Posted on

Ulasan Ringkas Intel i5-6600k Skylake

i5-6600k malaysia
Hari ini masuk minggu ketiga saya menggunakan desktop serba baru dengan processor Intel Skylake. Peningkatan yang amat ketara dari segi architecture di mana desktop lama saya menggunakan AMD Phenom II X4 kepada Intel Core i5-6600k. Dari cip 45nm kepada cip 14nm.

Sudah agak lama saya menunggu Skylake, dan apabila ia mula dilancarkan di Malaysia saya tidak menunggu lama untuk membuat order.

Sedikit background story, saya sebenarnya berniat memiliki processor i7-6600k, akan tetapi stock batch pertama 6700k agak terhad dan hampir kesemuanya dijual secara bundle dengan motherboard dan ram DDR4. Saya tunggu pula i7-6700k batch kedua, malangnya masa itulah bermula kejatuhan mendadak nilai ringgit Malaysia di mana harga i7-6700k naik banyak dan beza harga i5-6600k dan i7-6700k boleh mencecah hingga RM400-500.

Setelah membuat penelitian mendalam, saya bercadang untuk membeli sahaja i5-6600k dan jimat lebih banyak duit untuk masa sekarang.

i5-6600k reviu
Begini lah packaging processor Intel i5-6600k. Serba ringkas, tetapi untuk model Skylake desktop yang unlocked – i5-6600k dan i7-6700k, tiada stock cpu cooler yang didatangkan bersama jadi anda perlu beli cpu cooler sendiri. Nak guna air-cooler atau water-cooler terpulang kepada bajet dan minat masing-masing.

ddr4 ram skylake
Processor Intel Skylake memerlukan anda menggunakan motherboard Z170. Kelebihan motherboard Z170 pula ia didatangkan dengan sokongan USB type-C, USB 3.1, dan M.2 ssd slot yang jauh lebih pantas. Z170 pula tidak menyokong ram DDR3 biasa dan hanya menyokong ram DDR4 dan DDR3L sahaja. Saya menggalakkan anda semua supaya guna DDR4 terus untuk lebih future proof. Cuma, dengan exchange rate sekarang, harga motherboard Z170 agak mahal berbanding Z97.

RAM saya guna – Kingston HyperX Fury 8GB DDR4 2666Mhz.

BACA :  Tutorial : Install Windows 7 pada komputer/laptop yang menggunakan UEFI

skylake
Walaupun performance antara i5-6600k Skylake tiada jauh bezanya generasi Haswell dan Devil Canyon, tetapi Skylake membawakan perubahan kepada architecture 14nm dan lebih efficient dan kurang panas. i5-6600k (stock clock 3.5 GHz) juga menyokong overclock kepada 4.2GHz – 4.5 GHz dengan teknik yang betul.  Jadi anda dapat free extra performance dengan overclock.

Berbanding PC lama saya, pc baru intel skylake kini kurang menjana haba dan temperature stay low bila idle dan bila saya just browsing. Biarpun ketika full load, saya masih berpuas hati dengan temperature overall hardware saya.

adobe cc
Menurut data dari Tomshardware, i5-6600k dengan Windows 10 mampu menjalankan perisian Adobe Photoshop lebih laju berbanding generasi Intel Processor sebelumnya. Memandangkan usage PC saya lebih kepada Adobe Software (PS CC, Lightroom CC, Premiere, Premiere Elements) jadi saya boleh simpulkan adalah berbaloi untuk invest pada i5-6600k.

Tetapi, jika anda perlukan rendering yang lebih pantas, saya syorkan skip i5 dan ambil i7-6700k atau invest pada X99 plaform.

———————————————————————————

Ada-apa pertanyaan mengenai Intel Skylake, Z170, DDR4 Ram? Boleh tinggalkan komen di bahagian bawah ya.

Gambar oleh Einz.


RELATED POSTS

8 thoughts on “Ulasan Ringkas Intel i5-6600k Skylake

  1. Admin boleh buat review utk gaming mobo?

    1. Mobo susah sket….admin sendiri tak guna gaming mobo sebab tak ada keperluan sangat. Mid-range, good performance mobo lagi penting dan extra duit tu invest untuk hardware lain.

  2. ram ddr4 8gb berapa harga bro

  3. adakah sesuai i5-6600k dgm mobo asus dan graphic card ATi radeon 5800

  4. Saya nak beli intel i76700k dgn msi z170A krait.. Coller sepatutnya sy pakai water colling atau air?

  5. Tuan,berapa harga i5-6600k masa beli tu.

    1. Masa beli tu dapat harga rm980

  6. Kalau i5-6600k ni digunakan pada mobo chipset B150 boleh kan? Contohnya mobo MSI B150 Gaming M3.

Tinggalkan komen anda