Posted on

Gadget Facebook,Twitter dan Blogger untuk Windows 7

twitter facebook gadget windows 7

Windows 7 membenarkan anda memasang gadget di desktop. Gadget2 ini berupaya untuk berfungsi seperti kebanyakan aplikasi desktop lain cuma yang bezanya fungsi ia sangat terhad kerana gadget biasanya bersaiz kecil.

Terdapat juga gadget2 untuk facebook dan twitter, memudahkan anda untuk melihat update stream dan mengemaskini status tanpa perlu membuka browser. Jika anda tidak mahu install client yang besar seperti Sobees, Tweetdeck dll, anda pasti sukakan gadget ini kerana ia sangat ringan, serta rekaan yang menarik dan paling penting mudah digunakan.

Continue reading Gadget Facebook,Twitter dan Blogger untuk Windows 7

Posted on

Windows 7 dan tips penggunaannya!

image

Pastikan anda telah membaca entri Ulasan mengenai Windows 7 RC dan Windows 7 RTM build 7600 terlebih dahulu ya!

Sana sini, merata web orang sedang bercerita mengenai Windows 7 dan kecanggihannya. Kami pula, sudah hampir setengah tahun menggunakan dan merasai sendiri nikmat dan keseronokan menggunakan OS terbaru dari M$ ini sejak Windows 7 RC dilancarkan kepada publik. Kini, Windows 7 telah pun dilancarkan secara rasmi pada 22 Oktober 2009 dan ramai pengguna OS Windows seluruh dunia sudahpun menunjukkan minat terhadap OS terbaru ini.

Sebagai menunjukkan sokongan terhadap Windows 7 ini, kami ingin berkongsi beberapa tips dan info penggunaan Windows 7 ini dengan anda semua agar anda semua dapat menggunakan windows 7 ini sebaik dan semaksima mungkin.

Continue reading Windows 7 dan tips penggunaannya!

Posted on

Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2)

windows 7 retail box

Microsoft telah mengumumkan bahawa sistem operasi Microsoft Windows 7 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2009. Lebih kurang 4 bulan lebih lagi sebelum tarikh pelancaran.

Sebelum ini saya telah menulis artikel Ulasan mengenai windows 7 rc yang mendapat maklum balas yang menakjubkan dari pembaca JomPHP semua. Nampaknya, ramai orang yang begitu teruja sekali tentang sistem operasi terbaru dari Microsoft. Nantikan tips2, tutorial dan artikel2 mengenai Windows 7 dari kami di JomPHP selepas ia dilancarkan nanti ya.

Oh ya, bagi pengguna Vista, anda digalakkan update windows anda kepada Vista Service Pack 2 (vista sp2).

Continue reading Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2)

Posted on

Ulasan mengenai Windows 7 RC

windows seven

Windows 7 RC telah dilancarkan kepada public pada Isnin lepas, dan saya pula dengan segera  mendownload ISO installer windows 7 dari server microsoft. Memang dah lama saya tunggu microsoft release versi RC kerana saya tidak berminat mencuba versi beta sebelumnya. Download server sangat laju, nama pun server microsoft. Cool

Saya tidak terus install ke dalam hard disk, tetapi mencubanya menggunakan perisian Virtualbox terlebih dahulu. Spesifikasi laptop saya tidaklah “power” sangat jadi performance windows 7 yang sebenar tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh saya.

Semalam, saya nekad untuk mencuba windows 7 dengan menginstallnya kedalam hard disk laptop saya.  Proses installation berjalan dengan senang dan cepat, lebih kurang 15 minit sahaja. Saya buat dual boot, sekarang laptop saya ada dua OS iaitu seven dan xp. Tiada vista. Haha. Setelah berexperimentasi, ternyata performance Windows 7 RC sangat2 memuaskan. Love Struck

Continue reading Ulasan mengenai Windows 7 RC

Posted on

SevenVG, tema windows 7 untuk XP

windows 7 xpWindows 7 mempunyai antaramuka yang tenang dan cantik. Lagi cantik dari windows xp dan vista (pendapat saya). Jika anda masih lagi setia menggunakan windows xp, anda boleh download dan cuba tema SevenVG ini, dimana ianya akan mengubah antaramuka asal windows xp kepada antaramuka seakan2 windows seven.

Continue reading SevenVG, tema windows 7 untuk XP

Posted on

Tema Windows 7 untuk windows xp dan vista

EiNS is listening to: Yuna – Cinta Sempurna.mp3

windows 7 pdc theme for xp

Setelah membaca reviu2 yang kebanyakannya positif tentang windows 7, tidak sabar rasanya hendak menunggu pelancaran OS baru M$ yang kemungkinan akan dilancarkan pada hujung tahun depan. Anda boleh baca tentang windows 7 di post sebelum ini. LINK

Jika anda berminat dengan antaramuka dan desktop baru dalam windows 7, anda boleh mencuba tema2 berikut yang dapat menjadikan windows xp dan windows vista anda kelihatan seakan-akan windows 7.

Continue reading Tema Windows 7 untuk windows xp dan vista

Posted on

Jom tengok UI Windows 7

EiNS is listening to: Hujan – Sedih

windows-7-logo

Windows 7 adalah sistem pengoperasi / operating system (OS) Microsoft yang seterusnya  selepas Windows Vista dilancarkan pada akhir tahun 2006. OS ini masih lagi dalam peringkat pembangunan dan dijangka akan dilancarkan setelah mencapai tahap kualiti yang membanggakan. Ramai juga menyebut yang ianya akan dilancarkan pada tahun 2010 atau 2011 nanti.

Beberapa screenshots mengenai UI Windows 7 telah tersebar di internet. Jom tengok 😀

Continue reading Jom tengok UI Windows 7