Posted on

Berita Teknologi Semasa (BTS) #2

apple-tribute-steve-jobs

Apple membuat video tribute kepada Steve Jobs setelah genap setahun pemergian tokoh revolusi teknologi mudah alih ini. Terima kasih Steve. – Apple

Microsoft akan mengemas kini aplikasi terbina dalam Windows 8 seperti People, Mail, Messaging, Games dan banyak lagi sebelum pelancaran rasmi Windows 8 pada 26 Oktober 2012. – MSDN Blog

Jolla, ex-developer bagi sistem operasi MeeGo yang digunakan pada Nokia N9 akan mengumumkan sistem operasi terbaru Sailfish OS pada minggu ketiga November. – TechCrunch

Spesifikasi terbaru BlackBerry 10 smartphone telah terbocor dan jika ianya benar, maka BlackBerry terbaru akan menggunakan Quad-core A15 processor, 2GB RAM dan battery sebesar 2800mAH. – RapidBerry

Facebook telah mencapai 1 Billion pengguna. Mark Zuckerberg terlampau gembira dan siap buat video lagi. Lihat video tersebut di bawah.

Continue reading Berita Teknologi Semasa (BTS) #2