Posted on

Tiada lagi DotA AI Map daripada BuffMePlz

Ini merupakan berita yang sangat mengecewakan buat semua peminat dan komuniti DotA Allstar, kerana pencipta AI Map iaitu BuffMePlz telah mengumumkan yang beliau tidak akan lagi membangunkan AI Map untuk map dota yang terbaru.

Sebab BuffMePlz bersara daripada membangunkan dota ai map adalah kerana;

– beliau ada komitmen lain dan tidak ada masa melayan request daripada komuniti dota

– hilang kesungguhan setelah dua tahun bersusah payah

– berpendapat komuniti dota akan “mati” tak lama lagi, ramai pemain telah mula bermain alternatif seperti Heroes of Newerth (HoN) dan League of Legends (LoL). Lagipun Starcraft 2 bakal dilepaskan bulan depan.

– Icefrog (pembangun map dota bertahap legenda) bakal mengusahakan projek baru dengan Valve (kompeni Half Life).

Apa2pun, komuniti Dota harus mengucapkan jutaan terima kasih kepada BuffMePlz kerana sumbangan beliau dalam membangunkan AI Map semenjak 2 tahun lepas lagi. Selain Icefrog, boleh dikatakan BuffMePlz juga adalah individu penting yang mendorong kejayaan Dota AllStar yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Ramai orang yang menggunakan AI Map untuk berlatih skil hero, item-item, farming dan lain-lain.

Versi terakhir dota Ai Map daripada BuffMePlz setakat ini ialah Dota 6.66b AI 0.2141, dan boleh didownload di Getdota.

Update:

1. Harreke telah mengumumkan akan mengambil alih Dota AI Map daripada BuffMePlz dan akan mengeluarkan 6.67 AI Map dalam masa terdekat.

2. Dota 6.68 akan dilepaskan tidak lama lagi, dengan penambahan 2 atau 3 orang hero baru. Icefrog memang terbaik.


RELATED POSTS

BACA :  Apa yang menarik mengenai Google+ Games?

13 thoughts on “Tiada lagi DotA AI Map daripada BuffMePlz

  1. walaupun aku dh lama tinggal dota nie bro, tapi masih merasa kesedihanya. ehehehe..

    1. kenapa tinggalkan dota bro? dota curang dgn ko ke…hehehe

  2. dota salah satu game yang terbaik..boleh membuatkan orang ketagih..tapi nasib ada harreke create map ai pasni.. 😎
    .-= aizuddin´s last blog ..Logo Crocs Yang Menyerupai Kalimah Allah? =-.

    1. Pembetulan, dota adalah map dalam frozen throne yang terbaik…hehe…memang selalu layan dota ngan AI je, kalau nak best pun, LAN dengan rumet rumet sebelah…selamat tinggal DoTA…
      .-= rashid´s last blog ..(Kongsi) Wanita Itu Perlu Dimengerti-Part 2 =-.

      1. Dota adalah best hanya jika main secara ramai2…dengan geng2 sndiri lak tuh contohnya satu rumah tu smua pakat men dota…

        men sorang2 lawan ai cepat bosan sbb ai senang sgt nak menang…
        .-= EiNS´s last blog ..How to increase alexa rank, traffics and pageviews of your blogs =-.

  3. oitt..
    aku pengila DOTA..
    dorang da buat org ketagih selamber je lepas tgn..
    aku kalo sehari x men boleh masok mimpi oii..
    DOTA gak yg terbaek..

    1. Haha…sampai masuk mimpi ke bro…dahsyat gila tuh…
      .-= EiNS´s last blog ..How to increase alexa rank, traffics and pageviews of your blogs =-.

  4. wah..ten2 ramai yg sedih…walau pon ak pon lame dh x men dota…
    .-= ibnmasir´s last blog ..Lirik Atas Nama Cinta – UNIC Bhg. 2 =-.

  5. alamak…
    minx2 map dia lagi mudah la pasni..

    dota gamer!!!!arghhh..

  6. dah ada org ganti bufme le…x sabaq nak tggu ni…nama ntah Harreke kot atau GoD-Tony:)

    1. Harreke akan develop…god tony taknak terima lak
      .-= EiNS´s last blog ..Tomok jadi superhero dengan perisai robotik dalam Mantera =-.

  7. still lyan dota gak ngan budk2 bilik tp xmen kt garena sbb sbuk men game on9 len..hehe..apapon dota mmg sgt besh!! 🙂
    .-= arrizz´s last blog ..5 fakta tentang Afrika Selatan FIFA World Cup 2010 =-.

  8. Haha hari main dota…

Tinggalkan komen anda