Posted on

Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya

Firefox mascot

Saya adalah pengguna setia Mozilla Firefox sejak beberapa tahun lepas lagi. Sehingga sekarang, saya masih lagi gunakan firefox biarpun terdapat banyak pelayar alternatif lain seperti Chrome, Opera, Safari, Lunascape, Palemoon, Flock dsb. Mungkin firefox bukan pelayar terpantas sekarang namun terdapat beberapa sebab yang menghalang saya dari meninggalkan firefox.

Saya suka firefox kerana sifatnya yang sangat customizable, anda boleh tukar, tambah, buang segala benda yang anda mahu. Firefox juga mempunyai banyak add-ons yang sangat penting untuk web development dan juga seo. Boleh dikatakan firefox adalah pelayar yang mempunyai โ€œcomplete packageโ€.

Namun begitu, firefox bukanlah browser yang sempurna kerana mempunyai banyak kelemahan. Ramai juga pengguna yang rasa hampa lantas mengambil langkah menggunakan browser lain pula. Mujurlah, terdapat beberapa penyelesaian kepada masalah tersebut dan sedikit sebanyak boleh membantu mengurangkan kelemahan firefox.

1. UI Firefox ketinggalan zaman, tidak kemas dan menggunakan banyak ruang

– Ramai orang mengkritik UI firefox tidak setanding dan secanggih UI browser lain. Firefox versi sekarang masih mempunyai UI seperti zaman windows xp, tidak menyokong fungsi Aero Glass. Malah terdapat banyak menu dan bar yang menggunakan banyak ruang menyebabkan ruang membaca menggunakan firefox menjadi sempit.

Penyelesaiannya adalah menggunakan kombinasi Strata40 dan StrataBuddy.

strata40

Strata40 dan Stratabuddy menukarkan UI firefox kepada UI seperti firefox 4.0 yang masih lagi dalam proses pembangunan. UI baru ini lebih ringkas, kemas dan cantik berbanding UI sebelumnya.

Install Strata40 dan Stratabuddy.

2. Penggunaan memory yang melampau, firefox jadi berat

Firefox menggunakan RAM yang banyak dan lama-lama browser boleh jadi berat, hang atau crash. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menggunakan addon berikut.

BACA :  Animy Galore – Projek terbaru JomPHP

AFOM – Memory Recovery & Retention For Firefox Only 2.0

3. Startup yang lambat serta respon kurang cekap

Startup firefox sangat lambat, ada delay sehingga beberapa minit baru lah windows firefox muncul. Browser lain seperti Chrome mempunyai kelajuan startup yang sangat pantas. Ini adalah salah satu kelemahan firefox yang ketara.

Masalah startup lambat dan respon kurang cekap ini anda boleh atasi dengan perisian bernama Speedyfox.

speedyfox

Speedyfox menjadikan firefox anda lebih laju dan cekap. Percuma untuk digunakan.

Download Speedyfox.

4. Lag ketika menggunakan menu, adress bar, history dll

Firefox kadang-kala mempunyai masalah terdapat lag ketika menggunakan menu, menaip pada adress bar, membuka senarai history dan lain-lain.

Anda boleh mengatasi masalah ini dengan menggunakan addon Vacuum Places Improved.

vacuum

Install Vacuum Places Improved

5. Adress bar dan search bar tidak diintegrasikan

Jika anda biasa guna chrome, anda pasti perasan bahawa chrome tidak mempunyai search bar. Ini kerana fungsi search telahpun diintegrasikan ke dalam adress bar. Sekaligus menjimatkan ruang dan memudahkan pencarian.

Anda boleh gabungkan search bar dan adress bar di dalam firefox menggunakan extension Omnibar. Untuk menambah suggestion dan beberapa fungsi menarik anda perlu gunakan addon Fastestfox.

firefox[9]

Kan nampak luas tu, hehe. Install Omnibar dan Fastestfox.

6. Kesimpulan

Firefox sebenarnya adalah browser yang sangat powerful jika anda mahir teknik-teknik menggunakan dengan betul. Saya harap tips-tips yang saya tulis dapat memberi sedikit pengetahuan tambahan kepada semua pengguna firefox.

Selamat mencuba ๐Ÿ˜€


RELATED POSTS

50 thoughts on “Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya

  1. firefox memang terbaik.. nasib baik ko bg solution nk speed up firefox punye startup.. aku cuma lemah dgn startup yg lembab tu je.. yg lain2, firefox memang superb..
    .-= Anarm´s last blog ..Aku seorang jurujual buat Direct Selling =-.

