Posted on

Windows 8 bakal mempunyai App Store, Facial Recognition dan Instant-On

windows 8 screenshots

windows 8 mockup by mr-bonheur

Neowin melaporkan bahawa satu dokumen mengenai Windows 8 telah terbocor daripada pengawasan Microsoft. Dokumen itu mengandungi mockup, idea-idea baru serta rancangan Microsoft untuk menambahkan beberapa fungsi menarik di dalam Windows 8.

Sedikit gambaran dan maklumat mengenai apa yang baru dalam Windows 8;

1. Windows 8 bakal menggunakan Metro UI

Ramai menjangkakan Microsoft bakal menggunakan Metro UI pada antaramuka Windows 8. Metro UI adalah antaramuka generasi baru yang dicipta oleh Microsoft dan ia lebih minimal, kemas dan kelihatan menarik. Metro UI kini digunakan pada Zune HD, Windows Phone 7, Windows Media Center, Windows Live Messenger dll.

internet explorer 9 with metro ui IE9 with Metro UI mockup

2. Fungsi Instant On

windows 8 screenshots[22]Microsoft mahu menjadikan proses boot dan wake up from sleep dalam Windows 8 menjadi sangat laju. Dijangkakan Windows 8 boleh boot ke dalam windows hanya dalam masa 10 saat hingga setengah minit.

3. Facial Recognition

facial recognition windows 8 screenshots

Facial Recognition akan menjadi salah satu cara untuk login ke dalam Windows 8 tanpa perlu menggunakan mana-mana aplikasi pihak ketiga. Ini bermakna anda memerlukan webcam untuk login ke dalam Windows.

4. App Store

windows 8 app store screenshots

Windows 8 bakal mempunyai App Store sendiri iaitu tempat dimana pengguna boleh download perisian untuk PC, laptop, netbook dan slate (tablet). Software developer juga boleh menjadikan platform App Store pada Windows 8 sebagai salah satu cara untuk menjana pendapatan.

Selepas ini, setiap orang boleh download perisian pada satu tempat sahaja tanpa perlu explore seluruh internet untuk mendownload software.

5. Fungsi Sensor

windows 8 sensor screenshots

Windows 8 akan mempunyai fungsi sensor detection, iaitu ambient light sensor dan juga proximity sensor. Contohnya, jika anda bangun dan beredar daripada komputer anda, komputer tersebut akan di-lock untuk menjimatkan bateri.

BACA :  Fungsi terbaru diperkenalkan dalam Windows 8 Developer Preview (Bahagian 2)

Saya agak teruja dengan pengumuman mengenai Windows 8 ini. Windows 7 sendiri sudah agak bagus berbanding XP dan Vista, dan saya harap Windows 8 bakal menjadi lebih hebat, canggih dan mesra pengguna.

Tak sabar nak tunggu detail seterusnya mengenai Windows 8. Harap-harap desktop quad-core dan notebook dual core saya mampu menggunakan Windows 8 sebaik mungkin bila dah release nanti. Rasa malas nak upgrade komputer lagi lepas ini sebab dah puas hati dengan kelajuan sekarang.


RELATED POSTS

21 thoughts on “Windows 8 bakal mempunyai App Store, Facial Recognition dan Instant-On

  1. Memang terbaiklah… :biggrin: :biggrin:
    .-= Oh! Duit´s last blog ..Oh- Tidak Sifu-Lan Bocorkan Rahsia Terapeak- Panas =-.

  2. Windows 7 pun tak abis explore lagi. Hoho. Tapi bagus ar Microsoft bergerak pantas, leh bersaing ngan Ubuntu yang kuarkan OS baru setiap 6 bulan. 😉
    .-= aman´s last blog ..Internet Explorer 9 Beta Pada Bulan Ogos =-.

  3. […] This post was mentioned on Twitter by Mohd Syafri B Yusof, jomphp.com. jomphp.com said: Windows 8 bakal mempunyai App Store, Facial Recognition dan Instant-On http://goo.gl/fb/5FTRc #jomphp […]

  4. Hmmm,ape lagi ye yg patut ade utk penambahbaikkan pada Win.8 ni?
    Hrp2 ade la teknologi baru yg akan jadi pemangkin…
    .-= finalcross´s last blog ..Miranda Cosgrove – Kissin’ U =-.

    1. Aku sure banyak lagi new features ada dalam windows 8 nanti…tapi still jd top secret orang2 kat Microsoft diorang tak mau competitor cam Apple n linux celup idea…keke
      .-= EiNS´s last blog ..Windows 8 bakal mempunyai App Store- Facial Recognition dan Instant-On =-.

  5. yg facial tu macam cuak sikit..takut2 tak leh detect..dah tak leh login..hehe.. :unsure:
    .-= aizuddin´s last blog ..Streaming – Tengok Tv3 Media Prima Malaysia Secara Online =-.

  6. mantap! xsaba nk tgu ni.. tp windows7 pn mmg dh ckup ok
    .-= headr´s last blog ..FIFA perlu pertimbangkan semula penggunaan kamera =-.

  7. best memang best.. tapi adakah ia boleh lawan linux?

    1. Boleh lawan Linux? By far Windows still menguasai market share n windows paling user friendly…

      linux still long way to go 😛
      .-= EiNS´s last blog ..Windows 8 bakal mempunyai App Store- Facial Recognition dan Instant-On =-.

  8. bile windows 8 offical keluar?

    1. 2012 kot paling cepat, sebab windows 7 2009 baru kuar…M$ kata kalau boleh setiap 3 tahun ada OS baru
      .-= EiNS´s last blog ..Windows 8 bakal mempunyai App Store- Facial Recognition dan Instant-On =-.

  9. xsabar ase nk tgu windows 8….
    aq da puas explore windows 7…
    bg aq windows 7 windows y terbaek lam adeq beradik dye…
    tp aq ase windows 8 super advance dr windows 7…

  10. peh..mesti dasyat nih…windows 8..windows 7 pon xpakai lg..hehe :sick:

  11. Mengujakan!
    .-= Annamir™´s last blog ..Somewhere in Kota Damansara 3D HDR =-.

  12. berlawan la mereka ni.. Ubuntu menjanjikan boot 10 second.. ini Win8 pon menjanjikan boot 8second.. hmm.. entahlah.. 😎
    .-= Paksu-IT´s last blog ..Virus Juga Menyerang Linux =-.

    1. @Paksu-IT:aku punya instant on kat motherboard ni beberapa saat gak…takpe competition itu menguntungkan pengguna…hehe

  13. tapi Ubuntu tetap dihati..hoho

  14. wah nak ada dah windows 8 ke..win 7 ni pon tak habis2 explore lagi..takpe2..waiting for this new baby 😀
    .-= chybee´s last blog ..Lensa Buruk- The Contest by Ti Anne Mohd Yassin =-.

  15. features baru ni mmg sangat menarik..x sabar nak tunggu window8 :biggrin:

  16. […] 5. Fungsi Sensor Windows 8 akan mempunyai fungsi sensor detection, iaitu ambient light sensor dan juga proximity sensor. Contohnya, jika korang bangun dan beredar daripada komputer anda, komputer tersebut akan di-lock untuk menjimatkan bateri. Fuhhh… agak teruja gak r dengan WINDOW 8 nih. Kalau nak kire window 7 pun dah bagus, ringan. Harap-harap Microsoft cepat-cepat lah yer release window 8 nih yer. hehe sumber : jomphp […]

Tinggalkan komen anda