Posted on

Smartphone blog – next project daripada JomPHP?

samsung omnia 7

Dah lama kami di JomPHP pendamkan niat nak buat satu lagi blog, kali ini bukan mengenai komputer tetapi menfokuskan kepada smartphone.

Dulu saya banyak tulis tips dan tutorial hacking/modding Nokia 5800 di blog Eins Lobby. Kat JomPHP pula banyak artikel mengenai Maxis10 iPhone 4. Lepas ini rasa-rasa nak tulis mengenai Android, MeeGo, Symbian, Windows Phone 7 dll serta artikel mengenai aplikasi, games, menarik dan berguna untuk semua.

Sebabnya, niche JomPHP adalah mengenai komputer, internet dan web development dan kalau boleh ada satu blog khusus untuk smartphone pula. Ramai orang Malaysia yang sudah mula pakai smartphone sekarang tetapi ramai juga yang belum tahu cara menggunakan smartphone tersebut dengan semaksimum mungkin. Jadi kami berharap tutorial kami dapat membantu mereka supaya belajar lebih banyak benda baru.

Belum diputuskan lagi bahawa bila blog baru ini akan dilancarkan dan belum 100% lagi confirm blog baru ini akan ditubuhkan sebab banyak benda nak kena consider dulu, terutamanya domain dan hosting.

Oh ya, mengenai Maxis10, belum diketahui lagi macam mana penilaian mereka terhadap artikel yang saya tulis untuk Maxis10 iPhone 4.  Harap-harap la mereka suka, sebab saya dah cuba tulis yang terbaik dan mudah orang faham.