Posted on

Temple Run : Oz Review (iOS, Android)

 

live writer

Sebagai peminat permainan endless runner seperti Temple Run, Subway Surfers, Jetpack Joyride dan sebagainya, saya hari ini mencuba pula siri terbaru Temple Run iaitu Temple Run : Oz.

Temple Run : Oz merupakan kolaborasi antara Imangi dengan Disney untuk mempromosikan filem terbaru Disney Oz The Great and Powerful.

Berikut merupakan review ringkas Temple Run Oz :

Temple Run Oz Review

temple run oz review

Graphic : Grafik Temple Run agak cantik, sama dengan grafik pada game Temple Run 2. Akan tetapi, persekitaran dalam Temple Run Oz lebih menarik bagi saya dari segi pemandangan hutan, awan, haiwan buas dan sebagainya.

Gameplay : Cara permainan masih sama…iaitu berlari, lompat, mengelak, menggelosor, membelok…cuma kali ini pemain boleh naik belon udara, sama seperti tema dalam filem Oz daripada Disney.

temple run oz

Pemain boleh memuat turun “Dark Forest” iaitu dimensi lain yang boleh anda masuk selepas mencapai sesuatu tahap.

Berbanding dimensi asal iaitu di dalam hutan, dimensi Dark Forest lebih gelap dan memberi mood yang berlainan kepada pemain.

Selepas sejam dua bermain, bagi saya Temple Run Oz merupakan permainan yang agak ringkas tetapi cepat ketagih sama seperti Temple Run sebelumnya. Penambahan dimensi lain seperti Dark Forest dan juga kebolehan mengawal belon udara panas juga bakal memuaskan hati pemain.

Download Temple Run Oz iOS | Temple Run Oz Android


RELATED POSTS

BACA :  PES2009 games reviu

Tinggalkan komen anda