Posted on

Tips mengubahsuai theme wordpress yang anda harus tahu

wordpress

Ok, kali ini sedikit tutorial mengenai wordpress, php dan x/html. Ianya mungkin berguna jika anda menghadapi beberapa masalah ketika sedang edit theme wordpress. Anda mungkin terjumpa beberapa theme wordpress yang menarik tetapi sayangnya ia mempunyai beberapa kecacatan seperti paparan kategori yang berserabut, tiada fungsi gravatar, colour scheme yang kurang tepat dengan minat anda, emoticon tidak transparent, tiada navigasi antara page dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa tips untuk menangani masalah2 berikut. Saya amat berharap sedikit sebanyak tips ini dapat membantu anda dalam proses pengubahsuaian theme nanti.

1. Mengubahsuai limit kategori yang dipaparkan pada header

Terdapat sesetengah theme yang memaparkan kategori2 post dalam blog anda di bahagian header. Akan tetapi secara default, ruang untuk memaparkan kategori2 itu biasanya membenarkan beberapa kategori sahaja untuk dipaparkan. Jika blog anda mempunyai banyak kategori, maka lebih banyak kategori2 itu dipaparkan di bahagian header dan tentunya mencacatkan appearance theme blog.

categories Untuk mengubahsuai limit kategori, buka wp admin > dashboard > appearance > editor > header.php. Cari line berikut.

<?php wp_list_categories('title_li='); ?>

Dan gantikan dengan kod ini pula. Php function tersebut bertujuan untuk list 10 kategori yang paling banyak digunakan didalam blog anda. Anda boleh gantikan value number=xx dan untuk tukar value 0 kepada 1 pada variable show_count untuk menunjukkan bilangan post yang menggunakan kategori tersebut.

<?php wp_list_categories('number=10&show_count=0&orderby=count&order=DESC&title_li=') ?>

Selepas edit, save pula. Cuba preview theme anda. Baguskan result dia!

categories 3

2. Mengubah colour scheme

una wordpress theme Setengah theme mempunyai design yang menarik tetapi malangnya warna yang digunakan tidak sesuai dengan minat anda. Atau anda berasakan warna yang digunakan itu tidak cantik dan mencacatkan kesempurnaan theme tersebut. Jangan bimbang kerana anda boleh menukar warna2 dalam theme tersebut tanpa perlu anda edit apa2 file atau menambah kod2 yang boleh memeningkan kepala anda.

Memperkenalkan plugin theme tweaker untuk wordpress, kini anda boleh mengubah warna2 asal theme wordpress dengan senang. Selepas edit warna anda boleh preview atau generate child theme dari theme asal.

BACA :  Yahoo Messenger 9 Final Download

theme tweaker

Download plugin theme tweaker di sini. Untuk mengenalpasti warna2 dalam theme wordpress anda boleh gunakan extension colorzilla untuk firefox.

3. Emoticon/smiley mempunyai border dan terapung (alignment tidak sama dengan text)

emoticonBanyak theme yang saya cuba mempunyai masalah emoticon mempunyai border dan kedudukan yang tidak sekata dengan text. Ianya membuatkan theme yang menarik kelihatan sedikit cacat. Contohnya seperti di bawah.

Untuk fix masalah ini, buka wp admin > dashboard > appearance > editor > stylesheet.css. Tambah kod dibawah ini kemudian save.

img.wp-smiley {
border:0;
}
Untuk membuang margin dari emoticon bagi membuatkan ianya sekata dengan text, tambah kod ini.
img.wp-smiley {
margin:0;
padding:0;
}

Anda boleh refer post cyberfly mengenai cara detail membuang border pada emotikon wordpress di sini.

4. Gravatar

gravatar 2Terdapat beberapa theme yang tidak mempunyai fungsi gravatar, iaitu icon bagi sesetiap commentator di blog. Bila sesuatu theme itu tiada fungsi  gravatar tentulah theme itu menjadi kurang ‘cun’ sedikit. Untuk menambahkan fungsi gravatar anda boleh menggunakan plugin wp gravatar.

