Posted on

Download Adobe Flash Player 11 untuk desktop (32bit dan 64bit)

flash 11

Adobe telah melancarkan Flash Player 11 untuk desktop dan boleh dimuat turun untuk pengguna Windows, Mac dan Linux.

Flash Player 11 juga boleh didapati dalam dua versi iaitu 32 bit dan 64 bit. Pengguna Internet Explorer dan Firefox 64 bit boleh menikmati kandungan Flash dalam browser anda dengan adanya sokongan penuh 64 bit.

Selain itu, Adobe Flash Player 11 juga memperkenalkan beberapa fungsi baru dan paling penting sekali ialah fungsi Stage3D. Stage3D membawakan hardware acceleration dan meningkatkan kualiti video dan grafik yang boleh dipaparkan melalui pelayar browser yang digunakan oleh anda.

Paling menarik, Unreal Engine 3 telah diintegrasikan ke dalam Flash Player 11 dan kemungkinan lebih banyak games 3D berkualiti tinggi akan boleh dimainkan di dalam browser dalam masa akan datang.

Continue reading Download Adobe Flash Player 11 untuk desktop (32bit dan 64bit)