Posted on

Tips Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

lajukan tm wifi-router

Tahukah anda, default setting pada router TM boleh menyebabkan ‘bottleneck’ yang mengakibatkan kelajuan sambungan Wi-Fi menjadi lebih perlahan daripada sepatutnya. Contohnya, walaupun melanggan streamyx 8Mbps, anda masih mengalami lag ketika bermain games atau buffering yang lama ketika streaming video.

Tips mudah ini membantu anda lajukan wifi dari router asal yang dibekalkan oleh TM untuk mengurangkan lag atau buffering ketika streaming.

Lajukan Wifi Dari Router TM

lajukan tm wifi-router

Saya rasa majoriti pengguna internet TM (terutama Streamyx) menggunakan router yang dibekalkan sendiri oleh TM. Kalau mampu, tukarlah kepada router jenama lain seperti Asus untuk kualiti dan usability yang lebih baik berbanding router TM. Jika anda tidak bercadang untuk menukar router, saya galakkan praktik tips seperti di bawah untuk dapatkan sambungan Wi-Fi yang lebih memuaskan.

Langkah 1 : Akses Configuration Router Anda

lajukan tm wifi router

Untuk mengakses configuration router, taip 192.168.1.1 pada pelayar internet anda. Jika anda menggunakan router seperti dalam gambar di atas, model INNATECH-W700N (Innacom) username dan password adalah seperti berikut :

Login : tmadmin

Password : [email protected] – disini XXXX merujuk kepada empat angkat terakhir MAC Address router tersebut. Boleh rujuk di pelekat di bahagian bawah router.

Langkah 2 : Menukar Wi-Fi kepada Wireless N sahaja

lajukan tm wifi router 2

Setting asal bagi kebanyakan router ialah Wi-Fi B/G/N iaitu signal “radio” yang menyokong peranti “legacy” dari zaman sedekad lepas hingga ke sekarang. Peranti moden seperti laptop generasi baru, iPhone, peranti Android kebanyakannya menyokong sambungan Wifi b/g/n/ac.

Masalah utama ialah penggunaan mode wifi b/g/n pada peranti moden boleh menjejaskan “speed” wifi transfer itu sendiri. Oleh itu, bagi mengurangkan bottleneck saya sarankan bahawa anda set wifi mode kepada Wifi N sahaja.

AMARAN : JIKA ANDA MENGGUNAKAN DEVICE YANG MENYOKONG Wifi G sahaja, jangan buat langkah ini kerana di khuatiri anda menghadapi masalah tidak dapat connect ke WIFI.

Tekan “Apply Changes” untuk menyimpan setting terbaru.

#Nota 1: Kalau tak boleh proceed, sila buat langkah 3 dulu kemudian baru tukar kepada WPA2.

#Nota 2 : Laptop atau model telefon lama mungkin tidak mesra wireless N atau tidak dapat connect langsung.

Langkah 3 : Menukar security kepada WPA2

lajukan tm wifi router 3

Kebanyakan router juga masih mengekalkan wifi security jenis WEP sebagai default settings. Masalah utama WEP ialah boleh menyebabkan kelajuan transfer data melalui wifi dibawah prestasi sebenar selain sekuriti WEP yang mudah digodam.

Biasa dengar kes curi wifi? Saya yakin kebanyakan wifi yang kena curi itu masih guna sekuriti WEP.

Untuk lebih lajukan wifi transfer, tukar sekuriti kepada WPA2 (AES) dan apply changes, kemudian restart router anda.

Langkah 4 : Menukar DNS kepada Google DNS

google-dns-streamyx

Saya pernah tulis mengenai Google DNS, enam tahun lepas. Tapi hari ini ianya masih relevan. Google DNS tidak meningkatkan kelajuan wifi tetapi membantu anda melayari web dengan lebih pantas. Untuk menukar DNS pada router TM, masuk 192.168.1.1 > Service > DNS > Set DNS Manually > 8.8.8.8 dan 8.8.4.4.

