Posted on

Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

maxis iphone 4 review 2

Ini adalah post terakhir mengenai Maxis10, kerana tempoh 2 minggu yang diberikan oleh Maxis akan berakhir pada 11.10.2010. Samada lepas ini akan ada lagi entri atau tutorial mengenai iPhone 4 itu saya kurang pasti, bergantung pada penilaian pihak Maxis mengenai artikel yang telah saya tulis di JomPHP ini.

Dalam tempoh (kurang) daripada dua minggu ini saya telah membuat beberapa pos yang saya rasa telah melebihi kriteria yang ditetapkan oleh pihak Maxis.

JomPHP.com

  1. Nantikan updates terbaru iPhone4 di JomPHP #Maxis10 – 21 komen
  2. Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10 – 16 komen
  3. Maxis iPhone 4 unboxing and first impression – 31 komen
  4. iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia – 22 komen
  5. Maxis iPhone 4 review (hardware) – 36 komen
  6. Maxis iPhone 4 review (software) – 22 komen
  7. Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

Dan tiga video review di YouTube. Malangnya youtube di tempat saya kena block jadi tidak boleh publish beberapa video review lain. Boleh refer di page Maxis iPhone 4 | JomPHP untuk tengok senarai post yang telah saya buat untuk Maxis10.

Dan sebagai penutup kepada post Maxis10 saya ingin bercerita serba ringkas mengenai tips yang berguna untuk pemilik iPhone 4.

Continue reading Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

Posted on

iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia

maxis iphone 4[3]

Pada hari Sabtu lepas, saya telah menemani abang saya @cyberflyx ke Maxis Centre, Mid Valley dengan tujuan, membeli iPhone 4. Cyberfly merupakan pengguna iPhone 3G sebelum ini dan selepas iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, beliau dengan tanpa berlengah lagi terus membuat keputusan untuk upgrade kepada iPhone 4.

Hasil tinjauan kami di internet, banyak stok iPhone 4 di beberapa kedai yang menjual habis berikutan permintaan tinggi daripada pembeli. Malah, semasa ingin membeli iPhone 4 di Mid Valley ini pun, kami terpaksa pergi seawal jam 9 pagi untuk beratur di depan pintu kerana hanya 30 orang pertama yang beratur sahaja dibenarkan untuk membuat pembelian.

Itu pun, kami dapat giliran nombor ke-28 walaupun telah datang awal, kalau orang first yang beratur itu tak tahu la pukul berapa lagi mereka datang, lepas subuh atau mungkin dah berkhemah kat Mid sejak malam tu lagi.

Sebelum dan selepas iPhone 4 dilancarkan di Malaysia, saya lihat ramai blogger dan twitterers yang membincangkan mengenai iPhone 4. Berbeza dengan pelancaran gadget lain, pelancaran iPhone 4 ini sangat menimbulkan buzz dan hype, menjadikannya sangat popular bukan sahaja di kalangan bloggers, tetapi di kalangan rakyat Malaysia juga.

Continue reading iPhone 4 – gadget popular pilihan ramai blogger Malaysia

Posted on

Streamyx no 1 di Malaysia, apa komen anda?

21052009073

Dah beberapa kali saya tengok iklan ‘membangga diri’ oleh pihak TM ini, tak habis2 dengan award frost & sullivan dll ini.

Hakikatnya, tak kira la dah beratus award diorang dapat pun, TM tetap TM, tak pernah berubah atau improve. Saya langgan streamyx dari tahun 2005 hingga sekarang tapi tak pernah berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan TM.

Hendak guna pakej 1Mbps dah la kena bayar mahal, kelajuan pula tak seberapa. Streamyx memang terkenal dengan kelajuan yang slow contohnya masa browsing, download torrent pun slow sebab kena capped, streaming youtube slow dan selalu sangkut2. Nak main game online pun selalu lag. No wonder-lah macam2 gelaran kita boleh tengok di Internet pasal streamyx ini, paling popular orang gelar tmnut screamyx. (jangan marah ye orang tm).

Continue reading Streamyx no 1 di Malaysia, apa komen anda?