Posted on

Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu

ubuntu

Ramai yang bertanya kepada saya mengenai apa itu ubuntu, cara install ubuntu, cara guna ubuntu dan apakah kelebihan menggunakan ubuntu dsb. Untuk bahagian pengenalan ini, saya akan ceritakan mengenai Ubuntu secara umum dulu bagi membantu pembaca semua memahami apakah sebenarnya sistem operasi ini.

Ubuntu ialah sistem operasi sumber terbuka (Open Source) berasaskan Linux yang popular (linux distribution atau distro). Ianya adalah percuma untuk digunakan, tak perlu beli lesen seperti Windows dan boleh digunakan pada desktop, laptop, netbook dan juga mac.

Pendek kata, fungsi Ubuntu adalah sama dengan Windows XP, Vista dan 7 cuma berbeza pendekatan dan cara penggunaanya.

Continue reading Pengenalan kepada Sistem Operasi Ubuntu

Posted on

Windows 7 Starter – sistem operasi yang ringan dan laju untuk netbook, laptop serta desktop

windows 7 starter

Windows 7 terdapat dalam banyak versi antaranya Ultimate, Professional, Enteprise, Home dll (rujuk entri ini untuk harga). Windows 7 Starter pula merupakan versi yang dikeluarkan khas untuk netbook kerana netbook mempunyai spesifikasi yang lebih rendah berbanding laptop dan komputer.

Beberapa bulan lepas saya mencuba untuk install Windows 7 Starter ke dalam laptop saya (intel core 2 duo 1.80GHZ, 2GB RAM, GMA X3100) sekadar untuk eksperimen. Namun, saya tertarik untuk menggunakannya sebagai os sepenuh masa di laptop saya kerana berpuas hati dengan kelajuan startup, sangat responsive dan ringan. Peningkatan yang agak ketara berbanding ketika saya menggunakan Windows 7 Ultimate di laptop ini dulu.

Jika komputer anda agak perlahan dari segi processor dan ram, saya cadangkan anda cuba install windows 7 starter ini. Gerenti berdesup punya laju.

Continue reading Windows 7 Starter – sistem operasi yang ringan dan laju untuk netbook, laptop serta desktop

Posted on

Senarai blog komputer dan IT berbahasa melayu yang patut anda tahu

bloody monday (2)

Selain JomPHP, banyak lagi blog-blog komputer dan IT yang mempunyai informasi yang tak kurang hebatnya.Oleh itu tak rugi pembaca semua melawat blog mereka kerana ini dapat menambahkan ilmu pembaca.Berikut saya senaraikan untuk pengetahuan semua.

Continue reading Senarai blog komputer dan IT berbahasa melayu yang patut anda tahu