Langkah 5 : Menukar kedudukan router

Router TM biasanya guna ‘internal antenna” jadi signal tidak kuat berbanding router yang ada 2 atau tiga tanduk, dan boleh menjadi bertambah lemah sekiranya banyak halangan. Letak router di kawasan utama dan terbuka dan elakkan dari meletak router di bilik paling hujung atau tempat tersorok. Percayalah, kalau signal tidak banyak halangan, wifi pun akan jadi kuat dan laju.

—————————————–

Secara teori anda akan merasakan perubahan yang agak drastik terutamanya bila streaming dan bermain online games. Router TM banyak limitasinya, seperti signal yang tidak kuat kerana antena terbina dalam, jumlah RAM yang rendah (tidak mampu menambung banyak peranti pada masa sama) dan tiada sokongan dual-band.

Saya merupakan pengguna modem dan router Asus yang menggunakan custom firmware. Kalau post ini dapat sambutan, mungkin saya boleh cerita sikit mengenai pengguna modem dan router Asus di dalam artikel akan datang.

Jangan lupa kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.


RELATED POSTS

141 thoughts on “Tips Lajukan Wifi Bagi Pengguna Router TM

  1. Kalau pakai modem wifi asus buat sama mcm ni jugak ke? Atau ada cara lain?

    1. Konsep sama je. Remove bottleneck dulu. Nantikan follow up tips untuk router asus

      1. Kenapa bila buat pasword terus tak boleh masuk?? Incorrect pasword jika masuk yg asal

        1. adakah router anda TM? password ini utk router TM sahaja

        2. Bro dah terkena macam kwn ni..

      2. Bro kalau gune model ni mcm mana ADSL-MARITIME-W3400V6

  2. Asus, pakai protection b/g protection. Then check channel2 sekeliling area. Pakai 3 channel jauh dari channel lain.

    1. Macam mana nak check channel sekeliling?

  3. Boleh recommend kan tak router asus yang power dan harga yang agak berpatutan?

    1. Yep, mohon recommend please

    2. Tunggu next entry ye bro.

      1. Bos, tolong percepatkan entry uk asus tu. Haha

  4. Sy cuba masukan password tp error la admin..

    1. Guna modem model mana tu bro?

      1. kalau modem ADSL-MARITIME-W3400V6 mcm mana ya ? suda test wat ni tapi password error.

    2. Bro buat camne pasword tak boleh masuk

    3. Ye bro jd error… modem innacomm

      1. saya pun wifi tk dpt akses…. semua jadi eror bila masuk password asal…macam mana ni bro?

  5. Guna router tm utk iptv astro..rasa2nya effecr tak ke astro connection?

    1. Kelajuan data transfer dari server ke router masih sama, cuma boleh improve speed router ke device. Mungkin latency kurang sikit

  6. unifi user here,
    yang mana satu lebih baik,
    1: WPA Mode : Auto (wpa or wpa 2 ) or Wpa only ?
    2. Cipher Type : AES or (Tkip and AES) ?

    1. just notice that mode N only does not support Wpa / TKIP ..
      kalau buat mode N jugak, laptop tak boleh connect wifi, tapi phone boleh.
      should I make n and g type ? or n g b type ?

      1. forget dulu yang dalam laptop ataupun delete save wifi

      2. Macam ni bro. security tu buat kepada WPA2 AES dulu. Jangan ambik AES/TKIP atau mana2 yang ada TKIP. Then baru buat kepada wireless N.

        Good luck.

    2. Sudah pasti WPA2-AES paling power. Sekian.

      Cuma satu je aku nak tanya admin. Adakah sama dengan Unifi punya line.

  7. Sy guna router asus juga..admin boleh whtsapp sy..mohon tunjuk ajar dri admin..0176034795

  8. Bole recommend router asus yg bagus utk unifi x?

  9. Dh ikut step by step..tp lps restarting line wifi hilang terus..mcmmna ni

    1. Kalau camtu, device Mrby mungkin tak support channel n. Cuba tukar semula channel n kepada b/g/n melalui pc/laptop yg menggunakan LAN kabel terus kepada router streamyx Mrby. Pastikan kabel dari router disambung pd port 1.

