Posted on

Cara copy code programming ke dalam Microsoft Word

Saya perlu meletakkan code php dalam laporan assignment web programming. Bila saya pastekan code saya ke dalam Microsoft Word, code saya tidak kelihatan cantik seperti dalam text editor yang saya gunakan. Bagi mengatasi masalah ini, saya gunakan Notepad++.

Langkah:

1. Open code tersebut dengan Notepad++.

2. Pilih menu seperti gambar di bawah.

notepad

3. Buka Microsoft Word dan paste.

4. Hasilnya

wordcode

Selamat mencuba 😉

Posted on

Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2)

windows 7 retail box

Microsoft telah mengumumkan bahawa sistem operasi Microsoft Windows 7 akan dilancarkan pada 22 Oktober 2009. Lebih kurang 4 bulan lebih lagi sebelum tarikh pelancaran.

Sebelum ini saya telah menulis artikel Ulasan mengenai windows 7 rc yang mendapat maklum balas yang menakjubkan dari pembaca JomPHP semua. Nampaknya, ramai orang yang begitu teruja sekali tentang sistem operasi terbaru dari Microsoft. Nantikan tips2, tutorial dan artikel2 mengenai Windows 7 dari kami di JomPHP selepas ia dilancarkan nanti ya.

Oh ya, bagi pengguna Vista, anda digalakkan update windows anda kepada Vista Service Pack 2 (vista sp2).

Continue reading Tarikh pelancaran Windows 7 final dan download Vista Service Pack 2 (SP2)

Posted on

Ulasan mengenai Windows 7 RC

windows seven

Windows 7 RC telah dilancarkan kepada public pada Isnin lepas, dan saya pula dengan segera  mendownload ISO installer windows 7 dari server microsoft. Memang dah lama saya tunggu microsoft release versi RC kerana saya tidak berminat mencuba versi beta sebelumnya. Download server sangat laju, nama pun server microsoft. Cool

Saya tidak terus install ke dalam hard disk, tetapi mencubanya menggunakan perisian Virtualbox terlebih dahulu. Spesifikasi laptop saya tidaklah “power” sangat jadi performance windows 7 yang sebenar tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh saya.

Semalam, saya nekad untuk mencuba windows 7 dengan menginstallnya kedalam hard disk laptop saya.  Proses installation berjalan dengan senang dan cepat, lebih kurang 15 minit sahaja. Saya buat dual boot, sekarang laptop saya ada dua OS iaitu seven dan xp. Tiada vista. Haha. Setelah berexperimentasi, ternyata performance Windows 7 RC sangat2 memuaskan. Love Struck

Continue reading Ulasan mengenai Windows 7 RC