Posted on

Cara memasang featured post widget pada blog WordPress anda

Bila blog anda telah berkembang maju dan mempunyai banyak artikel, artikel hebat anda yang lama akan tenggelam dan kurang mendapat perhatian pembaca. Seperti kata pepatah “Old but gold”, artikel tersebut walaupun sudah lama perlulah di exposekan kepada pembaca kerana masih mempunyai banyak nilai kepada anda dan juga pembaca.

wid1

Banyak WordPress plugin yang memberikan anda widget untuk memaparkan featured post, tetapi kriteria featured yang digunakan oleh kebanyakkan plugin tersebut  tidak membenarkan anda memilih betul betul artikel yang anda mahukan, sebaliknya berdasarkan jumlah view, jumlah komen atau artikel paling baru.

Setelah mencuba beberapa plugin, kami telah menjumpai plugin ini yang memenuhi kehendak kami untuk memaparkan featured post pada sidebar.

Continue reading Cara memasang featured post widget pada blog WordPress anda

Posted on

Cara pantas menukar post kategori dalam WordPress

Sebelum ini blog JomPHP mempunyai sangat banyak kategori post sehingga menjadi kurang kemas dan tidak teratur. Sempena beralih ke tema baru yang lebih cantik, kami mengambil keputusan untuk memadam dan menyusun kembali beberapa kategori sedia ada.

kategori1

Cabaran yang kami hadapi ialah bagaimana dengan post yang menggunakan kategori yang akan dipadam? Secara defaultnya wordpress akan meletakkan post yang menggunakan kategori yang telah dipadam ke dalam kategori Uncategorized. Anda tentu akan menukar kategori post tersebut kepada kategori baru, kerana kategori Uncategorized sangat tidak sedap dipandang. Tetapi jika anda mempunyai banyak post, proses ini akan memakan banyak masa.

Posted on

Tutorial menggunakan Windows Live Writer untuk menulis artikel blog

Sepanjang saya menjadi seorang blogger, hampir 95% artikel adalah ditulis menggunakan Windows Live Writer. Windows Live Writer merupakan perisian percuma dari Microsoft yang sangat berguna untuk menulis artikel blog anda. Dengan menggunakan WLW, anda dapat menulis dengan mudah, cepat dan kemas.

 

wlw0

 

Masih baru dengan WLW? Tutorial kali ini akan menunjukkan bagaimana menggunakan WLW untuk menulis artikel blog anda.

Posted on

Cara senang upload plugin,theme dan file untuk wordpress

up5

Jika anda baru menggunakan wordpress,kebiasaannya kita akan menggunakan cpanel/direct admin/ftp untuk upload plugin atau theme.Proses ini agak rumit dan memakan masa.Dengan pelancaran WordPress 2.7,kelemahan ini telah dapat diatasi dengan fungsi Install A Theme dan Add New Plugin.

Jika anda masih menggunakan WordPress versi sebelumya, jangan risau kerana terdapat satu plugin yang dapat mengatasi masalah ini.Malah saya juga lebih suka menggunakan plugin ini berbanding fungsi terbina dalam WordPress 2.7

Continue reading Cara senang upload plugin,theme dan file untuk wordpress

Posted on

Apa itu Gravatar?

Apa itu Gravatar?Gravatar ialah gambar anda yang muncul selepas anda meninggalkan komen pada blog/website yang support Gravatar.

Saya perasan masih ramai pembaca blog ini yang masih tidak mempunyai Gravatar.Untuk lebih kefahaman, saya sediakan contoh dibawah.

Tanpa Gravatar:

grav1

Dengan Gravatar:

grav2 

Kan menarik tu guna Gravatar.Kalau anda mahu menggunakan Gravatar, hanya pergi ke Gravatar.com dan daftar akaun percuma anda.Dan bila setiap kali anda nak komen, gunakan emel yang anda daftar di website Gravatar tadi.

Selamat mencuba 😉