    2. PC, laptop atau phone model lama mungkin tak support wireless N saja. Kena revert balik ke b/g/n

  10. Router DLink. DSL2640B. Tk dp login.advise admin.

    1. Username n password : tmadmin

    2. dlink 2640b username n password sama tmuser

  11. Boleh tak kalau saya nak buat 3 kata laluan berbeza dalam 1 masa. Contohnya admin unlimited, anak2 lebih 17 tahun kata laluan berbeza sehingga jam 1 pagi dan anak2 bawah 17 limited sampai jam 10 malam je.

  12. Apesal dah forget pun still x boleh connect? Biar betul ni. Tolong

  13. Adoi menyesal buat. Takleh connect terus macam mana ni.

  14. Dah tukar setting ke WPA2.. connect gune PC xde masalah.. tpi bile nk connect balek ke hp xdpt.. mohon bantuan..

  15. Alamak langsung x bleh connect. Lampu wifi pun x nyala. Admin bagaimana nie

  16. delete dlu wifi conection yg lama..musti bleh masuk…xbleh juga masuk dri dlm..camne nk gtau yea..adoii

  17. Dah baca comment semua..x jadi la buat..byk masalah!..haha

    1. haah , bro

      aku pun sama , mcm menyusahkan jer ade la

  18. Kalau jenis modem ADSL-RIGER-DB120WL cmne nk log in..xbleh pn log in..

    1. try tmuser/tmuser or tmadmin/tmadmin

      1. saya pun pakai benda yang sama. tak boleh pun log in

        1. Modem riger
          Username:tmadmin
          Pass:[email protected]
          (X sila rujuk mac id sticker kt modem tu,ambik 4 angka last kt mac id tu)

  19. revert je balik pakai WEP.

  20. Saya mesti cuba tips ni…

  21. TM saja ke? yes ot P1 boleh ?

  22. Hi bro..

    saya dah cuba cara yang anda ajar tu..tapi makin slow pulak internet jadinya..dari 1000ms sebelum tukar terus jadi 6000ms lepas ikut yang anda tunjukkan..ada cara lain tak?

  23. Bro camna ngn model ADSL- MARITIME-W3400V6. login n password sama ke

    1. mungkin lain sikit. try

      tmadmin/tmadmin
      admin/admin
      admin/blank (tinggal kosong)
      admin/root

    2. tmuser/tmuser

  24. 192.168.1.1 bro web tu x leh bukak laa 🙁 dia kata 500 Internal Privoxy Error How ? help pls

    1. 192.168.0.1

      1. tak boleh connect wifi invalid pssword ..

      2. I really colnud’t ask for more from this article.

  25. Terima kasih… sangat sangat membantu bro. Dahlama cari entry untuk tukar security WEP tu

  26. Admin, tnkz for the tip. Mcmna nak create pword tuk wpa2 tu?

  27. Aduhhh..trus hanggg aku pnya wifi ni..xdpt connect plak..mcmna ni admin??..menyesal plak buat..

    1. setting yg mane 1 yg dah diubah?

  28. Admin…….macam mana pula utk router ADSL RIGER DB120WL…….macam tak sama….boleh share cara cara nya

    1. setting yg mane 1 yg dah diubah?

  29. admin kalo router DSL-2700E macam mana eh ? tolong beri tunjuk ajar

  30. Kepada bila pakai wifi N lagi slow daripada b/g/n?

  31. ada tips until Asus modem router? model DSL-N12U_C1.

  32. kalau settings wifi pakai WPA ni depa kata setengah2 HP x boleh connect betol ke??mintak pencerahan sikit…

  33. Saya menggunakan modem TP LINK, jd apa yg patut saya pilih untuk option “Authentication Type”? WPA-PSK , WPA2-PSK atau WPA-PSK/WPA2-PSK …

    lagi satu yang bahagian Encryption tu pilih AES kan?

    1. Gunakan WPA2-PSK

  34. kalo model DLINK camner nak login??

