Posted on

Tutorial Modding Overclock Nokia N900

nokia n900

Artikel kiriman asal Budark Jahart [email protected] (download)

Nokia N900 adalah smartphone platform Maemo 5. Dikeluarkan pada hujung tahun 2009 dan merupakan antara smartphone kegemaran golongan dev/modder/hacker sebab banyak benda menarik boleh dibuat pada plafform Maemo 5. Contoh modding yang boleh dibuat ialah overclock processor menjadi lebih laju dan phone jadi lebih responsive dan mantap.

Cara-cara overclock N900 menggunakan Queen Beecon Widget

QBW adalah satu widget desktop utk memudahkn kita mengubah setting pada kernel dgn hanya click pada widget tersebut. Melalui QBW anda boleh mengubah frequency processor anda mengikut frequency yang dikehendaki.Malah kita boleh set autoload setting walaupun anda sudah reboot phone anda. Saya banyak membuat research di internet utk mencari kaedah yg sesuai utk overclock nokia N900. Namun disini saya mengetengah kan kaedah yang agak mudah(untuk saya tak pasti untuk anda) yg saya sendiri cipta melalui tutorial-tutorial yang saya temui dan cuba mix kn tutorial itu menjadi 1 tutorial baru. Saya memilih untuk menggunakan QBW kerana kebanyakkan tutorial yg saya temui banyak menggunakan xterminal(advance setting) dan saya tidak galakkan pengguna baru untuk terlalu menggunakan xterminal kerana dikuatiri akan merosakkan gadjet anda. Tutorial yang saya sediakan ini hanya perlukan penggunaan xterminal yang minima.

So disini tutorial nya:-

1. Install dulu extra-testing serta extra-devel.adalah diingatkan extra-devel bukan untuk pengguna biasa.install apps dari extra-devel yang saya tidak nyatakan dalam tutorial ini adalah atas risiko anda sendiri.

a) Untuk enable kan extra-testing ikut ni:

– Application manager, menu, Application catalogs, New

– Catalog name: maemo.org extras-testing

– Web address: http://repository.maemo.org/extras-testing

– Distribution: fremantle

– Components: free non-free

b)Untuk extra-devel pula ikut ini:

– Application manager, menu, Application catalogs, New

– Catalog name: maemo extras-devel

– Web address: http://repository.maemo.org/extras-devel

– Distribution: fremantle

– Components: free non-free

2. Setelah kedua-duanya enable apps manager anda secara automatik akan auto-refresh kembali katalog untuk memuatkan sekali apps dari extra-testing serta extra-devel.

3. install rootsh untuk enablekn command “sudo gainroot” dalam terminal(default setting root adalah disable)

4. kemudian install Queen Beecon Widget(QBW)

5. Install conky (system reviewer)

6. Install Healthcheck (system properties serta testing tool)

7. Install Enhanced Linux kernel for Power Users

8. Install Enhanced Linux kernel for Power Users(settings)

9. Dan terakhir sekali leafpad

10. untuk memastikan anda masih menggunakan default setting clocking run conky dan anda akan lihat system reviewer seperti gambar ini

clip_image002

(CPU menunjukkan system setting 600mhz)

11. kemudian run Xterminal anda

12. taip “sudo gainroot”

13. kemudian taip “kernel-config limits min max (replace min max itu dengan frequency yg anda ingini.untuk setting saya, saya guna “kernel-config limits 1000 1000”

14. kernel-config save my_fix_oc(anda juga boleh tukar nama “my_fix_oc” kepada nama yang anda kehendaki.”my_fix_oc” sekadar nama contoh)

15. taip leafpad /home/user/.kernel/my_fixed_oc

16. akan popup 1 window bru iaitu leafpad

17. melalui leafpad anda akan mengubah frequency line supaya hanya menggunakan 2 frequency saja.delete semua nombor pada FREQS line dan taip frequency yang saya berikan ini:-

FREQS=”0:20,90 1000:60,500 ”

18. Taip seperti yang diatas. Ini bermaksud anda hanya membenarkan 2 frequency sahaja iaitu 0MHz dan 1000MHz. setting mungkin berbeza mengikut profile yang anda guna.

19. Save dan tutup leafpad

20. Kembali ke windows xterminal anda dan taip “kernel-config load my_fixed_oc”

21. Taip “kernel-config show”

(ia sepatutnya menunjukkan kedua-dua min dan max frequency anda adalah 1000)
(frequency yg lain akan berada pada “avoid frequency” line)
(“active frequencies” line pula akan menunjukkan frequency yang anda telah tetapkan pada leafpad tadi)

BACA :  Tutorial Jailbreak iOS 4.3.3 iPhone 4 menggunakan JailbreakMe 3.0

22. Download script untuk QBW pada link ini melalui pc anda(semua script didalam format .txt):-

http://talk.maemo.org/attachment.php?attachmentid=10143&stc=1&d=1274397770

23. extract dahulu di pc anda dan copy hanya snippet_rootfs.txt dan snippet_ideal_1000.txt dalam mana – mana folder yang anda mahu di dalam directory N900 anda.

