Posted on

Tips : Mengenal pasti iPhone 4 original dengan iPhone 4 Tiruan

iphone china

Sekarang zaman smartphone, semua orang berebut-rebut nak memiliki smartphone dan di kalangan rakyat Malaysia pastinya ramai inginkan iPhone dan Android.

Disebabkan populariti smartphone seperti iPhone dan Android meningkat, banyak produk-produk tiruan mula dihasilkan terutamanya kompeni dari China. Produk tiruan iPhone misalnya dijual dengan harga 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone asal, malah bentuk, pakej, cable dan UI juga seakan-akan sama macam yang original.

Namun, kalau dah nama produk tiruan mesti banyak cacat celanya. Antaranya processor yang lemah, screen tak berkualiti, touch screen tidak bagus dan sebagainya. Ada yang scam dan jual produk tiruan dengna harga yang mahal dan ramai yang telah tertipu sebenarnya.

Tips mengenalpasti iPhone 4 original vs iPhone tiruan

iphone 4 celcom

Mana satu iPhone 4 original vs tiruan? Cuba teka

1. Dari segi bentuk luaran, aksesori charger, dan logo Apple adalah sama. Tulisan Designed in California, assembled in China tetap sama.

2. Body iPhone 4 original dibuat daripada besi + kaca, manakala iphone tiruan dibuat daripada plastik.

3. iPhone tiruan menggunakan sim card biasa dan bukan micro sim seperti iPhone 4.

4. iPhone tiruan boleh masukkan memory card, tetapi iPhone 4 tiada sokongan memory card, hanya hard disk terbina dalam.

5. Kedua2 iphone ori dan tiruan mempunyai kamera depan dan belakang, yang bezanya kualiti camera iPhone tiruan sangat rendah, dan mempunyai shutter sound yang aneh dan kuat.

6. Speaker iphone tiruan jauh lebih kuat tetapi bunyi pecah dan audio kualiti rendah.

7. Biasanya iphone tiruan tidak mempunyai 3G, tetapi mempunyai wifi. Wifi pula biasanya wireless b/g dan bukan wireless b/g/n. Wifi iphone tiruan tidak boleh guna WPA enteprise misalnya.

BACA :  Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia - Harga Bermula RM3999

8. Bila on, menu dan layout kelihatan sama dengan iPhone 4. Cuma scrolling agak lag, dan icon nampak aneh.

9. Screen resolution iphone tiruan adalah rendah dan mengakibatkan display tidak sharp dan juga lcd digunakan adalah lcd murah. Jadi gambar tidak terang.

10. Touch screen tidak sensitif dan slow, laggy. Sesetengah model menggunakan resisitive screen, jadi tidak berapa memberi tindakbalas ke atas sentuhan jari.

11. Tidak boleh charge usb, tapi boleh guna charger sama dengan iPhone original.

12. Tidak perlu itunes untuk activation, juga tidak menggunakan sebarang smartphone os. Interface iphone tiruan dibuat menggunakan j2me (java) dan dibuat supaya menyerupai iphone.

13. Sesetengah games juga diberi percuma di dalam iphone tiruan. Saya try dan ada game plants vs zombies versi ciplak dan sangat tak best.

14. TIada facetime, safari, ipod, app store dan beberapa native apps pada iPhone original. Yang ada hanya apps yang “mimik” fungsi native apps iPhone.

16. Biasanya harga iPhone tiruan adalah 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone sebenar.


Dah ramai tertipu, termasuk kawan dan kenalan saya sendiri. Jadi kena observe betul2. Kalau ada orang jual iPhone rm500, RM800 etc tu dah sah2 iphone ciplak.

Ada pengalaman terbeli atau terserempak penjual iPhone tiruan? Kongsi pengalaman anda.


RELATED POSTS

27 thoughts on “Tips : Mengenal pasti iPhone 4 original dengan iPhone 4 Tiruan

  1. ade penah nampak org jual,rm 300,respek org tu sebab die jujur,haha

    1. ada yg tak jujur…kelentong pelanggan…rm800 jual iphone china mcm gambar artikel kat atas

      1. Saye skrng mahu membeli iphone 5..tapi sye takut kene tipu ngan penjual

    2. boring la baca blog ni. tema blog ini kurang mengancam.

      1. Tech blog should remain the way it is…xboleh fancy2 sangat macam personal blog tak kena dengan niche

  2. ader.. roomate aku sendiri jual.. Dia jual rm500. tapi aku tak termakan hasutan. Camera iphone tiruan teramat teruk..haha

  3. bgus byk gak tips ni. bg aku phone baru klu rasa lag je masa scroll padahal apps baru skit je. pastu icon dan interface nampak low quality, confirm tiruan aka china.

  4. Bagi aku senang je, kalau nak mengebat* pakai cam iphone baik beli yang original under syarikat telco. xyah nak susah payah nak beli ciplak, Buat pe nak lagak2 kaya pakai iphone kalau ciplak. nnt buat semak mood jugak nnt. Confirmbila dh beli ciplak, lama2 akan bosan pastu jual lek atau buang trus. baik simpan duit bergunung2 dlu baru beli. handphone tuh xlari kemana pun, sbb handphone akan cepat kuar release versi baru. Jadi fikir masak2 sblum beli. *By the way thanks for the tips.

  5. selalu gak jumpa iphone gini.. heran gak sebab murah2.. rupanya tiruan.. sebab kalau yg ori 2nd hand pun dah rm1000+

    check betul2 sebelum beli dan terima kasih untuk perkongsian!

  6. Owhhh!~ Dia pakai java.. no wonder lah!~

  7. klu nk bli china iphone 4 murah n berbaloi bek beli gooapple (ios dikawen kan dgn android froyo 2.2), performance awesome gile sebijik mcm ori berbanding china iphone 4 sblum ni..

    1. orang cakap processor dia slow…betol ke berbaloi nak beli?

  8. Yg tu xtaw la tp tgk review kt youtube phone tu dr segi performance

  9. …..sama cam iphone.men angry bird smooth je,hehe

  10. sekali tu pernah jumpa pada harga rm1000.
    dia kata jangan tanya tulen ke atau
    buatan china.kalau setuju beli saja.

    Ps : kena tak nampak di blog jomphp.
    asyik keluar ”do not steal!”.cuba
    periksa semua entri.

  11. iphone 5 china dah release 2 bulan lpas.. lol..

  12. Aku jumpa iPhone edisi China boleh letak dua sim dan ada fungsi televisyen.

    Boleh lingkup Steve Job kalau macam ni. Hahaha…

  13. […] Tips : Mengenal pasti iPhone 4 original dengan iPhone 4 Tiruan […]

  14. klu i phone 4 kastam jual rm500 tu ori ke x ea?

  15. no imei dia sama mcm na pulak? ori ker tiruan?

    1. no imei sama dengan apa? paling senang nak tau tiruan ke tak, masuk appstore try download beberapa aplikasi. tiruan takde appstore macam yg ori, kalau ada pn apps sangat sikit.

  16. kalau iphone tuu second hand mcm mane pulak kalau harga Rm500 …

  17. […] File Name : Tips : mengenal pasti iphone 4 original dengan iphone 4 Source : jomphp.com Download : Tips : mengenal pasti iphone 4 original dengan iphone 4 […]

  18. Terima kasih atas informasinya 😉

  19. Kalau harga seconhand rm450 32gb.rasa2 ori tak?

    1. Kalau iphone 4 nak beli hujung 2015 ni better tak payah bro. Iphone 4 now slow lagi daripada phone android yang harga rm400-500

Tinggalkan komen anda