Download plugin wp gravatar di sini.

5. Menambah navigasi page

wp page navi Terdapat wordpress theme yang tidak mempunyai page navigation, ataupun mempunyai page navigation yang tidak berfungsi sebagaimana yang anda mahu. Penyelesaiannya install plugin wp page navi dan gunakan page navigation baru yang lagi cool dari yang asal.

Tutorial lengkap boleh refer tutorial cyberfly di sini.

6. Menambah threaded comment

wp threaded comment Fungsi threaded comment (atau nested replies/comments) baru saja diperkenalkan dalam teras wordpress 2.7. Oleh itu, sesetengah theme sahaja yang menyokong fungsi teras threaded comment wordpress 2.7 ini manakala theme2 lain tidak dapat menggunakan fungsi threaded comment.

Untuk menambah fungsi threaded comment pada theme yang tidak menyokong fungsi baru wordpress 2.7, anda boleh gunakan beberapa plugin berikut seperti WP threaded comment dan Brian’s threaded comment.

Download wp threaded comment, brian’s threaded comment.

Jika anda ada pertanyaan sila komen ya! Penat dah tulis panjang2 ni 🙂


RELATED POSTS

41 thoughts on “Tips mengubahsuai theme wordpress yang anda harus tahu

  1. theme tweaker tu something new me. thank 4 sharing. gua nk test

    ubey´s last blog post..Etimologi; satu implementasi gaya seksi yang erotis

    1. Mostly aku try edit kaler tu memang jadi…tp ad gak stengah2 yg mungkin x jadi…itu ko kena edit css asal la…

    1. yup.kelemahan wordpress.com ialah dia takleh nak modified sesuka hati tidak seperti self-hosted wordpress.

      1. Ya, masa untuk bertukar ke self hosted wordpress blog 😉

  2. tetiba rasa mcm nak beli la pencil wordpress cun tuh. hehe 🙂

    1. Cam menarik je kan? Tp aku rasa xdak jual kot? mungkin tu freebies atau merchandise masa wordpress camp kot…

  3. […] Anda boleh baca di sini: Tips mengubahsuai theme wordpress yang anda harus tahu. […]

  4. waah.. yg smiley tu yg aku dok cari selama ni.. tak smart smiley tergantung.. kalo sekata dgn teks baru smart.. thanks kerana kongsi info besh nih.. haha.. nk try.. nk try :wub:

    Anarm´s last blog post..Tunjuk Ajar Ku Sifoo

  5. kalo aku nak edit terus kaler dia direct kat template…kat mana ya?

    hydir´s last blog post..Agak-agak bila kita boleh kapel?

    1. kaler apa yg nak edit tu.semuanya kat style.css

      1. kalo nk bubuh background sndiri camna ya?

        1. Cara paling senang ganti background asal dengan background yang kita nak…replace je file asal dalam folder theme tu…hahah :happy:

  6. 🙂 hey bley knalka?

    1. bleytau c apanama awak

      1. Eh nak berkenalan la pulak? lol :silly:

        1. layan :heart: :heart:

  7. entah kenapa sampai sekarang aku still tak reti nak edit theme mcm korang.. aku baca ni pon aku still ragu2 agi nak edit.. aku rasa dengan mengajar depan2 baru aku leh paham setiap maksud dalam coding2 tuh.. anyway good job bro…

    Kill-Vearn´s last blog post..Adding ‘Copy To’ and ‘Move To’ Command

    1. Nak edit tak perlu ragu2 bro…cuba dulu…paling penting trial n error baru boleh jadi…

      kalau takut effect kpd theme n performance blog boleh cuba edit lam localhost…aku slalu try buat changes kat localhost dlu… :happy:

  8. thanks tuk link theme tweaker..nice artikel..huhu

    1. yazza.. me too.. hahaha kene try ni.. xde buang masa nak cari kat style.css ..

      neway mmg nice artikel :wub:

  9. nak ubah , nak tambah elemen2 tu payah ni..something different look nak kena changes jugak ni..wp.com to self-host…adeh!

