Posted on

Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP

image

Visual style digunakan untuk menukar tema asal windows anda kepada yang lebih unik, menarik dan cantik. Desktop saya kini menggunakan visual style Qs Counter Element 7, cuba lihat perbezaan pada start menu orb, transparency pada start menu dan skema warna hitam yang digunakan.

Terdapat bermacam2 jenis visual style yang anda boleh jumpa di internet, dan hampir kesemuanya boleh di-download secara percuma. Saya kerap kali menukar visual style, seminggu sekali atau 2,3 hari sekali saya akan cuba guna visual style lain pula. Mungkin hari ini saya guna tema warna hitam minggu depan tukar kepada warna biru atau hijau pula.

Ramai orang berminat menggunakan visual style, tetapi sayangnya mereka tidak tahu caranya. Sebelum ini ramai juga orang bertanyakan saya mengenai visual style cuma saya belum menjawab lagi pertanyaan mereka dengan terperinci. Tutorial ini akan mengajar bagaimana mahu menggunakan visual style di windows 7, vista dan XP.

Continue reading Tutorial menggunakan visual style di windows 7, Vista dan XP

Posted on

Download Windows 7 Visual Style

Windows 7 visual style

Windows 7 adalah windows yang mempunyai antaramuka yang paling cantik, baik dari segi theme, desktop, explorer dan sebagainya. Jika anda menggunakan windows 7, anda pasti tahu bahawa untuk mengubah theme semudah satu click sahaja, dan anda boleh menukar color scheme, transparencies, sound dan wallpaper sesuka hati anda. Sangat mudah dan bernas.

Visual style (VS) pula ialah custom theme yang direka oleh para gui modder. Ia membolehkan antaramuka windows anda bertukar lain dari yang asal seperti penukaran gui taskbar, startmenu, explorer, shutdown dialog, transparencies dll. Jika anda biasa dengan windows xp dan vista, tentu dah biasa menggunakan VS seperti menukarkan antaramuka windows kepada antaramuka lain, contohnya dari antaramuka vista kepada antaramuka Mac OS X Leopard.

Windows 7 masih baru dan sukar untuk mencari VS khusus untuknya. Di sini saya akan berkongsi beberapa visual style untuk windows 7 yang saya jumpa dan ianya boleh digunakan untuk mencantikkan lagi rupa windows 7 anda.

Continue reading Download Windows 7 Visual Style

Posted on

SevenVG, tema windows 7 untuk XP

windows 7 xpWindows 7 mempunyai antaramuka yang tenang dan cantik. Lagi cantik dari windows xp dan vista (pendapat saya). Jika anda masih lagi setia menggunakan windows xp, anda boleh download dan cuba tema SevenVG ini, dimana ianya akan mengubah antaramuka asal windows xp kepada antaramuka seakan2 windows seven.

Continue reading SevenVG, tema windows 7 untuk XP

Posted on

Tema Windows 7 untuk windows xp dan vista

EiNS is listening to: Yuna – Cinta Sempurna.mp3

windows 7 pdc theme for xp

Setelah membaca reviu2 yang kebanyakannya positif tentang windows 7, tidak sabar rasanya hendak menunggu pelancaran OS baru M$ yang kemungkinan akan dilancarkan pada hujung tahun depan. Anda boleh baca tentang windows 7 di post sebelum ini. LINK

Jika anda berminat dengan antaramuka dan desktop baru dalam windows 7, anda boleh mencuba tema2 berikut yang dapat menjadikan windows xp dan windows vista anda kelihatan seakan-akan windows 7.

Continue reading Tema Windows 7 untuk windows xp dan vista

Posted on

Jom tengok UI Windows 7

EiNS is listening to: Hujan – Sedih

windows-7-logo

Windows 7 adalah sistem pengoperasi / operating system (OS) Microsoft yang seterusnya  selepas Windows Vista dilancarkan pada akhir tahun 2006. OS ini masih lagi dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan dilancarkan setelah mencapai tahap kualiti yang membanggakan. Ramai juga menyebut yang ianya akan dilancarkan pada tahun 2010 atau 2011 nanti.

Beberapa screenshots mengenai UI Windows 7 telah tersebar di internet. Jom tengok 😀

Continue reading Jom tengok UI Windows 7