    1. id:tmadmin pass: tmadmin

  35. kalo menggunakan modem wifi innocom maritime w3400v6 (streamyx)..setting utk tukar signal wireless ke N mmg xde..so cmna yer?

    1. Boleh upload screenshot ke imgur.com dan paste link kat sini?

  36. Admin.

    Boleh minta username dan passwordZyXEL P-660HN-T1A ?

  37. ada cara nak bgi wifi slow saya selalu watch stream kalau pekerja datang diorang tgk youtube,upload, dan macam2 dah limitkan 1 mb pon masih kacau ayo ayo

  38. x jpa lh DNS, gna streamyx 8mbps… bla tkr kpd N, smua device xdpt connect.. kat authentication type tu dh tukar kpd WPA2-PSK, kat pre-shared keys tu nak letak apa??? password kerr??? kmdn utk yg WPA2-PSK encryption tu pilih AES??? WDS mode nak tukar kpd AES dpd TKIP???

    1. Bila tukar ke WPA2, set new password. Device2 lama kena forget then reconnect balik wifi guna password baru. Ambil WPA2 AES jangan ambil TKIP.

      Good luck.

      1. Boss, saya buat step 3 dulu sebab step 2 tak boleh. Bila pilih WPA2-AES tu dia kata invalid IP Address untuk radius server 0.0.0.0. Internet makin menjadi jadi lately ni. Mohon boss kasi tips 🙏🏼 Saya guna DSL-2640B

  39. Asus modem model apa yang admin pakai sekarang ni kata nak buat post yang akan datang? Saya bercadang nak beli ni. Model DSL-N12U.

  40. boss..kalau router model riger mcm ne? ADSL-RIGER-DB120WL. 🙂

  41. boss..kalau router model riger mcm ne? ADSL-RIGER-DB120WL. 🙂 🙂

  42. Bos . Ade email sy boleh contact ?

  43. salam, sy cuba tukar router td, dr yg asal kpd tplink tl-mr3420, sampai ke sudah x leh internet, ble pakai yg asal ok plak internet, ada pape setting ke nk kne buat?

  44. xpun sy cadangkan admin buat whatsapp group, sng cket nk bncg, ok x

  45. Boleh try weekend ni. Wifi slow mcm siput jer. Stress. Tq admin 👍

  46. Better x payah.. ada yg boleh dan ada yg tak.. lpas buat.. nak connect wifi x boleh, inccorect posword katanya.. lpas setting asal semula internet boleh connect tapi langsung x boleh nak layari pape.. loading je lpas tu eror.. lastly call tm mintak bntuan.. haha.. pdan muka aku..

  47. Router biasanya akan panas. Line akan terganggu apabila router overheat. Utk elak perkara ni dari berlaku, pasang laptop cooler fan kat bawah router tu. Kat router ada soket usb, jadi tiada masalah. Terbukti dapat maintain kecekapan router. cubalah!

    Tips jika cooler fan berbunyi.
    Cooler fan yg dipasang pasa router akan berjalan berjam-jam. Lama2 ia berbunyi kerana kering. Kalau biar motor akan rosak.

    – Pada bahagian atas motor kipas ada stiker bulat (Stiker brand). Tak perlu koyak stiker, cuma tekan2 tengahnya sampai dapat lekuk. Tebuk buat liang kat tengah stiker tu.

    anda akan jumpa lubang motor. Dengan lidi ke, cungkil gigi ke, picagari ke, apa2 la.. masukkan/sumbat gris (Grease) kdlm lubang tu. tuang sikit baby oil (jgn banyak!!) agar gris tu dapat flow.

    Ingat! Gris saja, bukan baby oil atau minyak mesin yg cair. Jika tiada gris, boleh guna tiger balm, vaselin, marjerin pun tak apa.

    Sesudah siap lap dan tutup kembali dgn pita pelekat. Siap!

  48. Macam mana kuat signal wifi modem dari tm?

  49. Dari bole main dota elok2, da ping 400ms….kah3…. naya… tp wifi laju sket la… =,=’

  50. Terima kasih admin. Sgt membantu. Sblm ni selalu buka modem page tu. Tp xpenah tau psl bottleneck.. Btw, ada terjumpa kt forum lowyatt ttg cara update framework modem.. Bleh try gak nnt

  51. bile nk buat entry psl asus nyer modem ?

