Posted on

Tutorial Encode Video kepada x264 MKV Bersaiz Kecil

1401476_663448497018756_1057756741_o

Tutorial ringkas bagaimana untuk encode fail video bersaiz besar kepada saiz yang lebih kecil tanpa menjejaskan kualiti dengan ketara.

Sebagai contoh, saya sering encode video yang dirakam sendiri contoh rakaman live siaran dari TV. Fail asal bersaiz besar boleh dikecilkan kepada beberapa ratus MB saja untuk 1 episod. Video yang telah encode kepada saiz kecil juga mudah untuk di-muat naik ke Youtube, Google Drive dan sebagainya.

Kadang-kadang saya transfer video yang telah encode ke dalam iPhone atau iPad kerana boleh jimat ruang storan dalaman, maklumlah iphone atau ipad tak support boleh memory card tambahan.

Encode Video menggunakan MiniX264

Saya ada mencuba banyak software encoder seperti MeGui, Handbrake, x264 GUI, Minicoder dll namun yang paling mudah guna setakat ini ialah MiniX264.

Download MiniX264 di sini. (Updated 10/12/2013)

Anda juga digalakkan untuk menggunakan processor quad-core Intel atau AMD untuk melajukan proses encode. Paling ideal ialah Core i5 dan Core i7.

Langkah-langkah encode menggunakan MiniX264.

minix264

1. Buka MiniX264 dan pilih video yang anda ingin encode. Contohnya episod anime, movie atau drama.

minix264[1]

Pastikan semua komponen adalah lengkap. Buka File > Tools untuk periksa. Anda boleh swap x264.exe dengan versi terbaru dari X264.nl (boleh pilih nak guna 8bit/10bit yang 32 bit atau 64 bit).

minix264[11]

2. Selepas itu, tekan Settings. Tick pada Encode Audio dan pilih preset yang anda mahu atau boleh guna manual setting. LQ/HQ Anime sesuai untuk encode anime menjadi mini-HD dan LQ 3D, HQ 3D boleh guna untuk encode movie atau rakaman video misalnya.

3. Selepas siap, tekan SAVE SETTINGS.

minix264[13]

4. Kemudian tekan Create Queue dan Encode.

BACA :  Cara membuat multiboot usb pendrive menggunakan YUMI

minix264 encode

5. Process encode sudah bermula, bergantung kepada kemampuan PC anda, process encode mungkin memakan masa yang lama. Jadi, sit back and relax buat sementara.

minix264[15]

6. Anda juga boleh menggunakan Avisynth untuk membuat hardsub atau menukar resolution, contohnya dari 1080p kepada 720p atau 480p jika perlu.

Perbezaan fail asal dengan file selepas encode.

doram

Selamat mencuba!

Update : Power users boleh cuba guna MiniX264 Guide daripada Hi10p untuk encode video kepada 10-bit MKV.

Download MiniX264 10-bit.

—————————-


RELATED POSTS

30 thoughts on “Tutorial Encode Video kepada x264 MKV Bersaiz Kecil

  1. Tips yang berguna.Baru tahu mengenai MiniX264. yg guna pun Handbrake je. apa2 pun Thanks for sharing bro.

    1. Handbrake pun boleh sebenarnya, in fact, handbrake lebih advanced. Cuma minix264 ni mudah dan cepat.

  2. bro klau encode mp3 boleh tak ?

    1. mp3 boleh guna softawre ni, freemake video converter

  3. bro..knape dier kluar error..file not in directory..

    1. refer balik step2 di atas. pastikan tools tu lengkap

  4. dier kluar the system cannot find the path specified..nak buat camner..

  5. Perlu ke install codec pack (K-lite, CCCP) sebelum guna software ni?

    1. digalakkan install CCCP atau K-Lite lebih2 lg kalau nak pakai function avisynth

  6. Pada sesiapa yang tak dapat guna software ni, delete file input_files.txt & output_files.txt kat folder MiniX264. Kemudian cuba encode lagi sekali.

    1. yep baru tambah step supaya check tools2 dalam tu berada dalam directory yang sama.

  7. sdah try..tp xleh jgak..kluar the system cannot find the path specified

    1. Dah fix beberapa step. boleh jugak redownload balik minix264 dan cuba balik

      1. sdah try swap ngn ngn 64bit/8bit ngn 10bit jgak tp still kluar windows cannot find path specified…all tools set up correctly pown tak kluar..kluar exe ..vin dll..nak buat camne

  8. bro, download cerita doraemon kat mane? hehehe..

  9. bro! kalau file/video camnie elok pakai setting LQ 3D ke HQ 3D? kalau boleh x de loss quality la tapi file kaw2 kecil
    http://www.hello-online.org/index.php?app=xbt&CODE=details&torrent=62889

    1. kalau movie/video game elok buat HQ 3D.
      LQ 3D tu memang kalau nak kecikkan file sangat la, tp quality akan deteriorates

  10. still kluar window cannot find path specified

  11. sdah buat mcm arahan tuu..process sdah start..kmudian kluar system cannot find path specified plak..stopped trus..mcm mne ni bro?

    1. dah pakai yang nie tak? dah reupload…dan pastikan check file2 dalam tools bagi betul location dia

      Download MiniX264 di sini. (Updated 10/12/2013)

  12. […] by Anime2Enjoy on how to use MeGUI. I bet you wanna use the simplified version of MeGUI, called MiniX264 (tutorial in […]

  13. […] by┬áAnime2Enjoy on how to use MeGUI. I bet you wanna use the┬ásimplified┬áversion of MeGUI, called┬áMiniX264┬á(tutorial in […]

  14. […] by Anime2Enjoy on how to use MeGUI. I bet you wanna use the simplified version of MeGUI, called MiniX264 (tutorial in […]

  15. Bro, apa official site untuk MiniX264 ni? Cari-cari langsung x jumpa.

  16. Mas kalau aplikasi ini kebaca unik diboot video youtube ?

  17. tak berhasil lah, gimana neh ?

  18. ENCODE_SETTINGS.txt NOT FOUND… wht should i do??????

  19. Where i can DL the latest version of Minix264?

  20. Seperti nge-Repack game yaa gan ­čśÇ

Tinggalkan komen anda