
Baru-baru ini komputer wife saya yang menggunakan Windows 7 sentiasa mempunyai masalah CPU 100% load, menyebabkan komputer menjadi sangat slow. Pada mulanya kami mensyaki ia serangan virus, tetapi apabila di scan tiada virus di jumpai (Microsoft Security Essentials).
Setelah sedikit research, kami mendapati ianya berkaitan ‘malicious program’ yang menggunakan komputer anda sebagai Bitcoin Miner.
Mereka menjadikan komputer anda sebagai alat pemproses untuk mereka mendapatkan duit. Bitcoin Miner akan menggunakan 100% komputer anda untuk melakukan kiraan, oleh itu komputer anda load 100% sepanjang masa.
Cara kesan samada komputer di jadikan Bitcoin Miner oleh pihak tidak bertanggungjawab
1. CPU usage anda sentiasa 100% load seperti gambar di atas. Akses menggunakan Ctr + Alt + Delete
2. Pada Task Manager terdapat dgen.exe. Dgen.exe ialah program yang di gunakan oleh Bitcoin Miner
Cara pulihkan komputer anda dari Bitcoin Miner
1. Download FreeFixer dari link di bawah
http://www.freefixer.com/b/about-freefixer/
2. Selepas scan komputer dan dapatkan result, cari 2 process seperti gambar di bawah. Klik pada checkbox untuk tandakan Delete.
3. Klik Delete.
Selamat mencuba