  52. username tu yang mane? dan password yang mane? website die? saye tak paham sangat..sorry

  53. sy guna modem VDSL2-ZTE-H268.. boleh bantu utk default username & password x?.. unifi

  54. aku bukan orang bidang komputer ni. tapi aku amat memerlukan tunjuk ajar. tak berani buat senidir. takut salah buat pulak nanti. harap sesiapa yang boleh tunjuk ajar. tolong aku ye… 🙂

  55. Pada yang risau takut jadi apa2 tetapi masih nak cuba step di atas,
    sebelum tukar apa2 setting tu pastikan tulis atau klu lg bagus snap guna hp/camera atau print screen setting lama sebelum tukar setting baru.jadi klu ada apa2 problem tu klu nak setting lama boleh tukar semula…

    satu lagi pastikan butang/button restart dan reset tak salah tekan klu yg nak restart manually kt router seketul tu. klu bagus restart kt page sys configuration tadi.sebab bila reset configuration semua hilang termasuk yg lama.jadi kena setting semula.

    mcm admin page ni guna bila nak masuk configuration page tu user tmadmin dan password xxxxx dia…sesetengah pc mcm saya user tmadmin dan password pun tmadmin…ada tmuser dan password tmuser atau yg lain2..bergantung pada username yg disetkan oleh orang terawal setup modem tu atau TM(yg ni sy kurang pasti siapa yg setkan).

    setiap modem TM sy tak pasti ada perbezaan atau tak dari segi username/password ni sebab tak pasti siapa yg setkan…apa pun klu nk tahu lbh lanjut ttg modem masing2 blh rajin2 google..tapikan model modem anda.

  56. aku try wt kt router aku lg lembab jadinya..apahal?

  57. how did you make ur windows like that?

  58. untuk modem RIGER-DB120WL berkesan tak trick ni ?

    1. boleh cuba. guna point ni je yang paling penting.

      1. set wpa-2 personal
      2. encryption type AES
      3. preshared key : password wifi
      4. apply
      5. baru tukar wifi ke wireless N

      lain router lain sikit UI dan setting pages dia tapi idea masih sama

      1. Bro..law modem ADSL-MARITIME-W3400V6..cmner lak..time nk login password..

  59. ingat bukan semua moden router yang boleh gunakan wpa2 tu…jika ada masalah kecurian line gunakan password yg susah skit…
    bagi mereka yg guna modem standard adsl riger db 120 tu lebih baik jangan buat setting ni..sebab adakala tidak stabil…
    apa pun jika nak cuba juga tetapi ada masalah..reset balik modem router tu..dan setting semula..jika tak tahu tipun TM untuk bantuan..biasa setiap modem ada button reset setting ..

  60. Saya menugunakan Riger DB120WL.Cubanak tukar DNS.tak jumpa.

  61. salam. mcm mana dgn model ADSL RIGER-DB120WL. really need your help.. TM ckp sebab cable xboleh nk fix due to flood.

  62. salam boss , macam mna pass n username dgn model TP-LINK 300Mbps Wireless N ADSL2+Modem Router , mohon tunjuk ajr bro 🙂

    1. model TD-W8961ND , nk msuk MAC ID cam mne bro , dkat kotak ade model , S/N , P/N , huhu .. cm ne bro , huhu , thanks 🙂

  63. Perkongsian yang hebat boleh saya cuba nanti

  64. aztech ok ke dlink ok?cina kedai recomand aztech

    1. utk unifi..technician kata aztech xelok. utk streamyx..ok kot. tapi aku guna dlink utk unifi n streamyx ok. aku suka lg guna dlink..utk unifi, technician rekomenkan asus

  65. Asus RT-AC3200..kalau nak terbaik pakai model ni laa tapi harganya masyaallah..

  66. Setiap model modem xsama pasword nya…sila rujuk buku yg disediakan semasa beli modem…dan jngn lupa id streamyx anda…goog luck…

  67. Terima kasih banyak2 bro!! Sangat berguna.. terutama yang tukat Dns tu.. sbelum tukar, torrent aku dalam berbelas belas kB je. lepas tukar terus mencanak naik 500kB.. Terbaik!!

