Posted on

Tutorial Gunakan Android 2.3 Gingerbread di Komputer Windows Anda

youwave

Berminat menggunakan Android smartphone seperti Samsung Galaxy S2, Nexus S, HTC Sensation dan banyak lagi model popular Android? Kini anda boleh cuba dulu Android di komputer anda dan explore fungsi sistem operasi Android.

Anda juga boleh gunakan Android apps di komputer, jom ikuti tutorial ini.

youwave

YouWave adalah perisian yang membenarkan anda menggunakan Android (2.3 Gingebread) di komputer Windows dengan mudah.

youwave

Pertama sekali dilancarkan, anda boleh install beberapa apps seperti Amazon AppStore, Android AppStore, Whatsapp, Maxthon Browser etc.

youwave

Android Market rasmi daripada Google tiada dalam versi ini. Saya cuba install Android Market 3.1.3 apk, boleh launch tapi crash bila nak set akaun. Nanti saya cuba balik lepas ini.

Namun begitu, Amazon AppStore boleh juga download apps percuma dan boleh install mana-mana apk dengan mudah.

youwave

Untuk install Android apps dalam format apk, hanya perlu download apk dan letak di dalam folder seperti yang diberitahu dalam Help > Instructions.

Contoh apps yang saya cuba ialah Dolphin Browser HD.

youwave

Whatsapp di komputer dengan rakan. Keyboard boleh gunakan virtual keyboard atau gunakan keyboard komputer.

Kebanyakan apps boleh berfungsi dengan baik, namun games tidak pasti. Saya cuba Angry Birds namun tak berjaya, kena cuba lebih lagi.

youwave

Perisian medical yang hanya boleh digunakan di Android boleh dijalankan di komputer anda. Sangat berguna bukan?

youwave

Boleh gunakan untuk cuba live wallpaper, widgets dan apps-apps lain.


Download YouWave

Malangnya YouWave bukan percuma, namun anda boleh gunakan selama 4 hari percuma kemudian boleh beli dengan harga $14.95. Kalau anda betul-betul perlukannya boleh hubungi saya untuk dapatkan activation code dengan harga berpatutan.

BACA :  Alternatif kepada default blog editor (blogger, wordpress dll)

Download Trial YouWave di youwave.com

Kalau anda mahu gunakan Android di PC secara percuma boleh gunakan virtualbox atau download Android SDK. Namun kedua-dua cara berikut tidak berapa mesra pengguna di mana YouWave sangat mudah digunakan.

youwave

Tutorial install Android 2.3 Gingerbread di PC – baca di blog saya Eins.MY.


Kalau anda betul2 suka Android, beli smartphone atau tablet Android yang sebenar baru boleh eksploitasikan keupayaan sebenar Android.

Beli yang high end model, supaya lebih smooth, laju dan grafik lebih lawa.

Berminat dapatkan activation code YouWave boleh hubungi saya (original).


RELATED POSTS

11 thoughts on “Tutorial Gunakan Android 2.3 Gingerbread di Komputer Windows Anda

  1. install okay dah…

    tp msalah skg , cmne nk connect kt internet kt android tu??

    need helps..

  2. hi

    ad probs skit la…ni install okay dah…
    tp cmne nk setting internet kt android ni…

    nk surf x bleh kt dlm tu.

    1. ko connect internet kat komputer guna apa? sebab aku out of box terus bleh connect internet

      1. sometimes ak gune wifi cmpus ak…kkdang broaband.

  3. berminat untuk dapatkan activation code tu, berapa bro?

  4. kalau nak youwave crack boleh?haha

    1. tak jumpa yang crack ;(

  5. nice wallpaper , bleh sya taw apa nme wallpaper tu..m : )

  6. klu pakai broadband nak pakai no ape utk whatapp 2?aku xdpt la verification

Tinggalkan komen anda