Posted on

Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP

image

Visual style digunakan untuk menukar tema asal windows anda kepada yang lebih unik, menarik dan cantik. Desktop saya kini menggunakan visual style Qs Counter Element 7, cuba lihat perbezaan pada start menu orb, transparency pada start menu dan skema warna hitam yang digunakan.

Terdapat bermacam2 jenis visual style yang anda boleh jumpa di internet, dan hampir kesemuanya boleh di-download secara percuma. Saya kerap kali menukar visual style, seminggu sekali atau 2,3 hari sekali saya akan cuba guna visual style lain pula. Mungkin hari ini saya guna tema warna hitam minggu depan tukar kepada warna biru atau hijau pula.

Ramai orang berminat menggunakan visual style, tetapi sayangnya mereka tidak tahu caranya. Sebelum ini ramai juga orang bertanyakan saya mengenai visual style cuma saya belum menjawab lagi pertanyaan mereka dengan terperinci. Tutorial ini akan mengajar bagaimana mahu menggunakan visual style di windows 7, vista dan XP.

1. Uxtheme Patcher

Untuk menggunakan custom visual style, terlebih dahulu anda kena patch windows anda. Anda memerlukan uxtheme patcher bagi memudahkan proses patch windows anda.

Download Uxtheme Patcher.

Pengguna windows 32-bit sila guna versi x86 dan pengguna 64-bit  pula gunakan versi x64. Lancarkan program tersebut kemudian tekan Yes.

image

Selepas itu tekan butang patch pada bahagian themeservice.dll, themeui.dll dan uxtheme.dll. Selepas itu, restart windows anda.

image

2. Installing visual style

Anda boleh download visual style dari internet untuk mencuba. Ada visual style yang anda boleh gunakan dengan hanya tekan install, seperti visual style ini, AeroVG Se7en RTM.

Download AeroVG Se7en RTM visual style.

3. Manual install visual style

Kebanyakan visual style tidak mempunyai installer, dan anda kena copy secara manual. Contohnya, jika anda mahu menggunakan visual style Qs Counter Element 7, anda kena install secara manual.

BACA :  Download Windows 7 Visual Style

Download Qs Counter Element 7.

Selepas itu, pergi ke folder X:\Windows\Resources\Themes. Copy folder Qs Counter Element 7 dan Qs Counter Element 7.theme ke dalam X:\Windows\Resources\Themes.

image

Selepas copy, anda kini boleh menggunakan visual style Qs Counter Element 7 dengan double click pada Qs Counter Element 7.theme. Atau anda boleh right click pada desktop > properties > dan tekan personalize. Anda akan mendapati visual style Qs Counter Element 7 sudah pun muncul dalam senarai tema sedia ada.

image

Untuk windows vista dan xp, cara2nya lebih kurang sama, kalau tidak jadi sila trial and error dulu.

4. Install visual style menggunakan Tune Up Utilities

image

Jika anda menggunakan perisian tune up utilities, anda boleh install visual style dengan senang tanpa perlu patch dan buat secara manual.

5. Take ownership explorer.exe

Sesetengah visual style menyediakan custom explorer.exe untuk anda menukar shellstyle dan start menu orb. Anda tidak dapat replace explorer.exe sedia ada tanpa take ownership terlebih dahulu. Untuk take ownership, anda perlu membuka cmd > taip takeown /f X:\windows\explorer.exe kemudian tekan enter.

image

Kemudian terminate explorer.exe menggunakan task manager. Selepas itu gantikan custom explorer.exe dengan explorer.exe sedia ada (copy then replace). Selepas itu gunakan task manager, lancarkan balik process explorer.exe. Anda akan melihat start menu orb windows asal telah bertukar kepada custom start menu orb.

Q__s_Windows_7_Start_buttons_by_webtrance[1]

Jika anda ingin mencuba, anda boleh download Q’s Windows 7 Start buttons.

6. Download visual style for 7, Vista dan XP.

Biasanya saya cari visual style di deviantart. Atau boleh tengok artikel2 jomphp terdahulu berkaitan visual style.

Ada masa kami compile-kan lagi list2 visual style yang menarik untuk pembaca semua. Selamat mencuba!


RELATED POSTS

31 thoughts on “Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP

  1. memang cun a… pasni tak bosan lah layan laptop buat keje… seharian duk ngadap laptop.. hahaha… nice sharing
    .-= fahmi ibrahim´s last blog ..15 Google Chrome Extension Pilihan =-.

  2. p/s: Sebenarnya Tune Up Utilities v9.0.3000 dh ada pun visual style utk win7.. & kini terdapat bnyak pilihan visual style yg menyokong win7. Thanx geng.. :biggrin:

    1. Thanks sbb bgtau…version awal tune up 2010 belum ada fungsi visual style ntuk windows 7…aku dah update td baru tahu rupanya versi baru dah support
      .-= EiNS´s last blog ..Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP =-.

  3. eheh…baru terlajak masuk blog ni, nice gak…
    .-= hilmi´s last blog ..Macam ada dekat spital x? =-.

  4. aku cma nk wallpaper ko tu yg budak duk dlm ujan tu..mna ko amik??..kongsi2 laa…:D

    1. aah la…. smart plak r gambo tu…
      .-= farizluqman´s last blog ..Scuba TV =-.

