Posted on

Jom mencuba Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terbaru

firefox vs chrome

Di dalam komputer saya, hanya dua browser sahaja yang kekal; iaitu Mozilla Firefox dan Google Chrome. Saya gunakan Chrome untuk pelayaran internet kerana Chrome sangat laju, manakala Firefox pula untuk tujuan pembangunan web dan blog serta untuk tujuan mendownload.

Berbanding menggunakan versi stabil, saya lebih memilih untuk menggunakan versi terkini, yang paling updated, biarpun ianya masih dalam fasa alpha, beta dan release candidate. Antara sebab mengapa saya suka mencuba versi paling terbaru adalah kerana versi baru biasanya mempunyai peningkatan dari segi performance, serta penambahan fungsi baru dan antaramuka baru.

Kini, saya menggunakan Firefox (Minefield) 4.0b3 dan juga Chrome dev channel 6.0.472.14. Walaupun belum betul2 stabil, tapi boleh dikatakan saya amat berpuas hati dengan performance kedua-dua browser ini, jauh lebih menarik berbanding menggunakan versi stabil.

Continue reading Jom mencuba Mozilla Firefox dan Google Chrome versi terbaru