Posted on

Tiada lagi [LANUN] di JomPHP

no piracy

Salam kepada pembaca JomPHP sekalian!

Berikut adalah sedikit pemberitahuan kepada anda semua, bahawa segala aktivi berkaitan warez, crack, piracy, dan sebagainya di JomPHP akan ditapis dan dipadam selepas ini. Jadi, diharap pembaca semua dapat faham isu ini dan bekerjasama dengan kami bagi memastikan reputasi baik JomPHP tidak tercalar.

Seperti anda sedia maklum, niche penulisan blog JomPHP lebih tertumpu kepada topik tutorial komputer dan IT. Tujuan kami adalah untuk berkongsi segala ilmu dan pengetahuan kami dengan pembaca sekalian, agar dapat membantu anda semua menyelesaikan masalah, dan juga meningkatkan produktiviti kerja anda. Dan kalau boleh, kami ingin mempromosikan penggunaan perisian freeware, ringan, dan terbaik untuk anda semua. Jika anda ingin mencari WAREZ, JomPHP bukan tempat yang sesuai untuk anda.

Selepas ini; tiada lagi aktiviti seperti;

1 – Rekues crack di bahagian komen, dan shoutbox.

2 – Post links kepada crack tools di bahagian komen atau shoutbox.

3- Sharing segala bentuk hacking tools, scripts atau apa2 jenis malicious software.

4- Tiada lagi perbincangan mengenai cara activate windows, cara bypass wga, cara activate microsoft office dan sebagainya.

5- Sebarang patches mengenai pirated software dan games juga tidak dibenarkan.

Harap anda semua dapat terima keputusan kami ini. Keputusan ini dibuat kerana menghormati pandangan sesetengah pihak yang mahukan blog ini bebas daripada sebarang isu [lanun] dan isu hakcipta.

Sekian, terima kasih!                                                  

 

Nak WAREZ, boleh cari di sini. [hint: sila jangan tekan link ini :P]


RELATED POSTS

BACA :  Salam Media - Agensi Pengiklanan Internet Patuh Syariah

17 thoughts on “Tiada lagi [LANUN] di JomPHP

    1. Haha…dah deal ngan sesetengah pihak kena la buat post camnie 🙂

  1. Alaaaa…(kekecewaan pengguna perisian ‘lanun’) 😆

    Terkena aku selepas klik dengan pautan tu. Firefox aku menggila seketika. Hahaha… :tongue:

    Artikel ni mesti ada kaitan dengan masalah hosting tu kan?

    1. Well, memang berkait rapat dgn pihak hosting…
      hahaha dah bgtau jgn tekan link tuh…tekan gak…i’m soriiiii

      1. brw bukan sbb pihak hosting, datacenter suruh pihak hosting amik tindakan.

        1. Datacenter tu pihak mana lak? fivio email aku diorang bgtau x brapa jelas…cuma berkaitan ngan ada crack link je la

      2. naluri ingin tahu suruh aku klik… cis.. script yg cilakak.. x henti2…

        1. Dah bg hint jgn tekan…LOL

  2. em, kene cari tmpt laen r plak pas ni..ape kate ko buat satu post yang listkan beberapa web2 ‘lanun’ yang blh dipercayai..seng ckit nk rujuk nt kekeke

    1. Banyak tempat yang boleh dicari. Forum ada, blog ada. Gunakan Google sebaik mungkin. 4shared pun ada juga kadang-kadang.

  3. wow….
    link tu mmg best….!!!!!!!!

    1. I see…ramai yg klik pada link tu…ekekeke

  4. Guna domain dan hosting memang tak lari dari terma dan syarat yang ditetapkan. Itu yang kadang-kadang risau juga kalau-kalau termasuk perisian ‘lanun’, ‘biskut aka cra-ck’ atau ‘ubat batuk aka ha-ck’ dalam artikel ni. :pinch:

    Jadi, kalau buat pasal modding, flashing henset, psp macam mana? Kena tindakan tatatertib tak agaknya? :tongue:

  5. hey dude…
    yg post2 terlarang tuh..
    sume da remove ker??

    1. Sbenarnya kami x buat pos psl warez…cuma kdg2 dlm komen, shoutbox, etc selalu ada discussion psl warez

  6. lebihkan kepada open source gak eea…
    benda tu tak crack, haram dan sebagai nya..
    tapi enjoy it bile guna…hoho

    1. Thanks for the suggestion…
      ramai orang suka guna perisian open source

Tinggalkan komen anda