Posted on

Tutorial convert video dan meletakkan subtitle secara kekal (hardsubbed)

freemake

Tutorial ringkas untuk meletakkan subtitle ke dalam video secara kekal (hard subbed).

Katakan anda anda satu file video (avi/mkv/etc) dan file subtitle dalam format .srt anda boleh jadikan video itu dalam satu format video sahaja beserta subtitle untuk di pasang dalam mana-mana peranti elektronik yang menyokong video playback.

freemake[8]

Letakkan video file dan subtitle file dalam folder sama dan dengan filename yang sama.

Gunakan converter seperti Freemake video converter untuk convert file video kepada hardsubbed.

freemake video converter

Tambah video ke dalam task untuk diconvert, dan pada bahagian subtitle pilih file subtitle .srt.

freemake-video-converter

Pilih format video yang anda ingin convert, sebagai contoh saya pilih MKV. Anda boleh pilih kualiti video yang anda hendak convert itu, atau kekalkan kualiti dengan file asal.

Anda boleh pilih saiz minimum atau maximum file yang hendak diconvert.

freemake converter

Tunggu process convert selesai, kalau anda pilih MKV biasanya process convert sangat lama. Saya cuba kecilkan movie Bluray kepada mkv dengan size 500+ MB untuk contoh ini.

freemake[10]

Conversion siap dalam masa 20 minit menggunakan komputer Core i7, proses convert file 3 gig avi kepada 500 MB mkv.

Video yang sudah siap diconvert itu mengandungi file subtitle secara kekal.

Adalah dinasihatkan supaya jangan terlampau merendahkan size video atau mengubah setting video kualiti, bitrate, resolution kerana ia berpotensi mencacatkan output video. Cara terbaik ialah trial and error setting yang terbaik.

Download Freemake Video Converter (free).


RELATED POSTS

BACA :  Senarai perisian AntiVirus terbaru untuk tahun 2013

15 thoughts on “Tutorial convert video dan meletakkan subtitle secara kekal (hardsubbed)

  1. Dah cuba dan sukses.
    Tq JPHP. 😀

  2. format factory pon ok jugak 🙂

  3. FILE NOT FOUND r bro…….

    1. apa yang file not found?

  4. Kalo nk quality lbih tinggi & size lbih sdkit, lbih baik encode movie gne x264 encoder. Cnth mcm megui,staxrip,ripbot… :cheerful:

    1. aku biasa guna megui…tapi agak complex bagi kebanyakan user dan megui encode lama sangat tapi hasil output quality mmg terbaik

  5. aku encode guna MeGUI tapi Hi10P la, quality terbaik, video pown lawa 🙂

    1. aku pun ada nak wat tutor megui mungkin akan wat ntuk masa akan datang…
      kalau ko rajin tulis artikel encode hi10p boleh tulis dan email kat aku…boleh share kat jomphp readers semua 🙂

  6. aku pakai Any Video Converter. Yup Megui akan complex untuk setengah orang lagi lagi time nak updated Megui bagai.

  7. admin, klau untuk movie 1 jam brape lama baru leh siap convert?

  8. kalo boleh admin tolong buat tutorial megui lak =)

  9. sy dh convert avi film dgn still subtitile, tapi masalh nk mainkn ke dvd playe xboleh nk dimain kan nape erk, kpada sesiapa tlg bantu saya…. 🙁

  10. sesiapa tak boleh download
    try pergi website
    klik sini
    http://www.freemake.com/free_video_converter/

  11. kenapa not valid subtitle file??

  12. tuan file missing. macamana nak download ni?

Tinggalkan komen anda