  5. huh..mantap? sangat2 terima kasih.
    erm..aku nak kongsi skit lah kat sini.

    Laman yang membekalkan tema menarik untuk LINUX, MAC, WINDOWS
    http://www.gaia09.us/overview.html

    thanks. 😉
    .-= esanstudio.net´s last blog ..Cuti bersama PROJEK dan Farmville =-.

    1. Aku dah pernah guna gaia suite…visual style, rainlendar, rainmeter dll…skang dah bosan so tukar pakai lain pulak :sideways:
      .-= EiNS´s last blog ..Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP =-.

  6. kalo ak update tune up aku..
    nt kene block x?
    sebab ak gune key skang ni..huhu

  7. bgus gak gne visual style ne.. 😎
    .-= arrizz´s last blog ..5 pengajaran dari filem Obsessed buat korang =-.

  8. xp memg x blehka gna visual style Qs Counter Element 7 ni??….sbb dia kta ni visual style utk vista sja..benarkh begitu???

  9. salam..
    tumpang lalu..nk mencelah kejap.
    nk tanye skit.knpa sy xleh bukak tagged?dah kne block ngan opendns.cmner nk wat ye?

  10. eins..
    kasi aku link wallpaper pc ko dalam entry nie..yg gamba karton tu..
    cantik arr
    kalo bley nak size sebesar-besar-besarnye kk.
    thx
    link tu ko emel kat [email protected]

  11. nk tnyr la,, tahu x.. caRA2 nk buat logon screen tok window xp keatas.. hope dpt membantu la…

  12. urm..yang kat devientart tuh, auto ke, manual? i mean, care nak install!
    .-= are-pa´s last blog ..Taggie =-.

  13. Eins.,.,aku ada prob la.,lappy lembab,pahtu nk buka fail dlm folder xbleh.,,.problem and error.so?

    1. format ar… install windows baru, atau buang seberapa banyak apps yg xdiperlukan….. Defrag system anda…. pastikan space ader paling kurang 25% didalam volume/partition yg sama… Dan, buanglah sebarang antivirus ciplak yg tersedia pasang dan pasanglah AVIRA ANTIVIR FREE… Itu juga merupakan salah satu sebab laptop anda lembab…. kalau anda menggunakan laptop lama, saya syorkan pasang Linux Ubuntu 10.0 Lucid Lynx yg sememangnya MALATHOP di dunia US, hanya perlukan Intel Pentium 3 800MHz keatas untuk berfungsi…. try la…. :tongue: :w00t:
      .-= farizluqman´s last blog ..Maryland Zoo partners with the B&O Railroad, Maryland Science Center, and Port Discovery for the Months of January and February. =-.

  14. aku ade 2 soalan:
    1) aku dh take ownership tp still x leh paste/rename ‘explorer.exe’
    2) terminate tu ‘end process’ ke? kalo ye mcm mne nk copy/paste bile xde explorer??

  15. Kite bley pakai Task Manager pe… Terminate explorer. CTRL + ALT + DEL, klik file, dan klik NEW TASK…. pergi ke C:\ atau dimana2 je… Copy paste menggunakan TM sgt mudah… saya selalu menggunakannya utk memperbodoh2kan virus yg menyerang komputer saya…… :tongue:

    1. cne tu? leh ajar sket? hehe ;p 😆

      1. :w00t: kalau nak terminate process/END PROCESS “EXPLORER.EXE” kita boleh gunakan Task Manager, atau nak copy n paste ke….. Klik opsyen “File” di task manager tu… Then, klik BROWSE…, satu tetingkap akan keluar…. taip “C:\WINDOWS” atau kat mana-mana je kat file name tu, dan tekan enter… ade virus yg popular zaman skang nie, namenye “Gen.AutoIT”, yg akan setkan 30 saat sebelum komputer anda restart/shutdown… jadi saya terminate je process “RVHOST.EXE” dan “AUTOIT.COM’, sangat mudah…. waktu tu la saya pasang antivirus trial yg terkini, semua pakai TASK MANAGER…. dan ia berjalan lancar membuang semua virus durjana tu… :devil:

        *note: kalau Windows XP kena virus, Task manager x berfungsi… 🙁

  16. Mitutoyo & sangwira…sori la…aku x prasan komen korang…

    @farizluqman thanks explain psl tu…memang tu cara nak terminate aka end processor…

  17. bro. aku xlepas part take ownership tu la. cmne ek?

  18. fuh..dekat 1jam kat blog ko..mmg terbaek la blog nie.. :cheerful:

    1. Terima kasih…
      singgah la selalu 🙂

  19. takeown nya failed…
    tlong d bantu…

  20. patch pada bahagian themeservice.dll, themeui.dll dan uxtheme.dll tidak aktive! kenapa yah? :devil:

  21. AeroVG Se7en RTM gn Qs Counter Element 7 link mati..nk download x leh..pls reupload..adess

    1. link mati sbb artikel lama dah taun 2009…xtau la ada lg ke tak nanti aku usha

  22. nnti post entry bru psal visual style untk window7 yer bro…jemu da gune yg normal ni..ahahahaha..window start button sme..bro kn cuti..eheheheheh 😀

Tinggalkan komen anda