Posted on

Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999

surface pro 4 malaysia

Pada 6 Oktober 2015 lepas, Microsoft telah melancarkan beberapa peranti generasi baru; antara Surface Pro 4 dan Surface Book. Kini, peminat Surface Pro 4 (SP4) tidak perlu menunggu lama untuk memiliki tablet + laptop hybrid generasi baru ini kerana Microsoft Malaysia kini telah membuka pra-tempahan pelbagai model SP4. Tarikh SP4 mula dijual di Malaysia dianggarkan pada 19 November 2015.

Surface Pro 4, sekali pandang tiada banyak perubahan berbanding model lama iaitu Surface Pro 3 tetapi Microsoft telah mempertingkatkan lagi keupayaan processor, ketahanan bateri, saiz skrin yang sedikit lebih besar dan juga skrin resolusi tinggi. Aksesori seperti Surface Pen (stylus) dan Type Keyboard juga telah dipertingkatkan dari segi fungsi kepada lebih baik untuk tujuan produktiviti.

Continue reading Microsoft Surface Pro 4 di Malaysia – Harga Bermula RM3999