Sebagai seorang pelajar (universiti), berikut adalah beberapa “command” yang biasa saya gunakan untuk mencari bahan-bahan yang berguna untuk tujuan pelajaran.
#1. Guna google sebagai kamus
Taip define:[perkataan] untuk mencari maksud sesetengah perkataan dengan menggunakan Google.
Contoh : taip define:action potential untuk mencari maksud bagi action potential. Action potential adalah terma saintifik dalam bidang biologi.
#2. Guna google untuk mencari nota-nota dalam format ppt (powerpoint) doc (word) dan pdf
Taip [tajuk nota] filetype: [ppt,word,pdf]
Contoh : taip bacteria structure filetype:ppt untuk mencari nota-nota mengenai bacteria structure dalam bentuk powerpoint presentation. Tukar ppt kepada doc atau pdf untuk mencari dalam format lain.
#3. Guna google untuk mencari nota-nota atau bahan interaktif dalam format swf (flash)
Bosan dan tidak faham membaca nota-nota yang penuh dengan tulisan? Cuba mencari bahan-bahan dalam bentuk flash yang penuh animasi dan interaktif.
Contoh : taip gram staining filetype:swf untuk mencari bahan animasi flash mengenai gram staining.
Jadikan proses pembelajaran lebih interaktif, belajar secara bijak ! Jangan lupa sebarkan tutorial ini kepada kawan-kawan atau pensyarah-pensyarah anda !!! 🙂
RELATED POSTS
English version here 🙂
http://ipsa-net.blogspot.com/2008/07/useful-internet-tips-for-students-and.html
salam…
nak tanya mcm mana nak setup outlook 2007 supaya menerima e-mail dari server yahoo, gmail etc sebab dah try buat dia keep on asking about username dan password
Thanks..
maa salamah
salam
Outlook apa barang?
Cuba try yahoo zimbra ataupun postbox/thunderbird lagi bagus n canggih, senang digunakan berbanding outlook
abg blogger, nk tanya skit, knp bila nk wat windows email x bleh create host ???
bengang giler aq, nk hntr msg kat awek aq x bleh plak……. :devil: :devil: :devil: