Posted on

Tutorial : Remote Desktop dari iOS/Android ke Windows PC

 

remote desktop

Tutorial : Remote Desktop dari peranti iOS dan Android ke Windows PC. Tutorial ini menggunakan aplikasi Remote Desktop yang baru dilancarkan secara rasmi oleh Microsoft untuk peranti iOS dan Android baru-baru ini.

Tutorial : Remote Desktop dari iOS, Android ke Windows PC

1. Windows Remote Desktop hanya menyokong Local Network, ini bermaksud anda perlu berada di dalam lingkungan Wi-Fi yang sama dengan komputer host. Jika anda mahu remote melalui internet, saya sarankan guna TeamViewer kerana ia lebih memudahkan.

2. Download dan install aplikasi Microsoft Remote Desktop iOS (iPhone, iPad) dan Microsoft Remote Desktop Android.

3. Di komputer host, masuk ke bahagian Remote Settings menggunakan Explorer atau My Computer.

remote desktop windows 8

4. Di bahagian Remote Desktop, anda kena pilih option “Allow Remote Connections to This Computer.”

remote desktop ios android

5. Jika komputer anda mempunyai “Multiple Users” anda boleh pilih users yang mempunyai akses kepada Remote Desktop.

ipconfig

6. Pastikan anda tahu nama Domain\Computer ataupun local IP address bagi komputer anda. Boleh gunakan command ipconfig untuk dapatkan IP. Contoh, local IP bagi komputer saya ialah : 192.168.11.69.

7. Selesai di bahagian komputer. Untuk bahagian remote menggunakan aplikasi RD Client, saya menggunakan screenshot daripada iPad sebagai contoh.

remote desktop ipad[11]

8. Pertama kali, anda perlu setup dulu “New Remote Connections”.

remote desktop ipad[9]

9. Masukkan IP address, user name dan password seperti yang anda telah sediakan sebelum ini.

remote desktop ipad[13]

10. Tekan “Connect Once” atau “Connect Always” jika anda percayakan sambungan remote dari peranti anda ke komputer secara kekal.

remote desktop ipad[15]

11. Yup, itu dia…sambungan Remote Desktop daripada iPad ke Windows 8.1 PC sudah berjaya.

remote desktop ipad[17]

Paparan Windows di screen iPad dan boleh dikawal menggunakan touch screen serta virtual keyboard.

BACA :  Info : Kad Grafik Paling Laju bagi Kategori Laptop dan Ultrabook

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

13 thoughts on “Tutorial : Remote Desktop dari iOS/Android ke Windows PC

  1. Boleh guna di wind 7 x?

    1. boleh guna di mana2 versi windows yang menyokong remote desktop

  2. win8 pro je ke bleh guna?..asal ak punya win8 biasa xde option utk remote dektop

    1. windows 8 core atau basic takde function remote desktop (built in) kalau tak silap. kena pakai teamviewer

  3. ‘Connection Error’ kat android??

    1. sama la kita. letak gateway pon xjd

      1. mohon explain details, setup di host pc dan setup di device apa?

    2. both host dan device dalam satu network?

      1. host and device mesti dalam satu network ke? kalau lain-lain net tak boleh?

  4. user\domain tu kena isi apa? password mana?

  5. X paham la part yg IP address. IP address dlm screenshot CMD ngan IP address dlm screenshot ipad nape lain?

Tinggalkan komen anda