24. Untuk memudahkan pencarian script itu saya buat folder baru dan namakan nya Queen Beecon sahaja.

25. Disconnect N900 anda dari usb.

26. Dalam mode desktop setting click pada Desktop Menu/Add Widget/QBW dan ia akan keluar keluar widget seperti gambar lebah pada desktop anda

27. Masih dalam mode desktop setting click spana pada QBW widget dan ia akan keluar tab baru seperti pada gambar dibawah:-

clip_image004

28. Click pada tab advance click yes

29. Scroll ke bawah sedikit anda click pada “import file to buffer”

30. Locate kembali folder dimana anda letak script yang anda download td.cth folder: Queen Beecon

31. Disini saya berikan cth script snippet_ideal_1000.txt. Setelah jumpa snippet_ideal_1000.txt click pada script tersebut dan click pada tab “import buffer to beacon” dan click yes.

32. Scroll kembali ke atas dan click save

33. Tukar type widget dr beacon kepada snippet. Untuk tab show terpulang kepada anda sama ada mahu show ataupun hidden.untuk saya setting nya hidden untuk mengurangkan widget pada desktop.

34. Tukar status dr disable ke enabled. Click pada command selection dan pilih 1GHz+

35. Untuk mereka yang dapat error msg “rootsh is now deprecated….” pula click pada edit cmd dan pada command line tukar rootsh kepada “sudo” kemudian save.

36. Scroll kebawah dan pergi kepada Update Policies & GPS/Location click “yes” pada tab “@startup”, “@Desktop”, “@Click” dan save.

37. Lakukan step 26 – 34 utk snippet rootfs+

38. Reboot phone anda dan phone anda sudah pun OC dri 600MHz kepada 1GHz.

39. Untuk memasti anda sudah OC ke 1GHz anda boleh lihat pada Conky.

40. Healthcheck pula anda boleh lihat systems info serta frequency yg anda guna dan avoid serta beberapa info dan tool lain

41. Selamat mencuba. J

clip_image006

(Peringatan: Kepada Normal User sekiranya anda kurang pasti apa yang anda lakukan adalah dinasihatkan mendapat nasihat kepada mereka yg lebih arif.)

(Peringatan: Jangan OC melebihi 1GHz kerana dikuathiri akan merosakkan N900 anda. Risiko masalah serta kerosakan pada N900 anda adalah atas tanggungjawab masing-masing walaupun tiada lagi kerosakkan akibat OC dilaporkan.)

Untuk sebarang pertanyaan anda boleh emailkan kepada saya atau comment pada wall fb saya.

Gmail :[email protected]

Facebook :http://www.facebook.com/budarkjahart

Benefits of Overclocking:
– Faster loading of most apps.
– Faster bootup and shutdown.
– Faster / smoother transitions
– Faster game emulation (DrNokSnes, PSX4ALL etc etc)
– Faster camera focusing and image processing.
– Faster multi-tasking. Handle more apps.
– Faster web page rendering. Faster flash playback.
– Umm. Faster in just about everything that can be faster.
Downsides of Overclocking: (potential risks)
– If you put constant full load at maximum speed, it may overheat. Possibly HW damage although rare.
– If cpu cannot handle the overclocked speed, phone will become unstable or not boot up. (apps crash, file corruption etc)
– Possibly reduce the lifetime of the device. (This is just theory and cannot put a exact time on it)
– If max speed is used very frequently, it may use a bit more battery = less runtime. (but not by much still)


Terima kasih Budark Jahart [email protected]


RELATED POSTS

7 thoughts on “Tutorial Modding Overclock Nokia N900

  1. Salam admin,

    Wah.makin canggih betullah handset zaman sekarang ni.Takut juga nak settingnya bila bacakan tutorial di atas.

    1. da msuk pown tutorial nih… xD
      actually xperlu tkut pown nk setting bnde ni…
      xkan rosak pown phone tu…
      pling kuat pown kernel jer akan error…
      tp leh flash blik… 🙂
      cuba la…
      xrugi mbik risiko ckit utk cuba bnda baru… 🙂

    1. klu ikut aku malas nk wat detail ni…
      tp pkir blik xsume org taw jd aku wat la 1 per 1..
      nk bgi print screen stiap step tu sbnr nyer tp leceh la plak psl aku kene rollback phone aku…
      huhuhu~~

  2. Tutorial Modding Overclock Nokia N900 | JomPHP…

    […]Install dulu extra-testing serta extra-devel.adalah diingatkan extra-devel bukan untuk pengguna biasa.install apps dari extra-devel yang saya tidak nyatakan dalam tutorial ini adalah atas risiko anda sendiri. …[…]…

  3. bukan ke selalu overclock akan affect the hardware? yela mengikut “SIRIM” hardware tu harus run dalam 10km/j tapi kita overclock jadi 120km/j. tak ke hancus hardware? sekadar bertanya~

Tinggalkan komen anda