    1. Lepas pkai speedyfox n vacuum places improved tu serius laju gila startup firefox aku…xtau la korang camne…harap2 bertambah laju gak la :happy:
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

  2. lain macam je facebook kau bro?
    .-= loq´s last blog ..Gong Xi Fa Chai! =-.

    1. Hahahaha…facebook, google, youtube, gmail aku smua pkai custom skin…nanti ada masa aku buat post
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

      1. camner nak buat custom skin kat facebook??aja sket bleh x??masey…

  3. nice info… aku pun gune theme Strata40 dlm firefox aku..nampak lebih kemas.. tp satu je aku x suke firefox nie startup die lambat..tp ko dah bg tip, aku nak try la..hehehehe~

    1. Startup makin laju…tapi jgn expect selaju chrome la…chrome paling laju kalo startup…

      hopefully firefox developers boleh cepatkan lagi startup dalam versi akan datang tanpa perlu bergantung pada addon atau software 3rd party
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

      1. aku install Add-on Glasser untuk memberikan efek glass firefox aku…korang leh la try..

        https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/13580

        1. Aero glass dah siap2 ada dalam extension stratabuddy ๐Ÿ™‚
          .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

  4. habis aje baca n3 ni terus aje aku pasang..
    caya lah note ni betul-betul berguna..
    terima kasih
    .-= papaitam´s last blog ..Sakit itu satu Dugaan =-.

    1. Sempat berkomen sebelum blog nie down tempoh ari…terima kasih
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

  5. 404 Not Found..56 jam blog tuan screen shot camni. Rss ada.. email masuk..bila access x leh. Korang dah pro..rasa nya blh resolve benda camni dgn cepat. :angry:
    Aku suka tips tuan yg no.2 tu..mmg brguna sgt.

    *****

    1. Bro, blog jomphp abes bandwidth pada 26 feb…so terpaksa tunggu sampai 1 Mac baru bandwidth reset balik…

      segala kesulitan amat dikesali…
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

      1. patutlah x leh access aritu..boleh lah jadikan ff lebih bergaya pasni..akan ku cuba..
        .-= aizuddin´s last blog ..Tonton Rancangan Astro Secara Streaming =-.

        1. Xsangka plak ada yg siap bgtau berapa jam blog nie x boleh masuk…sori semua blog readers…arap2 lepas nie aku try improve sket, maintenance…hopefully dapat jimatkan bandwidth blog pas ni…
          .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

  6. weh bro.. speedyfox tuh kne perform hari2 ke @ sekali je?
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..MyBB ease of use =-.

    1. Perform sekali je cukup…pastu lama2 bila ko rasa slow ko run balik la speedyfox tuh
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

  7. Salam bang// Kery nak tahu adakah kita boleh menukar key microsoft word apabila Kery sudah install program itu?? ๐Ÿ˜Ž
    .-= syukeri´s last blog ..Keputusan Malaysia Vs Yemen โ€“ 1-0 โ€“ Kita Menang =-.

  8. eins.. untuk tuto 1 tu, aku try tp xjadi yg mcm screenshot kau la.. knape ek??
    aku da install due2 da.. strata4.0 dgn strata buddy.. tp jadi cm kau punye..

    1. Ok, masuk setting stratabuddy…ko check dekat app button > show app button, pastu window > aero glass dan pada tab style > amek tabs on top…

      1. kat mne setting die?? aku rase cm da alter2 skit2 tapi still xjadi cm kau.. kau punye ade home kat tepi tabs.. aku xdpt cmtu.. em.. pastu ade firefox kale oren tu yg mcm bole click plak. ajar please ๐Ÿ™‚

        1. Ada dalam stratabuddy…ko try ejas2 option stratabuddy tuh…

          tekan tools > addons > stratabuddy > option

  9. Aku pun pengguna tegar firefox. Walaupun ade chrome & opera,mmg tetap tak leh lawan. Aku mmg puas ati ngan prestasi dia. Sgt mudah digunakan ngan pelbagai add-ons. yoshhh!
    .-= finalcross´s last blog ..Penantian Iron Man 2 =-.

    1. Yeah firefox ftw ๐Ÿ™‚

  10. erm… pakai comet bird.. ๐Ÿ™‚ ๐Ÿ˜Ž
    .-= zik´s last blog ..Muzik dalam kehidupan seharian. =-.

    1. comet bird sama la macam firefox
      .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Google โ€œaero-peekโ€ =-.

