Posted on

Tutorial guna uTorrent dan TorrentFlux

  Kalau hendak download movie, drama ataupun anime biasa saya akan gunakan uTorrent. Download speed yang saya dapat dengan menggunakan uTorrent boleh dikatakan agak memuaskan, sekitar 150-180 kbps jika torrent itu mempunyai banyak seeders.

Namun, jika untuk mendownload file bersaiz besar contohnya iso dengan saiz 6gig atau 7.77 gig seketul, saya perlu bergantung kepada alternatif lain, contohnya seperti Torrent Flux. Konsep torrentflux adalah seperti berikut; anda download dulu torrent kepada server (dengan kelajuan tinggi) kemudian file2 dalam server itu anda boleh transfer secara direct download terus kepada pc anda. Walaupun file itu bersaiz 7.77 gig sekalipun, anda boleh direct download dari server torrentflux dengan kelajuan memuaskan.

1. Menggunakan uTorrent

Pertama sekali, download dan install uTorrent (filehippo link). Selepas install sila lancarkan uTorrent dan boleh biarkan ia minimize kepada system tray.

Katakan anda hendak download anime One Piece HD, anda perlu download dulu file torrent. Sila buka tokyotosho untuk dan search one piece hd. Kemudian, jika sudah jumpa episod yang anda cara tekan pada link untuk buka/download file torrent.


Selepas itu, uTorrent akan mula men-download anime one piece hd dan anda hanya perlu tunggu progress download mencapai 100% untuk menonton anime tersebut.

2. Menggunakan Torrent Flux

Torrent Flux ialah perkhidmatan berbayar untuk mendownload torrent dengan kelajuan yang memuaskan jugak la. Walaupun tempat anda telah block segala jenis p2p software termasuk torrent, dengan torrent flux itu tidak jadi masalah. Lagipun, kalau berkongsi internet dekat rumah sewa pun tak akan affect user lain sebab torrent flux langsung tidak melibatkan p2p kerana ianya berasaskan web applications.

Kalau berminat nak beli torrent flux, boleh contact bro @mx510. Nak order pula boleh tengok sini: Order Torrent Flux. Harga paling murah ialah RM20 sebulan dengan storage 8gig.

BACA :  Ceriakan chat dengan SweetIM

Kalau dah beli akaun, anda akan diberi username, password dan adress untuk access torrent flux. Admin page dia lebih kurang seperti di bawah;

torrenflux

Apa yang anda perlu buat hanyalah upload file .torrent ke admin page torrent flux. Biarkan proses transfer selesai dan kalau boleh tinggalkan file tersebut untuk seeding pula.

Untuk mendownload pada server, anda perlu dapatkan download link menggunakan ftp. Download dan install program filezilla terlebih dahulu. Pastikan anda tahu adress, username, password dan port terlebih dahulu sebelum gunakan filezilla. (biasanya admin @mx510 akan email segala butiran penting kepada pembeli).

torrenflux2
Pada filezilla, masukkan host (ip adress), username, password dan port. Kemudian tekan connect untuk login pada ftp server torrentflux. Jika berjaya login, anda akan dapat lihat folder dan file yang anda telah download menggunakan torrentflux web admin.

Untuk mendapatkan link download, right click pada file dan tekan copy url to clipboard.

torrenflux3

Untuk mendownload, buka IDM anda dan add new download. Paste url yang aku copy daripada filezilla, dan masukkan juga username dan password ftp anda. Tekan ok untuk mulakan download.

torrenflux4

Cuba tengok screenshot, saya sedang men-download file bersaiz 6.324 GB secara direct download. Kelajuan download adalah bergantung pada kelajuan internet anda juga, dengan screamyx 1Mbps biasanya saya dapat download speed kira-kira 50-150++ kbps jika direct download dari server ftp torrentflux.

Laman torrent faveret;

Selamat mengikuti tutorial ini, saya dah cuba tulis seringkas mungkin. Cuti-cuti ini harus lah menorrent banyak2 games, movies, drama, tv-series dsb bagi membuat bekalan pada semester depan pula.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

10 thoughts on “Tutorial guna uTorrent dan TorrentFlux

  1. hohohoho org dah start guna torrentflux balik ye.. bagus.. :pinch:
    .-= topo´s last blog ..Apa yang Orang Lain dari Seluruh Dunia Makan =-.

  2. […] This post was mentioned on Twitter by jomphp.com. jomphp.com said: Tutorial guna uTorrent dan TorrentFlux http://goo.gl/fb/xoVAQ #jomphp […]

  3. tips yg bagus.. tp klu dah bese guna bitcomet mod lak camner?
    .-= pepijoe´s last blog ..jom bersembang dengan pepijoe =-.

  4. Torrent Flux memang best. Senang sikit nak download torrent dengan ada privacy..
    .-= Syafrizal´s last blog ..Reader Plus – extension Chrome untuk Google Reader =-.

  5. utorrent aku dok pakai tapi torrentflux lom try..thanks bro
    .-= Azizuan´s last blog ..Suratkhabar : Iklan Lebih Dari Berita =-.

  6. Biasanya aku guna utorrent download kat cc, kadang-kadang sambung kat lab comp. Aku guna utorrent portable tapi risikonya pendrive cepat crash, so aku ada buat backup download kat pc yang guna utorrent standalone. Setakat ni belum pernah guna Torrent Flux.
    .-= RozaniGhani´s last blog ..Cara Buat 2 Kolum Palsu Dalam 1 Sidebar =-.

  7. salam semua.. korg pernah dgr torrent client nama xunlei thunder?? die boleh bypass streamyx capping yg membuatkn download speed kita sgt rendah.. ak rasa korg kene try xunlei.. stkat ak gne ni.. mmg sgt berpuas hati dgn speed yg boleh dicapai :wub:
    .-= headr´s last blog ..buat widget sendiri : ikon jaringan sosial =-.

    1. Aku pernah guna Xunlei dulu 2,3 taun lepas…now utorrent 2.0 boleh dikatakan berjaya bypass streamyx cap kot sbb aku download sure dpt max speed 😀
      .-= EiNS´s last blog ..Windows Live Essential Wave 4 Beta =-.

  8. torrent flux 8g mcm mne tu?

    1. Torrent flux, space dia 8 gig je boleh download
      .-= EiNS´s last blog ..Modern Style – free professional wordpress theme by Flexithemes =-.

Tinggalkan komen anda