Posted on

Tutorial Fresh Install & Upgrade Windows 8.1

windows 8.1

Ramai yang ingin tahu cara untuk upgrade Windows 8 kepada Windows 8.1 dan juga cara untuk membuat “fresh install” Windows 8.1 menggunakan ISO atau pendrive.

Baru hari ini saya berpeluang untuk menyiapkan tutorial ini setelah lama tersimpan dalam draf. Jika ada step tertinggal atau kurang jelas boleh komen ya.

Upgrade Windows 8 kepada Windows 8.1

Jika anda menggunakan Windows 8 original, samada di komputer ataupun Windows 8 ini percuma siap dipasang ketika anda beli laptop, anda boleh terus install Windows 8.1 dengan mudah menggunakan Windows Store.

windows 8.1 malaysia

Buka aplikasi Windows Store dan tekan pada butang besar “Update to Windows 8.1 for free”.

windows 8.1 update

Tekan Download dan tunggu proses download itu selesai. Saiz download ialah sekitar 3 GB lebih dan kelajuan download bergantung kepada kelajuan capaian internet anda.

Proses pemasangan Windows 8.1 adalah automatik, mudah, dan cepat serta percuma (untuk pengguna Windows 8 sedia ada).

windows 8.1[15]

Selepas pemasangan siap, komputer akan restart dan selepas itu proses pemasangan Windows 8.1 akan siap dan anda boleh gunakan fungsi-fungsi baru yang ada dalam 8.1.

Segala fail2 penting, software, koleksi2 gambar, games yang tersimpan dalam Windows 8 akan dikekalkan bila anda update ke Windows 8.1 menggunakan Windows Store. Tak perlu risau kena backup files, install balik software2 penting dan games.

Fresh Install Windows 8.1 (ISO/USB)

Apakah itu fresh install? Fresh install ini diperlukan bila anda mahu memasang Windows 8.1 secara terus ke komputer desktop atau laptop tanpa pemasangan Windows 8 sedia ada. Kelebihan fresh install ialah Windows lebih laju, stabil dan macam baru keluar kilang.

Untuk fresh install Windows 8.1, anda memerlukan beberapa syarat;

– mempunyai iso installer Windows 8.1 dari sumber sah, contohnya MSDN

– mempunyai serial key Windows 8 yang original (untuk activation)

– mempunyai pendrive bersaiz 8 gig atau lebih

windows 8.1 x64 iso

ISO Windows 8.1 boleh diperoleh dari DVD original Windows 8.1 ataupun sumber pihak ketiga di internet. Yang penting di sini, adalah key original Windows 8 sahaja untuk tujuan activation selepas install nanti.

rufus windows 8.1

ISO Windows 8.1 tersebut kemudiannya boleh anda burn ke dalam bootable DVD atau jadikan pendrive anda sebagai bootable usb installer bagi Windows 8.1. Kelebihan guna pendrive sebagai installer ialah ianya jauh lebih laju dan mudah berbanding install pakai DVD.

Biasanya install Windows pakai USB boleh siap dalam masa 10-20 minit bergantung kepada keupayaan PC anda. Guna DVD pula biasanya 40 minit ke atas.

BACA :  cara mematikan fungsi grouping pada taskbar

Untuk membuat bootable usb installer menggunakan ISO, saya sarankan guna software Rufus. Download Rufus di sini. Tak perlu install, hanya run, pilih device dan ISO sahaja.

Selepas itu, restart komputer dan boot USB masa komputer baru start. Proses pemasangan Windows 8.1 akan bermula. Jika anda sudah biasa memasang Windows XP, Vista, 7,8 sebelum ini, tiada banyak beza langkah-langkah nya.

windows 8.1 install

Ketika pemasangan, anda akan ditanya product key Windows 8.1. Agak aneh kerana key original Windows 8 tidak dapat digunakan pada Windows 8.1, tetapi anda boleh masukkan dulu key generic di bawah untuk menyiapkan pemasangan.

