Ada orang berjaga untuk #opmalaysia ke semalam? Kami tidur awal lagi…bangun pagi tengok twitter, berita online untuk dapatkan update mengenai “Operation Malaysia”.
Sebelum tidur, sekitar 11.00 malam kami sempat meninjau beberapa irc channel, hashtag #opmalaysia di twitter, facebook dan sebagainya. Serangan ke atas beberapa website Malaysia telah bermula sebelum tiba waktunya lagi. Dan yang pasti; serangan ke atas beberapa laman web kerajaan bukan hanya dilakukan Anonymous, tapi juga beberapa penggodam tempatan seperti RileksCrew dan DragonForce.
SKMM : 51 Website Kerajaan Digodam
Sumber : 51 Laman Kerajaan Digodam (Mstar)
Beberapa senarai website yang digodam
Sumber : http://world.yes.my/?q=ytlc&id=511
RileksCrew, DragonForce etc
Laman Ministry of Science and Technology (MOSTI) digodam Hamba Malam dari RileksCrew. Cara yang digunakan mungkin SQLi? Sumber : Kena Hack
Selain Anonymous, Operation Malaysia turut disertai oleh beberapa group penggodam tempatan seperti RileksCrew dan DragonForce. Dikatakan Dragon Force adalah pecahan daripada ahli RileksCrew sendiri.
Portal politeknik defaced by Dragon Force Malaysia. Siap ada lagu dan testimonial? Sumber : Kena Hack
Namun begitu, terdapat juga pihak lain yang mengambil kesempatan dengan Operation Malaysia dan telah memfitnah Rileks Crew dengan deface website http://www.nexcom.com.my dan http://www.axis.com.my
Untuk membaca lebih lanjut mengenai RileksCrew, DragonForce boleh tengok di sumber : Kena Hack
Sekarang zaman perang siber agaknya, salah satu kumpulan penggodam iaitu Lulzsec mula menyerang Anonymous; dan juga menyerang laman web Senator US dan CIA.
Operation Malaysia juga menyaksikan banyak pihak2 campur tangan bagi menyerang website-website Malaysia. Walaupun banyak website kerajaan ditutup server sebelum serangan bermula namun tiada siapa tahu bila pula serangan seterusnya akan dimulakan.
Kami juga mendapati bahawa banyak website-website kerajaan tidak secure dan banyak vulnerabilities; orang yang baru berjinak-jinak dengan dunia hacking juga boleh “test power” dengan deface website-website kerajaan dan universiti.
Diharapkan SKMM, Cybersecurity Malaysia akan sentiasa bersedia dengan beberapa siri serangan siber yang jelas akan semakin bertambah di masa depan.
Sumber kepada artikel ini : MStar, Yes, KenaHack dan terima kasih kepada yang inform di fanpage kami.
RELATED POSTS
I’d like to recommend AVS Video Editor to you, I always use it to edit video and make funny video for uploading to Youtube, it’s easy to use and the quality is awesome, you can crop, cut, join, edit video with it easily. It also embeds many special effects, you can even add text to video or add background music, that’s pretty cool.
masuk ‘rumah’ yg xde orang jaga boleh la wei…
ade ke web politeknik politeknik.gov? bukan http://www.politeknik.edu.my/ ??
haha, mcm2…
dragonforce ada wordpress diorang…cuba komen sana…haha
korang mesti kenal siapa ANONYMOUS???
Rujuk entri ini:
http://che-armad.blogspot.com/2011/06/hackers-kononnya-mengenali-anonymous.html
hmmm… (“,)
web surfer..kalau tak tahu pucuk pangkal cerita, jangan kasik komen bukan-bukan haaa..masuk rumah takde orang jaga?
hurm..berani ke komen macam tu kat rumah ‘orang di sana’?
ramai orang suka buat assumption sendiri before cari info dan perkara yang sebetulnya
Can i Join Your Club
I would like to become a hacker :happy: