Tutorial ini mengkhususkan cara untuk online, melayari web, chatting melalui ym atau msn, update facebook dan twitter dll menggunakan handphone anda. Asalkan handphone anda mempunyai fungsi 3G dan java, maka anda boleh menggunakannya untuk online.
Tak semestinya kena beli iphone atau blackberry yang harganya beribu2 tu baru boleh online, guna handphone murah pun boleh online lepas baca tutorial ini ya!
1. Data Plan / Mobile Broadband
Untuk melayari internet di handphone, anda kena langgan data plan atau mobile broadband yang menawarkan pelayaran tanpa had. Kalau tak, memang rugi lah sebab caj transfer data melalui GPRS/3G/HSDPA memang mahal melampau2 dan tak masuk akal.
Jika anda pengguna Celcom, anda boleh menggunakan pakej broadband harian iaitu RM6 sehari atau pakej broadband mingguan iaitu RM20 seminggu. Untuk melanggan, dial *118# di handphone anda kemudian tekan pada celcom broadband untuk melanggan.
Untuk pengguna Maxis pula, terdapat pakej broadband harian dengan caj RM8 sehari dan pakej broadband mingguan dengan harga RM25 seminggu. Untuk melanggan, anda boleh ikut cara2 di website Maxis Broadband.
2. Mobile Browser
Pelayar web default pada handphone 3G anda biasanya tidak bagus dan perlahan. Oleh itu, anda perlu install pelayar web alternatif seperti Opera Mini. Opera Mini sangat laju biarpun anda menggunakan connection 3G atau Edge.
Untuk download Opera Mini, anda perlu buka default phone browser terlebih dahulu, kemudian buka adress m.opera.com, kemudian download dan install versi yang sesuai untuk handphone anda.
Selain Opera Mini, saya juga cadangkan anda supaya menggunakan Bolt Browser. Bagi saya, bolt browser jauh lebih ringan dan laju berbanding Opera Mini. Malah, bolt juga memaparkan website sebenar dan bukannya versi mobile.
Bolt juga mempunyai fungsi stream video youtube. Jika internet anda laju, cuba lah stream youtube menggunakan browser ini.
Untuk download boltbrowser, pada handphone anda, buka adress boltbrowser.com kemudian download dan install.
3. Web versi mobile
Web versi mobile jauh lebih ringan dan laju bila load. Oleh itu, jika melayari internet menggunakan handphone saya cadangkan anda buka sahaja web versi mobile. Tak semua web boleh dilayari dalam bentuk mobile, tetapi web2 besar seperti facebook, google dan yahoo ada menyediakan web mobile.
Untuk melayari facebook mobile, anda boleh ke m.facebook.com atau touch.facebook.com untuk handphone touchscreen.
Jika untuk bertwitter, saya cadangkan guna dabr (m.dabr.co.uk) kerana fungsi dan antaramuka dabr jauh lebih baik daripada mobile twitter.
Beberapa senarai website popular dalam bentuk mobile;
Kebanyakan web versi mobile menggunakan subdomain m.
4. Java Apps
Install Nimbuzz di handset anda untuk berinstant-messaging dengan rakan2 YM, Skype, MSN, ICQ dll. Dapatkan nimbuzz di m.nimbuzz.com
Selain Nimbuzz, anda ada ebuddy, iaitu java client untuk instant messaging yang agak bagus juga. Download ebuddy di m.ebuddy.com
Snaptu pula merupakan java apps untuk social networking seperti facebook, twitter, flickr dll. Ia juga mempunyai fungsi rss feed reader.
Download snaptu di m.snaptu.com
Jika anda mempunyai handphone Symbian S60 v3 dan v5, Gravity adalah perisian wajib anda install. Gravity adalah twitter client terbaik untuk Symbian Phone. Selain twitter, gravity menyokong foursquare dan facebook serta google reader.
5. Situasi yang memerlukan anda online menggunakan handphone
– Rugi ada handphone 3G tapi tak guna pun 3G, nak video call pun jarang sekali…jadi guna la untuk online
– Kalau handphone tiada fungsi GPS, boleh install google maps for java phone dan guna internet untuk cari direction atau location
– Boleh baca latest update blog kawan2 atau blog JomPHP, langgan rss menggunakan feed reader di handphone anda
– Kawan2 anda yang ada iphone dan blackberry menunjuk2 mereka boleh YM dan main facebook, Sebenarnya handphone anda yang berusia 3 atau 4 tahun lepas pun boleh juga YM dan facebook.
– Anda sedang dalam perjalanan atau pegi bercuti kat tempat jauh contohnya dekat Pulau, sekiranya ada line phone maka anda boleh online menggunakan gprs sekurang2nya
Akan tetapi, jika tiada keperluan sangat tak perlulah langgan pakej Data Plan, kerana membazir. Gunakanlah internet dan kredit handphone anda secara bestari. Jangan terlalu seronok online menggunakan handphone sampai kredit nak balas message awek atau member pun dah kering ya!
Saya pula menggunakan handphone untuk online jika benar2 terdesak untuk menggunakan internet. Jika tidak perlu, lebih baik online menggunakan pc atau laptop, confirm lebih seronok.
Selamat mencuba, nantikan tutorial2 yang lebih menarik di JomPHP.
RELATED POSTS
[…] This post was mentioned on Twitter by jomphp.com. jomphp.com said: Tutorial online menggunakan handphone 3G http://goo.gl/fb/cQHJm #jomphp […]
aku paling cuak nak guna tenet kat hp ni..tengok2 nt kredit da habis..huhu
aku guna fring utk on9 ym. twitter pun leh..bes gak lah
.-= aizuddin´s last blog ..10 Sebab Kenapa Aizuddin Menggunakan Internet =-.
Nimbuzz dan ebuddy boleh guna kat macam2 jenis fone…even yg paling cikai pun leh support…
aku dulu2 pun slalu gak kredit habis camtu je bila on9 pakai fone…then da pakai weekly broadband nie rasa ok gak la…
fuhhh….padat dgn info bro,TQ…kini aku dh upgrade fon X6 lak bro. Dulu mmg gune 5800 XM. Ber’twitter’ dgn Gravity sgt ketagih. huhu. yoshhh
Kalo Nokia N8 dah kuar, aku nak beli fone tu lah plak…oo kaki gravity jugak rupanya…haha
Aku nak beli webOS. Under HP dah bkan Palm lg…
Haha…WebOS boleh survive lagi ke…tak byk pun device…dulu aku minat Android…tp rasa cam overrated dah skang…
Kalo bukan S^3 maybe beli MeeGo phone plak kot…hahaha
.-= EiNS´s last blog ..Asas HTML untuk orang baru – Bahagian 1 =-.
beli broadband stick….pastu langgan daily broadband…huhuuh
.-= kitatauke´s last blog ..Ade yg mkn..ade yang tak..anda??? =-.
Mahal siot daily broadband…amek weekly kot baru jimat sket
bolt best ke?
opera ada masalah skit bila render sesetengah web
aku cari alternatif lain x jumpa yg best dan laju.
bagus la ko ulas pasal broadband pakej tu.
tp malangnya aku guna celcom.
weekly atau daily tak berbaloi bg aku.
kan best kalau leh buat mcm digi
subscribe unlimited pakej guna akaun hp
telco yg lain boleh tak? :wassat:
Opera interface dia cun dan popular…ramai orang guna…bolt browser baru lg…ui xde la cun sangat…tapi speed dan rendering dia sangat bagus dan laju…
Nak load laju set kualiti images as medium or low…
Unlimited pakej yg monthly takde la kat celcom atau digi…ada bandwidth limit…digi taktau coz x penah try
.-= EiNS´s last blog ..Tutorial online menggunakan handphone 3G =-.
hmm.. aku dah lame online gune hp.. sejak tahun 2003 lagi.. dulu tempat lepak of course la mblog. sape2 pernah lepak sane mesti tau tempat tu macam ape. haha
so far sekarang the best browser bagi aku
1. ucweb 7 leaked sebab support js dengan perfect,
2. opera 10 *(bukan java)
3. skyfire tapi agak kurang best dah skang
4. s60v3 keatas default broser yang support flash
5. bolt browser , much faster than opera mini
6. opera mini sebab web kaku jek. tapi ok laa sebab pantas dan tak banyak sgt gune byte.
nak kena beli dulu la baru boleh praktik..
.-= azizuan´s last blog ..Ukur Populariti Blog Dengan Popuri =-.
hmm .. dulu gunakan Nokia E65 mmg banyak gunakan browser tp lps guna iPhone dah xde masalah .. semua boleh buka .. hoho
guna plan iValue maxis tu bagi saya mmg ok sbb selalu nak buka twitter, FB, foursquare dan Live Score. Blog juga boleh buka sbb kadar bulanannya dah tetap 🙂
.-= hydir´s last blog ..Fabio Capello memperkenalkan Capello Index – statistik pemain bola =-.
Thanks for the information. But it’s better attached with some online contests to win the 3G mobile phones. Haha.. Just kidding~~
mmg beza dengan keaadaan di egypt skrg nih.semua budak2 online pakai henpon ja y!m tu..guna apps ebuddy mcm hg sebut tu..tp yg best dia..hujung minggu online free….kalau cas harian online satu hari EGP0.99..convert laa tgk mmg murah abes la kan…
Salam…leh x ajar camana nak update blog(blogspot) guna iphone…huhu need to know!!!!!!!
Install paid app, blogpress: http://blogpress.coollittlethings.com/
usd 2.99 je
macam mn klu nak daftar paket nimbuz guna celcom???
aku nak guna buat telefon ke luar negri.
lebih bagus kalau guna app macam viber dan skype berbanding guna nimbuzz sebab ianya free
salam.
Pak cik pakai N70. Bolih ke guna untuk berinternet? mesti pasang anti Virus ke? di handphone saya ada anti virus ZEONAV