Posted on

Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu

ubuntu

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai apa itu ubuntu, cara install ubuntu, cara guna ubuntu dan apakah kelebihan menggunakan ubuntu dsb. Untuk bahagian pengenalan ini, saya akan ceritakan mengenai Ubuntu secara umum dulu bagi membantu pembaca semua memahami apakah sebenarnya sistem operasi ini.

Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka (Open Source) berasaskan Linux yang popular (linux distribution atau distro). Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop, netbook dan juga mac.

Pendek kata, fungsi Ubuntu adalah sama dengan Windows XP, Vista dan 7 cuma berbeza pendekatan dan cara penggunaanya.

Continue reading Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu

Posted on

Perang epik antara komputer tablet bakal bermula

Jika anda ada mengikuti berita perkembangan dunia teknologi, anda pasti tahu mengenai bahawa pada tahun 2010 banyak pengeluar komputer akan bersaing memasarkan produk komputer tablet masing2. Antara nama2 besar yang terlibat dalam “perang komputer tablet” ini ialah Apple, Microsoft, HP, Google, Intel, Nokia dan beberapa syarikat lain.

Setakat ini, komputer tablet yang berjaya mencuri perhatian ramai ialah Apple Ipad. Disebabkan kejayaan Ipod Touch dan Iphone, ramai peminat Apple memberi harapan tinggi kepada produk terbaru dari syarikat Apple ini.

Continue reading Perang epik antara komputer tablet bakal bermula