Posted on

Windows 8.1 Preview Screenshot

windows-8.1-screenshots

Windows 8.1 – start button kembali bersama dengan wallpaper default baru.

windows-8.1-preview[3]

Right click pada Start Button, kini ada menu untuk Sleep, Shut Down dan Restart komputer.

windows-8.1-preview[5]

Windows 8.1 menyokong pixel doubling dan juga Retina atau HiDPI display monitor. Fungsi baru ini dapat menyelesaikan masalah butang dan menu terlalu kecil jika menggunakan skrin yang mempunyai resolusi tinggi pada peranti bersaiz kecil.

windows-8.1-preview[9]

Anda boleh mematikan fungsi hot-corner, selain boleh terus boot kepada desktop masa mula-mula start komputer.

windows-8.1[5]

Start Button boleh di-set supaya menunjukkan Metro Start Screen ataupun All Apps View seperti dalam gambar di atas.

windows-8.1-preview[11]

Fungsi Search (Windows + Q) kini lebih bijak dan cekap serta tidak lagi dalam full-screen. Search akan memaparkan local content serta juga hasil carian di Internet.

windows-8.1

Pada Metro Start Screen, anda boleh set background supaya sama dengan wallpaper pada desktop. Anda juga boleh memilih motion background, selain menukar warna background dan juga warna accent.

windows-8.1[3]

Anda boleh resize saiz tiles kepada Large, Wide, Medium dan Small sekarang. Untuk contoh tiles bersaiz “small” tengok icon Games, Maps, Camera dan Video pada bahagian atas, kanan sekali.

windows-8.1-preview[13]

Windows 8.1 membenarkan snapping pada size 50%, 40%, 30% dan menyokong sehingga empat aplikasi Metro pada satu masa sekiranya anda mempunyai monitor dengan resolusi serta keluasan horizontal yang tinggi.

windows-8.1-preview[15]

Lockscreen pada Windows 8.1 mempunyai fungsi image slideshow serta anda boleh mengambil gambar secara pantas menggunakan kamera dan membalas mesej Skype dengan cepat.

windows-8.1-preview[17]

Windows Store juga mempunyai antaramuka serba baru. Lebih banyak aplikasi menarik akan muncul di Windows Store antaranya aplikasi rasmi Facebook dan juga Flipboard News Reader.

BACA :  Revamp OS – Distro Linux Daripada Pembangun Tempatan

windows-8.1-desktop-wallpaper

Desktop Windows 8.1 pada komputer saya.

Saya kini sedang mencuba-cuba menerokai fungsi-fungsi baru dalam 8.1 dan akan kemaskini sekiranya terjumpa sesuatu yang menarik dan berbaloi untuk dikongsi.


RELATED POSTS

16 thoughts on “Windows 8.1 Preview Screenshot

  1. ini update windows 8 kan?

  2. asal aku xboleh install?? dia keluar “the update is not applicable to your computer”

    1. mungkin updates untuk setiap komputer lain, lagipun aku dengar region2 selain US memang lambat dapat sikit

      1. camner nak activate dan buang dia punya “windows 8.1 preview…” mark?

  3. yg pkai windows 8 versi lanun bleh update x?

    1. ade ke win 8 versi lanun? tp baik bli ori.. baru rm50

      1. bukan dah tamat ke promotion RM50 tu..

        1. yup.. mmg dh abis.. rugi sape yg xbli

        2. aah aritu pun ramai yang beli masa harga tengah RM50 rugi sapa terlepas

      2. apiz skemmatixx boleh tau sape yg jual rm50??

        1. microsoft… promotion tu dh habis pn…

    2. setakat yg aku try boleh, not sure kalau dalam final version nanti MS boleh block kot yang pakai windows pirate

      1. pirate always win

  4. lawa la bro, kena format balik ni..

Tinggalkan komen anda