Posted on

Tips : 10 tweak Cydia yang harus dimiliki oleh pengguna iPhone dan iPad

airbluesharing

iOS tanpa jailbreak tidak lengkap kerana kekurangan banyak fungsi yang sepatutnya sudah ada secara default sejak awal lagi. Apple pula agak degil dan ego kerana enggan menambah fungsi yang sudah lama di-rekues oleh pengguna iOS. Konon iOS masih lagi the most advanced operating system…meh.

Jika anda pengguna peranti iOS seperti iPhone, iPad dan iPod Touch serta mahu menjadi power-user iOS…anda perlukan beberapa tweak berikut daripada Cydia.

cydia tweak

1. Airblue Sharing – Transfer gambar, video, mp3 menggunakan bluetooth kepada iPhone, iPad, serta telefon lain seperti Nokia, Samsung Android dan sebagainya.

2. Barrel – efek scrolling pada homescreen iOS

3. Bridge – import MP3 ke dalam iPod, ringtone, podcast

4. iFile – file manager ala My Computer untuk peranti iOS. Boleh akses root filesystem, edit, copy, paste segala jenis file. Sangat-sangat berguna.

5. Nitrous – engine “Nitro” untuk pelayar internet seperti Google Chrome dan aplikasi2 lain. Secara teori, selepas install Nitrous, melayari internet di iPhone dan iPad jauh lebih laju.

6. ProTube – aplikasi Youtube dengan fungsi download video SD, HD, HD 1080p serta download audio sebagai MP3. Anda boleh import video dan mp3 ke dalam player iOS menggunakan Bridge.

7. Pwntunes – membolehkan anda transfer gambar, video, mp3 ke dalam iPhone dan iPad tanpa perlu iTunes bila cucuk di komputer menggunakan kabel USB. Kiranya, iPhone dan iPad akan jadi macam pendrive…boleh cut, copy, paste, delete dengan mudah.

8. RetinaPad – gunakan aplikasi iPhone di iPad tanpa menjejaskan kualiti. Contohnya, Instagram bila pakai di iPad Mini mesti nampak grafik pecah-pecah. Dah gunakan retinapad baru cantik sikit.

BACA :  Sony Vaio Tab 20 – tablet 20 inci menggunakan Windows 8

9. Springtomize – customize hampir segala aspek UI dan functionalities di iOS – termasuk icons, notification center, lockscreen, status bar, dock, multitasking bar dan sebagainya. Kalau anda minat customize, mesti install Springtomize.

10. Zephyr – multitasking dengan mudah hanya dengan satu jari sahaja. Tak perlu lagi tekan butang Home dan tak perlu bimbang akan rosakkan butang Home. Sangat berguna untuk iPhone dan boleh juga dipakai untuk iPad.

Kesemua tweak di atas merupakan tweak berbayar dan sesetengahnya adalah mustahil untuk anda pirate. Biasanya pembayaran boleh dibuat melalui Paypal selepas anda membuat akaun Cydia.

Jika berminat mendapatkan tweak2 di atas secara sah, sila hubungi saya di email : [email protected]. Terhad kepada beberapa slot sahaja. Harga boleh nego.

Kalau anda beli tweak2 original daripada Cydia, ianya adalah untuk lifetime usage dan dapat free update.

Selamat mencuba! 🙂


RELATED POSTS

8 thoughts on “Tips : 10 tweak Cydia yang harus dimiliki oleh pengguna iPhone dan iPad

  1. Ada IntelliScreenX tak eins, kalau ada saya nak

  2. eins ni xperlu jail break kn?sorry baru lagi dlm ios ni..xberapa fhm

    1. Perlu jailbreak dulu sebab ini semua dari Cydia

    2. ios memang kena jailbreak baru lebih best dan bebas nak customize

  3. eins boleh tak buat tutorial nak jailbreak ipad ?

  4. ape yg best kalau jailbreak?

  5. zephyr and intelliscreenx boleh dapat free, just cari source yang betul 🙂

Tinggalkan komen anda