesai install win8 installernya dah xde… satu lagi, sblm ni guna win7 32bit, slps install win8 ia jd 32bit juga bkn 64bit… 32bit tu ikut yg win7 ke admin?

  17. Salam eins..nk tny camne ko bwat time on windows 8 tp xyh msok password..puas mncari x jumpe care..

    1. taip netplwiz dekat search atau start screen

  18. apa beza enterprise dgn pro….mana lebih baik nk install

  19. bro nak tny win 8 ni compatible x dgn software2 mcm photoshop, autocad, illustrattor suma tu….dan satu lg soalan…kalau x keberatan ble x ko send kat emel ak tutorial nk buat dual boot dari laptop yg gna win 7….thanks

  20. […] menukar background di Windows 8 Start Screen dengan mudah? Lihat tutorial ringkas di […]

  21. x jumpa installer win8, nak simpan dlm pendrive blh admin tolong tak?

  22. bro, aq nak men gta iv x kena crc error plak, rasa sbb native iso mount tu. ada solution x? sbb sebelum ni guna windows 7 ok je

  23. […] Review Windows 8 bahagian 2 akan menceritakan lebih mendalam mengenai Metro Start Screen, Windows Store, Metro Apps dan beberapa perkara yang belum dijelaskan dalam review Windows 8 bahagian 1. […]

  24. salam bro..tumpg tnye..aku dh install win8.pirate..dh activate.dgn akaun live.tp gmbar lockscreen & account tu still havor lg..xle nak tukar..npe ye?

  25. […] guna Review Windows 8 Bahagian 1 dan Review Windows 8 Bahagian […]

  26. Bro, windows ada promote windows 8 sampai 30 Jan 2013. dalam RM50 je. rasanya ok tak?

    1. RM50 untuk orang yg baru beli laptop windows 7, boleh promo code

  27. salam.. cemane nk manage bluetooth via window 8 tu ek..? x tau cemane nk allow lptop tu spaye bole detect bluetooth dri fon..

Tinggalkan komen anda