Posted on

iphone 4 home button kurang berfungsi? jom hantar warranti

Tidak di nafikan masalah yang paling banyak dihadapi oleh pengguna iphone 4 ialah masalah home button kurang berfungsi. Kurang berfungsi dalam konteks ini ialah anda terpaksa menekan dengan kuat home button, kadang-kadang sehingga beberapa kali untuk melakukan sesuatu tugas. Bila iphone 4 anda mengalami masalah ini, perasaan menggunakan iphone 4 tidak lagi seindah dulu.

iphone4_home_button_20110912a

Iphone 4 saya dan @eins turut mengalami masalah ini. Tetapi kami bernasib baik kerana iphone 4 kami di beli dari Maxis.

Hantar warranti

Iphone 4 yang di beli dengan Maxis dan mana-mana telco mempunyai warranti 1 tahun. Tahukah anda jika iphone 4 mengalami masalah home button kurang berfungsi, anda boleh menghantar iphone 4 anda ke Maxis centre untuk ditukar dengan unit yang baru?

Continue reading iphone 4 home button kurang berfungsi? jom hantar warranti

Posted on

Tips : Mengenal pasti iPhone 4 original dengan iPhone 4 Tiruan

iphone china

Sekarang zaman smartphone, semua orang berebut-rebut nak memiliki smartphone dan di kalangan rakyat Malaysia pastinya ramai inginkan iPhone dan Android.

Disebabkan populariti smartphone seperti iPhone dan Android meningkat, banyak produk-produk tiruan mula dihasilkan terutamanya kompeni dari China. Produk tiruan iPhone misalnya dijual dengan harga 1/4 atau 1/5 daripada harga iPhone asal, malah bentuk, pakej, cable dan UI juga seakan-akan sama macam yang original.

Namun, kalau dah nama produk tiruan mesti banyak cacat celanya. Antaranya processor yang lemah, screen tak berkualiti, touch screen tidak bagus dan sebagainya. Ada yang scam dan jual produk tiruan dengna harga yang mahal dan ramai yang telah tertipu sebenarnya.

Continue reading Tips : Mengenal pasti iPhone 4 original dengan iPhone 4 Tiruan

Posted on

Maxis melancarkan iPhone 4 putih

iphone4white

iPhone 4 berwarna putih telah dilancarkan di Malaysia. Jika anda berminat nak beli iPhone 4, anda ada alternatif lain selain beli iphone 4 hitam dan secara jujur bagi saya iphone4 putih adalah lebih elegan, bergaya dan seksi.

Apa yang berbeza antara iphone 4 putih dan iphone 4 asal (hitam)?

Continue reading Maxis melancarkan iPhone 4 putih

Posted on

Cara menjimatkan penggunaan bateri pada iPhone bila menggunakan 3G

20110505-085205.jpg

3G, Edge dan GPS boleh menyebabkan bateri pada iPhone berkurangan dengan cepat. Kalau anda menggunakan SBsettings (cydia app) anda boleh set kepada beberapa setting berikut.

Continue reading Cara menjimatkan penggunaan bateri pada iPhone bila menggunakan 3G

Posted on

Maxis iPhone 4 review (software)

iphone 4

Di entri sebelum ini, saya ada menulis review tentang hardware iPhone 4 dan banyak kebaikan serta kelemahan iPhone 4 telah didedahkan. Biasalah, tiada satu pun benda yang sempurna kat dunia nie, dan gadget popular seperti iPhone 4 juga tidak terkecuali daripada mempunyai kelemahannya.

Kalau anda pergi test iPhone kat kedai mesti anda rasa tak best. Kenapa kah? Ini kerana mengikut pengalaman saya demo set yang ada kat kedai kebanyakan kosong, tiada apps dan games menarik yang dipertunjukkan serta promoter yang boring. Tanya benda advanced sikit dah pening last2 diorang kata iPhone tak boleh buat macam ini, macam itu. Padahal mereka tak research dulu. Dan selepas itu, pelanggan hilang minat dan terus balik.

Sepatutnya, mereka yang menjual iPhone itu haruslah menunjukkan sejauh mana kehebatan iPhone 4, seperti apps yang canggih, gps dan augmented reality, 3D multiplayer games dsb, keupayaan mencari arah kiblat dengan kompas dan banyak lagi kelebihan sebenarnya. iPhone 4 sangat hebat jika keupayaannya dieksploitasikan ke tahap optimum, bukanlah sekadar seketul besi berharga RM 2 ribu lebih yang boleh menghantar SMS dan buat call sahaja.

Updated: Push notifications, location service, sync serta tethering. Komen mengenai kebaikan dan kelemahan software iPhone 4 juga telah ditambah.

Continue reading Maxis iPhone 4 review (software)

Posted on

Maxis iPhone 4 unboxing and first impression

EiNS unboxing the iPhone 4

 

Saya baru sahaja menerima set iPhone 4 daripada Maxis pada 2 hari lepas dan sekarang masih dalam proses explore2 segala kekuatan dan kelemahan smartphone ini bagi membuat review penuh iPhone 4.

Buat masa sekarang, saya ingin tunjukkan dulu video unboxing, untuk melihat apa yang ada di dalam kotak iPhone 4 serta apakah impresi pertama saya ketika mula-mula memegang dan menggunakan iPhone 4.

Continue reading Maxis iPhone 4 unboxing and first impression

Posted on

Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10

iphone4

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli iPhone 4 daripada Maxis, dan masih kurang jelas mengenai pendaftaran dan pembayaran, anda boleh rujuk kepada artikel saya ini.

Maklumat di dalam table adalah diambil daripada pamphlet Maxis iPhone 4 sendiri, cuma bezanya saya sudah terjemah ke dalam bahasa Melayu dan selepas ini saya akan ulaskan sedikit mengenai pelan Maxis ini.

Continue reading Pelan Maxis iPhone 4 #Maxis10