Posted on

VPN Gate & Cyberghost VPN –penyedia servis VPN percuma

cyberghost vpn

Adakah anda mencari servis VPN percuma untuk menyembunyikan IP Address atau VPN untuk bypass laman web yang kena block?

VPN Gate & Cyberghost VPN merupakan penyedia servis Virtual Private Network (VPN) yang memberikan anda banyak server2 VPN percuma tanpa sebarang bayaran. Anda boleh memilih untuk menyambung kepada server VPN di US, UK, JP, KOR dan sebagainya.

Kelebihan VPN

– menyembunyikan IP address asal ketika melayari Internet. Contohnya IP Address menggunakan internet Celcom ialah 183.XXX.XXX.XXX selepas menggunakan VPN, IP address Celcom ditukar kepada IP Address lokasi sebagai di US misalnya.

– bypass laman web yang kena block, contohnya Facebook, Youtube dan beberapa laman web anda kena block, biasanya menggunakan VPN sekatan itu akan hilang. Sangat berguna di sekolah, kampus universiti, pejabat dll.

– menggunakan servis yang terhad kepada spesifik region atau negara, contohnya Netflix. Netflix tidak membenarkan akses daripada negara-negara luar melainkan negara-negara yang disokong oleh Netflix sahaja seperti US dan UK. Menggunakan VPN, pengguna Streamyx atau Unifi mahupun Celcom Broadband juga boleh menonton Netflix…sekiranya mempunyai sambungan internet yang cukup laju.

encrypt browsing session – browsing dengan VPN yang secure lebih selamat daripada mendedahkan data-data dan info sensitif anda daripada dihidu atau diceroboh oleh pihak yang mempunyai niat tidak elok.

– beza penyedia VPN percuma dan VPN Premium atau VPN berbayar ialah biasanya VPN percuma mempunyai kelajuan yang terhad dan tidak mempunyai akses kepada customer service. Pengalaman saya menggunakan VPN Premium, ianya sangat berbaloi kerana anda dapat kelajuan yang lebih tinggi berbanding server VPN percuma, di samping pelbagai bantuan disediakan oleh pihak customer services.

Jika anda seorang yang tidak memerlukan segala fungsi yang ada pada VPN berbayar, hanya cukup jika dapat akses website luar atau dapat bypass website sahaja, maka VPN percuma sudah cukup untuk anda.

BACA :  Firefox 64-bit (Versi Stabil 42.0) Kini Sedia Dimuat Turun

VPN Percuma – Cyberghost VPN

cyberghost vpn[8]

Cyberghost VPN merupakan penyedia servis VPN terkemuka dan mempunyai customer base yang ramai. Cyberghost VPN menyediakan VPN 100% dan juga berbayar.

Beza Cyberghost VPN percuma dengan Cyberghost VPN berbayar ialah :

– Cyberghost VPN percuma hanya menyediakan 20 server sahaja, manakala Cyberghost VPN berbayar menyediakan 253 server

– Tiada limit bandwidth bagi kedua2 VPN percuma dan berbayar, namun versi percuma hanya menyokong sambungan VPN selama 3 jam sebelum sambungan VPN itu diputuskan secara automatik.

– Versi percuma hanya menyokong sambungan OpenVPN menggunakan client desktop manakala versi berbayar menyokong OpenVPN, IPSEC dan PPTP VPN sehingga 5 peranti dalam 1 masa.

Untuk mencuba, anda boleh download dulu Cyberghost VPN versi percuma : Download Cyberghost VPN versi percuma.

VPN Percuma – VPN Gate

vpngate ipad

VPNGate merupakan projek sumber terbuka (open source) yang diusahakan oleh University of Tsukuba, Jepun. VPNGate mempunyai banyak senarai server OpenVPN yang di-hoskan secara sukarela oleh penggiat VPN di seluruh dunia.

Banyak server2 OpenVPN percuma di negara Jepun, Korea, United States, UK, dll boleh didapati di dalam senarai server VPNGate.

Untuk menggunakan VPNGate, anda tidak memerlukan sebarang akaun, hanya perlu download installer VPNGate untuk sistem operasi yang anda guna ataupun boleh download config file untuk guna di sebarang client OpenVPN.

Download VPNGate desktop.

Download VPNGate iOS. Memerlukan OpenVPN Connect ataupun GuizmoVPN.

Pengguna OS lain ataupun Android boleh menggunakan OpenVPN atau L2TP/IPsec untuk sambung ke VPNGate. Sebarang tutorial atau pertanyaan boleh rujuk di laman VPNGate.

VPNGate bertujuan membawakan akses internet terbuka, tanpa batasan kepada pengguna Internet seluruh dunia. Harapnya tiada yang akan salah guna usaha projek sumber terbuka ini untuk tujuan yang tidak baik.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

9 thoughts on “VPN Gate & Cyberghost VPN –penyedia servis VPN percuma

  1. lepas 3 jam free tu mmg da tak boleh guna atau tunggu hari seterusnya?

  2. nk tnya kalau kita guna vpn premium bole bypass kuota internet ka yg kehabisan?mohon pencerahan.

  3. hati2 guna vpn..lps aku guna vpn nie trus keesokan kredit kad aku kena hack 20 transaksi dm masa 2 min..dah lama guna kad..tak pernah terjadi..tp perasan bila 1st time guna ghost vpn nie terus kena..someone masuk your computer without permission..hati2

    1. vpn ni ke bos? bahaya ni

  4. ay kurang faham..mcmana cara nk dptkn password

  5. kadang bahaya guna vpn yang ramai user kemungkinann diorang guna hack man in the middle, so kalo nak selamat better pakai lastpass untuk password dan creditcard

  6. Saya guna hotspot shield.. boleh la buat untuk bypass blocked site tapi kalau utk bypass quota, hanya boleh mimpi di siang hari.

Tinggalkan komen anda