Posted on

Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil

windows-10-10586-threshold2

windows-10-10586-threshold2

Microsoft dijangka akan melancarkan kemaskini yang agak besar bagi Windows 10 yang diberi kod nama “Threshold 2” (TH2). TH2 akan membawakan pelbagai peningkatan dari segi fungsi sedia selain penambahan beberapa fungsi baru, dan TH2 juga membaiki pelbagai bugs dan crashes yang terdapat dalam versi Windows 10 sebelumnya. Khabar angin mengatakan pelancaran TH2 adalah pada 10 November 2015 tetapi ianya belum lagi disahkan sehingga kini.

Jika anda merupakan insider bagi Windows 10, anda kini boleh memuat turun kemaskini TH2 yang juga dikenali sebagai Build 10586 menggunakan Windows Update. Saya sendiri telah membuat kemaskini Build 10586 pada komputer saya dan segalanya berjalan lancar.

Continue reading Windows 10 Threshold 2 (Build 10586) Lebih Laju dan Stabil