  11. banyak sgt nak install … solution nya .. guna jer chrome ๐Ÿ™‚
    .-= hydir´s last blog ..[IT] Free Windows 7 Theme โ€“ Malaysia Blogger Theme =-.

  12. info yg bagus ni..hoho nk try gak la
    .-= x-po´s last blog ..TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN? =-.

  13. bro eins, pakai la theme laen.. asyik overbandwith je..
    .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Google โ€œaero-peekโ€ =-.

    1. Theme nie ringan dah…habis bandwidth sebab makin lama makin ramai masuk blog nie ๐Ÿ™‚
      .-= EiNS´s last blog ..Tips membuat firefox menjadi lebih ringan, laju dan bergaya =-.

    2. habis bandwith sbb byk upload gambar high quality. lepasni taknak letak gambar dah, letak teks je. ok?

      1. haha.. kalau bab gambar tuh, upload satu @ dua dah cukup.. kalau nak upload semua skali, “Smush it” dulu… sye pernah buat tutor pasal nak speed up wordpress nie

        http://tinyurl.com/y94gau7

        feel free to read
        .-= Frantz-Senpai´s last blog ..Google โ€œaero-peekโ€ =-.

        1. Leceh nak smush it…n satu lg tips nk lajukan blog cam compress css n guna cache plugin tu memang dah lama aku buat…

          xpe kami guna imageshack untuk host gambar lepas nie…memandangkan space hosting pun dah makin sikit…

  14. addons gempak2…
    tol x…
    tu pasai aku suka:]

  15. Boleh dipraktikkan selepas ini. Terima kasih atas info yang berguna ๐Ÿ˜€

  16. nak mudah lagi, guna Pale Moon tuk gantikan Firefox. Hehe~ :tongue:

    1. Aku pernah guna palemoon…tapi tak dpt rasa apa yg laju mengenai palemoon…sama jek…lgpun bila kat addons.mozilla.org dia xleh detect firefox versi brapa aku pkai…leceh nk install addons plak
      .-= EiNS´s last blog ..Gadis Hilang โ€“ tolong sebarkan berita ini =-.

  17. nice einz..ko dh buatkan hari aku makin ceria..haha..
    aku suke tips no 2 & 3..confirm xpakai chrome la lpas ni..tQ byk2 einz..
    .-= shuko´s last blog ..Surat dari Syaitan untuk Mu =-.

  18. tq bro firefox aku makin ringan skang nie :D:D
    suker info nie :D:D

  19. aku pown penguna tegar MF gak..tp browser laen pakai gak..cookies pnya pasal la..maleh nak guna plugins..xda masa nak cari..keke..
    tp chrome aku seriously lembab..IE lagi laju dari chrome..heran plak aku
    .-= azizuan´s last blog ..18 Awesome Quote By Google CEO =-.

  20. Nice sharing lagi!
    Dah guna Persona Firefox? Mmg cool ;D
    .-= Annamir´s last blog ..Sunrise | Silhouette | Photographer =-.

  21. wah…memang nice lah…thanks for sharing…anyway bro…ko guna plugin apa untuk external url?
    .-= mohdisa´s last blog ..Iโ€™m going to the Gatsby Deodorant Street Fair =-.

  22. thanks a lot. :biggrin:

  23. saya juga merupakan peminat setia Firefox..

    memang saya akui tentang startup Firefox kadangkala agak lambat. :whistle:
    terima kasih kerana menyiarkan maklumat tips ini. :cheerful:

  24. fasterfox x letak ke?

  25. Salam…

    Nak tanye, kalu kite dah add ons strata40 companion with stratabuddy tu, kite nk buang semula mcm mane ek? Sbb sy dah try uninstall via add ons option tu x bley laa. Means, tiade respon ke ats ff sy. Sbb sy suke jike kat arrow back and fwd tu ade history tentang laman yang telah sy lawati. Ia memudahkan sy. Bagaimanekah sy ingin kembali ke ff asl ek?

    Terima kasih.

    1. Sepatutnya kalo dah uninstall tu dah takde la dlm senarai add-ons…try disable addon tuh…

      theme boleh select kpd yang default
      .-= EiNS´s last blog ..AdMercu โ€“ Satu lagi web pengiklanan online tempatan =-.

      1. Plugin tu dah mmg x ade kat dlm add ons tu tp antaramuke FF sy ni still yang same lg. Mcm mane mau ubah semula jadi antaramuke FF biase/basic puya tu? Kalu install semula FF baru bley jadi x?

        Terima kasih.

        1. Uninstall smua extension/themes yg tak pakai kalau nka ubah kepada yg basic semula

Tinggalkan komen anda