  68. Kalau moderm Riger macam mana ?

    1. sama je kan caranye?

  69. Not sure . Sebab writer buat utk inno , tp yang ni riger . Setting pun macam pening sikit 😊

  70. tak sama macam yang kat atas k?

  71. Saya baru tukar ke wpa2(aes) tuu. Pastu wifi refresh. And now takleh nak connect. Dia asyik keluar incorrect password. Pastu kepuar yg authenticating error. Cemana ni:(

  72. nak tanye kalau kita tukar modem lain dia akan ganggu ke tak password dgn id wifi ? sorry newbie tk thu sgt, tolong email saya [email protected]

    1. yess akan tukar.. lain router lain id wifi.. tapi id streamix sama je.. id wifi tu kita boleh tukar2 suka hati, tapi id streamix fix

  73. Tumpang tanya. kalau guna router model VDSL-Huawei-HG655m, sama ke caranya… sebab saya cuma masuk masuk 192.168.1.1 , tapi xlih log in.

  74. guna router apa pun sama ja cara masuk 192.168.1.1
    password ja berbeza

  75. bro masalah saya tak boleh connect wifi apa perlu dibuat? dulu boleh je sekarang tetiba takleh pulak. semua gadget yg saya forget ni semua tak boleh connect dah, just computer ja tak ‘forget’ lagi dan still boleh connect. boleh tolong tolonbg tak cara nak atasi masalah ni samapaui sekarang tak selesai lagi. nak log in tm router pun tak boleh :'(

  76. dekat mana dia punya firewall settings ye? xjumpe plak.. kalau router yg lama tu ada..

  77. Thanks bro !
    Ada sedikit peningkatan dari sebelum setting mcm bro ajar.
    thumb up

  78. Sy pakai streamxy 1mb, main youtube dapat 40kb je bacaan Internet, mcm mana nak lajukan ye

  79. klau [kai modem tplink cmne ek?

  80. kalau router adsl router lak camne?

  81. guna DNS,memang berkesan

  82. Salam … Tuan saya telah cuba tukar security setup…. dari WEP ke WPA2(AES) …tetapi selepas saya tukar ke WPA2(AES) tu terus WIFI saya tak boleh nak connect… dan bila saya setup ke asal WEP, wifi saya boleh connect semula . Kenapa ya,kat mana silap nya tu.. Terimakasih

  83. Klu modem w3410n tm punye sama gak ke step dio tuan

  84. Bro , setelah sy tukar security setup ke WPA2(AES) , sistem minta sy keyin 8 digit pre-share key , apa itu pre-share key ?

  85. hello, saya nak tanya, saya pakai unifi 30mbs , dengan router asal RG4332 INNATECH, baru ni tm tukar raouter pada DLINK DIR850L, test speed laju, tapi bila download transfer rate slow gile.., sebelum ni 1mb/s transfer rate, lepas tukar je 300kbs Ja, sbb router ke?

  86. Boleh buat entry tentang ;ajukan wifi router TP-Link?

    1. modem asal unifi main peranan besar tak kalau dah upgrade router brand lain, sebab sentiasa dropped signal kalo main game. layan video ok je. sy dah ubah tempat router biar berdekatan tapi agak jauh sedikit dr suis telepon. mungkin ke prob networkline atau modem eh?

  87. Hai abg admin, nk tnya klau saya tukar router tm ke router bru so sy kne buat account bru ke utk login ke streamyx connection setup tu? sorry newbie lgi huhu. Thanks 🙂

  88. Salam Admin…
    Kalau saya nak guna Set Android TV BOX, sekali ON kan phone wifi dan ON PC lan, adakah menjejaskan internet speed?? Sy punya 4 Mbps je.

Tinggalkan komen anda