Posted on

Tutorial : Tonton Video HD dengan kualiti lebih cantik menggunakan Splash Pro Ex

splash-player-ex

Saya gemar menonton video HD samada anime, drama, movie, video klip di komputer dan biasanya video yang saya simpan sekurang-kurangnya dalam resolusi 720p. Splash Pro Ex adalah perisian yang membolehkan anda menonton video HD dengan kualiti yang lebih tinggi, warna yang lebih terang dan jelas jauh berbeza daripada player kegemaran ramai seperti VLC, GomPlayer dan Media Player Classic.

Keperluan untuk menggunakan Splash Player Ex :

– Processor Intel atau AMD dual core ke atas ( quad core recommended)

– Mempunyai graphic card Nvidia, ATI/AMD ataupun grafik Intel generasi baru untuk hardware acceleration

Sekiranya komputer anda tidak mencapai keperluan seperti diatas, anda hanya mampu menonton video dengan default setting (kualiti biasa).

splash-player-ex[4] 

Untuk menggunakan setting high quality, buka settings dan enable Use Hardware Acceleration dan Motion2 Ultra 1080p.

splash-pro-ex[4]

Anda juga boleh enable “Use hardware acceleration for video decoding”.

splash-pro-ex[6]

Semasa memainkan video, tekan pada playback option seperti dalam screenshot di atas.

splash-pro-ex[8]

Kemudian enable segala fungsi seperti di atas dan set kepada maximum. Demo mode membolehkan anda melihat perbezaan sebelum dan selepas menggunakan setting high quality.

Anda boleh customize brightness, contrast untuk mendapatkan setting terbaik untuk video yang anda tonton.

splash-pro-ex[10]

Contoh Splash Pro Ex apabila memainkan satu episod drama.

splash-pro-ex[12]

Menonton video klip tempatan mahupun antarabangsa juga lebih terang dan jelas.


Kelebihan menggunakan Splash Pro Ex :

– Video HD lebih cantik, jelas, dan terang berbanding player VLC, Gom dan sebagainya

– Boleh set custom preset untuk movie, anime, video klip mengikut kesukaan anda

– Antaramuka perisian yang sangat professional

 

Kelemahan menggunakan Splash Pro Ex :

– Perisian berbayar dan bukan percuma

BACA :  Pictomio - Photo Viewer Dengan Gaya Moden

– Tidak semua format video disokong dan anda harus install codec seperti Divx

– Tidak sesuai untuk video resolusi rendah seperti 3gp, flv dan sebagainya

– Disebabkan itu, adalah digalakkan untuk menggunakan Splash pro Ex bersama2 player lain untuk sokongan penuh playback video di komputer anda

– Memerlukan komputer dengan spesifikasi yang bagus untuk memanfaatkan kesemua fungsi advanced Splash Pro Ex

– Hanya laptop yang berkuasa tinggi sahaja boleh memanfaatkan sepenuhnya fungsi Splash Pro Ex ini

 

Download Splash Pro Ex (free, trial dan berbayar)


RELATED POSTS

21 thoughts on “Tutorial : Tonton Video HD dengan kualiti lebih cantik menggunakan Splash Pro Ex

  1. Hi EiNS,

    Baru sahaja memuat turun perisian ini dan ternyata kehebatannya amat memuaskan hati dari sudut visual. Akan tetapi audionya menjadi lebih perlahan dari pemain lain seperti VLC, KMPlayer dan WMP. Adakah apa-apa setting audio yang perlu diubahsuai?

    Terima kasih 🙂

    1. audio volume jadi perlahan ke audio sync problem? means suara lari dari video?

      1. Eins, aku ada masalah macam ni gak. Apesal eh? Laptop tak cukup spec ke? kekadang oke, kekadang lari audio, tetiba dia jadi slow motion.

  2. Pakai MPC sudah 🙂

    1. Tak sama quality, lagipun MPC interface buruk

  3. eins, sori off topic. camne saya nak smpan bookmarks google chrome? dah buntu ni.nak format blk laptop ni.help me…

    1. dah ada tutorial backup bookmark chrome di jomphp ni…gunakan butang search

    2. sign-in je kt chrome…nanti akan auto sync bila sign-in

  4. not bad..ok gak sofware ni..

  5. mkv 10 bit support x?

  6. em..kalo gune splayer pun ada gak hardware acceleration tu..tp lappy aku xde graphic card kan, so x penah cube huhuhu anyway lari topic ckit,selain splayer, da lg tak player lain yang leh dload subtitle auto?

    1. yep splayer ada hardware acceleration but quality still xleh match up dengan splash pro ex untuk video HD…
      ntuk video biasa recommended splayer or potplayer sbb splash pro xbagus ntuk video biasa

  7. ades, dah bersemangat nak guna. last2 kena bayar la plak…reject terus…

  8. man8V-Mb#gl-q8lHe-iab1i-YUvcf-MzoFJ

  9. salam. asal dlm format mp4 xleh gune. elok2 videocun dh jd rosak dh tengok

  10. knape player ni xload subtitle ek?

  11. wah keren.. ane udah coba dan puas dgn media player ini.

  12. player ni sesuai tak utk acer 5750g

  13. […] tanpa perlu convert dan sangat memudahkan. Kalau di komputer, biasanya player pilihan saya ialah KMPlayer, PotPlayer atau Splash Pro Ex, ada orang minat VLC, Gomplayer dan […]

Tinggalkan komen anda