Core: 334NH-RXG76-64THK-C7CKG-D3VPT
Professional: XHQ8N-C3MCJ-RQXB6-WCHYG-C9WKB

Selepas pemasangan siap, login guna akaun Microsoft dan jadikan primary akaun. Jangan guna local account sebab tak dapat access Windows Store dan banyak lagi integration dalam Windows 8.1.

windows 8.1 activator

Untuk activate Windows 8.1 menggunakan key original Windows 8, taip Win + R, dan taip slui.exe 3, (rujuk screenshot).

slui windows 8.1

Masukkan key original Windows 8 untuk activate Windows 8.1.

windows 8.1 activated

Ta daaa ! Windows 8.1 sudah activated dan boleh digunakan.

Windows 8.1 Post-Installation

Selepas berjaya install Windows 8.1, ini ada beberapa perkara yang anda perlu buat;

1. Windows Update

windows update

Install segala komponen dan updates terbaru yang disediakan oleh Microsoft untuk pengguna Windows 8.1. Anda boleh akses Windows Update samada melalui control panel atau Charm Bar > Change PC Settings > Update & Recovery > Check New Updates.

2. Update Apps Windows 8

windows 8.1[17]

Pergi Windows Store, dan update segala apps2 lama yang dibawa dari Windows 8 lagi. Windows Store dalam 8.1 dah ada fungsi auto-update jadi anda hanya perlu update apps2 lama ini sekali ini saja.

3. Install driver graphic yang menyokong Windows 8.1

Jika anda menggunakan graphic card Nvidia atau AMD Radeon, anda kena install driver graphic yang menyokong Windows 8.1. Jika tidak, anda mungkin mengalami masalah ketika bermain game, menonton video dll lagi.

Download Nvidia Driver Windows 8.1*

Download AMD Radeon Driver Windows 8.1*

*Driver terbaru setakat tarikh 30 November 2013.

4. Install exclusive app untuk Windows 8.1

windows 8.1[19]

Masuk ke Windows Store, dan install beberapa aplikasi2 baru dan khas untuk Windows 8.1. Facebook, Twitter, Netflix, Flipboard dan banyak lagi apps dan game menarik.

Selamat mencuba!


RELATED POSTS

17 thoughts on “Tutorial Fresh Install & Upgrade Windows 8.1

  1. bing food n health ni mmg ade mslh live tile ke…dia xnk update mcm bing travel n news..

    1. dekat pc kitorang live tiles untuk app bing foods takde masalah.

  2. mne nak dpt iso?link ade?

    1. iso x64 msdn http://uptobox.com/4bqxzieuuft3 activate pkai key 8 yg original

      1. x boleh nk download..kena premium account

        1. download pakai alldebrid. or cari link “windows 8.1 msdn untouched iso”

  3. kalau buat fresh install 8.1 boleh add wmc tak??

    1. boleh add wmc lepas siap install. aku pakai pro wmc 8.1

  4. Bro, boleh upgrade 8 ke 8.1 guna iso?

    1. secara teori boleh. tp dari 8 ke 8.1 pakai store lah paling mudah dan hassle-free.

  5. Eins, W8.1 ni ok tak performance utk games. Lagi satu pakai key original je ke boleh activate? Ataupun ada cara lain kms ke apa ke

    1. Performance bagus. memang kena pakai key original untuk activate. satu cara lain boleh pakai kmspico tapi, yeah, illegal. so kami takleh nak share file2 camni

  6. dkt mna key originalnya tersimpan ye,, maaflah ,, xrety

    1. bukak setting pastu tekan pc info

  7. Nak tnya, aku ada try update hri tu pgi w 8.1 tpi dia srh uninstall Microsoft Security essentials knpa ya?

  8. asal saya punya dia windows 8.1 single language? lambat giler downloading. almost 7hrs baru 32%.

  9. Kalo guna usb, fail dalam laptop itu bisa hilang?

Tinggalkan komen anda