  10. Waahh…bagus giler blog ni.
    Banyak ilmu baru yang saya dapat dari sini.
    Terima kasih banyak atas segalanya.
    Moga Allah balas atas usaha baik yang tuan lakukan ini.

    Jazakumullah.

  11. banyak sebenanyer nak tnyer nie… al maklumlah newbie cm aku nie….

    ok.. soklan… cmne nak lebarkan witdh supaya gmbar yang diupload tue muat dlm range witdh yang di tetapkan….
    n cmne nak letak widget2 yang lain.????

    1. Bro, ko tulis blog guna windows live writer, senang nak specify width yg masuk dengan theme blog ko…

      nak masuk widget, install plugin2 yg ko berminat pastu activate…then insert widget kat sidebar dalam dashboard > appearance > widgets

  12. Tak penah lg cuba edit theme wordpress..
    tp template blogspot senang jer nak edit..huhu

    1. babe… aku tgk ko nyer blog bleh thn aper… okay jugaklah… xdelah nampak amatur sangat… he3
      n satu lg theme okay je… bleh thn gak lawanyer…
      knp nak tukar lagi?

  13. salam…
    aku mcm killvearn gak..mcm payah je nak edit theme wp…maybe sebab byk sangat php file dia kot…so konfius kit, means kalau tukar kat css, nak kena tukar kat main templete.php jugak ke, & fail php lain nak kena tukar jugak ke?…
    so aku cadang apa kata korang kenalkan fungsi asas fail php wp…..sbg cth main templete.php apa kat dlm dia, function.php apa pulak dll…hehe
    cadangan je, boleh diterima & boleh direject…haha

    1. kalau tukar kat CSS, dah tak payah tukar kat main template.php

      css tu dia define style untuk semua page dalam themes.

  14. nak tukar warna theme ni..penin tul

    theme tweaker tu baru tau..thanks
    .-= Kak Jie´s last blog ..Hilang fokus tanpa hijau =-.

  15. Assalamualaikum semua,

    Dari apa yang saya baca, nampaknya komen-komen ni kebanyakkannya datang dari yang dah otai-otai. Jadi nak tanya skit.Lepas dah download theme tweaker tu, nak watper plak?

    Dah berpinau kepala otak ni.
    .-= Sifu Tajwid´s last blog ..Petua Menjaga Suara =-.

    1. Install plugin theme tweaker mcm install plugin biasa…then activate
      .-= EiNS´s last blog ..Aku memang sibuk dan tiada masa update blog =-.

  16. salam,
    kalo kita nak tambah smiley di ruangan komen mcm mana? ci\ontohnya nak buat smiley upin ipin tu?
    .-= firdee´s last blog ..Jiwa kacau otak serabut =-.

  17. Terima kasih, bleh jadi panduan untuk blog kawe…
    .-= nuwa´s last blog ..Salam Dunia Blogging =-.

  18. nak tanya kalau jadi macam nie “You need to make this file writable before you can save your changes” macam ne nak buat?? tak boleh nak edit theme tuhla..
    .-= zik´s last blog ..Sayangi haiwan peliharaan. =-.

    1. Masuk ftp, browse folder/file tu dam chmod ke 777

  19. plugin tweaker baru aku dengar..cambest je..klo blogspot biasa main edit kod je..hehe :whistle:
    .-= aizuddin´s last blog ..Apa Rafidah Ibrahim Ajar Aku Blogging? =-.

  20. Akan ku cuba nanti.
    .-= shaharil´s last blog ..Hidup ini penuh dengan peniruan =-.

  21. Cemana kalau nak tukar background ek? tak pahammm

    1. Edit style.css, dekat line background tuh

  22. ada sesetengah theme yg dah ada control panel untuk tukar background..tapi bila tukar kaler, background termasuk main post color sekali tukar.. kalau nak buat post colour putih, background kaler lain camane eh?

Tinggalkan komen anda