Posted on

Orbit Downloader – Download Social Media (Part 1)


Kali ini saya akan memperkenalkan salah satu software kegemaran saya iaitu Orbit Downloader. Orbit Downloader adalah revolusi kepada download manager/accelerator konvensional yang bertujuan untuk mempercepatkan dan meningkatkan kelajuan download dengan beberapa fungsi canggih seperti kebolehan untuk mendownload social media.

Kelebihan Orbit Downloader:

1) Meningkatkan kelajuan download ke tahap maksimum
2) Download social video dan muzik dari website Youtube, Imeem, Myspace dll
3) Download streaming audio/video/flash dll
4) Compatible dengan pelayar web terkini; Firefox 3, Internet Explorer 7, Opera 9.5
5) Download dari file hosting site seperti rapidshare, megaupload, sendspace dll dengan lebih pantas

Baca selanjutnya mengenai fungsi Orbit Downloader di sini : Orbit Features.

Download Orbit Downloader. Jika anda menggunakan Firefox, saya cadangkan anda menginstall juga add-on Flashgot.

Untuk bahagian pertama, saya akan memperkenalkan tips-tips untuk menggunakan dan configure setting Orbit Downloader untuk mengoptimumkan kelajuan download. Tips ini dibuat berdasarkan pengalaman saya sendiri dan tidak dirujuk dimana-mana laman. Oleh itu sekiranya ada kesilapan atau percanggahan sila komen ya!

Berikut adalah beberapa tips untuk configure Orbit Downloader.

Tekan Tools > Preferences > Accelerate. Check semua boxes (rujuk gambar)


Dalam tools > preferences > others > Hack tcpip.sys : Saya cadangkan value 256 ke atas. Cth saya gunakan 512. Sila rujuk gambar.


Di dalam tools > preferences > Download/Connection > anda juga boleh set connection to original url kepada 10 (default 8).

Saya berharap panduan ini dapat membantu anda untuk mendownload dengan kelajuan maksimum. Berikut adalah screenshot kelajuan Orbit Downloader apabila mendownload file dari site Megaupload dengan line streamyx 1Mbps.


Bersambung di bahagian 2. Panduan download video youtube dan audio dari imeem dengan menggunakan orbit downloader.

Posted on

RocketDock : Jadikan shortcut dekstop anda kemas dan canggih!


Mahukan cara yang lebih baik, kemas serta menarik untuk menyusun atau menangani shortcut2 di desktop anda? Pernahkah pembaca melihat shortcut dock seperti dalam gambar di atas pada dekstop kawan-kawan? Teringin untuk mencubanya? Sila ikuti artikel ini 😉

Perisian ini dikenali dengan nama RocketDock. Merupakan perisian short cut dock yang paling ringan, senang digunakan dan yang penting ianya percuma!

Bagi yang pernah menggunakan ObjectDock, perisian ini merupakan alternatif yang bagus kerana ObjectDock merupakan perisian berbayar 🙂

Video preview :

Antara features yang dinyatakan dalam site rasmi RocketDock :

  • Minimize windows to the dock
  • Real-time window previews in Vista
  • Running application indicators
  • Simple drag-n-drop interface
  • Multi-monitor support
  • Supports alpha-blended PNG and ICO icons
  • Icons zoom and transition smoothly
  • Auto-hide and Popup on mouse over
  • Jika anda berminat untuk mencuba perisian ini,silalah download dari laman web rasmi RocketDock iaitu :

    http://rocketdock.com/

    Dapatkan juga addon RocketDock disini :

    http://rocketdock.com/addons/

    Selamat menghias dekstop anda 😉

    Komen penulis : Perisian shortcut dock paling bagus pernah digunakan! Sangat digalakkan bagi mengemaskan shortcut disamping mencantikkan desktop anda 🙂