Posted on

Ulasan mengenai Windows 7 RC

windows seven

Windows 7 RC telah dilancarkan kepada public pada Isnin lepas, dan saya pula dengan segera  mendownload ISO installer windows 7 dari server microsoft. Memang dah lama saya tunggu microsoft release versi RC kerana saya tidak berminat mencuba versi beta sebelumnya. Download server sangat laju, nama pun server microsoft. Cool

Saya tidak terus install ke dalam hard disk, tetapi mencubanya menggunakan perisian Virtualbox terlebih dahulu. Spesifikasi laptop saya tidaklah “power” sangat jadi performance windows 7 yang sebenar tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh saya.

Semalam, saya nekad untuk mencuba windows 7 dengan menginstallnya kedalam hard disk laptop saya.  Proses installation berjalan dengan senang dan cepat, lebih kurang 15 minit sahaja. Saya buat dual boot, sekarang laptop saya ada dua OS iaitu seven dan xp. Tiada vista. Haha. Setelah berexperimentasi, ternyata performance Windows 7 RC sangat2 memuaskan. Love Struck

Continue reading Ulasan mengenai Windows 7 RC